06112011
"Salam Aidiladha"
Assalamualaikum . . .
Alhamduillah . di kesempatan ini dapat lagi aku hidup di bumi Allah s.w.t. dan mengecapi 2 nikmat yang
terbesar iaitu nikmat Iman & Islam. Sudah lama rasanya aku tak menulis blog. Selalu sempat post-post article yg menarik
dan gambar sahaja. Kali ni aku cuba jugak mencuri masa untuk menulis.
Tanggal 6 Nov 2011. Seluruh Umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidiladha 1432. ada yang
menyambut di dalam dan di luar Malaysia. dan bagi yang mampu akan menunaikan Haji di Makkah.
InsyaAllah cita-cita ku untuk pergi menunaikan Haji dan Umrah suatu hari nanti aku harap tecapai.
Pada 6 Nov 2011,hari Ahad. Aku dan sekeluarga menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Annajah
Kg.Berapit . Khutbah yang disampaikan pada pagi itu sangat bermakna. Khatib menceritakan kelebihan-
kelebihan yang ada pada 1-10Zulhijjah. Selepas selesai solat kami ziarah kubur Allahyarham Mahmud
(Tokwan)& Allahyarhamah Non (Nenek). aku menghadiahkan surah al-fatihah dan doa agar Rohnya
tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman.
Selesai ziarah kubur. Abg sulungku Rijalludin datang kerumah. Dia bawak Kak Nurul bersama Husna &
Amar Danish.Dah besar-besar diorang. Diorang ni waktu kecik-kecik dulu memang xmau dengan
orang(pemalu). susah untuk aku pegang.maklumlah "Paktam" jarang balik kg.duk Study kat kolumpur (KL).
Tp sekarang bila dah besar skit, depa dah mau dengan orang. sempat lah aku ambik gambar dengan depa.
Yang bestnya, depa kalau bab bergambaq memang pandai posing. pantang berdepan dengan kamera,pandai
ja senyum..^_^
Bersama Anak Menakan- Amar Danish |
Bersama Husna Humaira |
Husna Humaira dan Arisa Nadhirah |
Ayah dan Amar Danish |
Selepas zohor tu, kami sekeluarga ziarah rumah Cik Nah(Mak Mertua Abg Rijal).
Umi dan Cik Nah-Abg Rijaludin & Family-Kak Nazihah & Family |
jumpa MakSu nie. Waktu mai rumah tu, sepupu-sepupu aku tak dak. depa keluaq p bandar.Yang tinggai pon
muzamir sorang ja .Tak berkesempatan lah nak jumpa dengan depa.
Maksu & Arisa |
Arisa |
Arisa 2 |
Sepupu- Muzamir |