PELAN SIMPANAN DENGAN PENDIDIKAN TAKAFUL

Friday, July 1, 2011

Futsal Bersama IPGKSAH (Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim)

Assalamualaikum . . .


Date: 30062011
Time: 1430 - 1800
Place:  Kriost Futsal Jalan Sultan Abdul Halim (berhampiran Masjid Sultan ABdul Halim)
Info: Selepas Zohor semalam ayah mengajakku join main futsal sama-sama guru pelatihnya, iaitu Student PSV (pendidikan Seni Visual) IPGKSAH. Tanpa banyak bicara, aku menurut serta. Setibanya disana, aku mencari-cari kelibat abg-abg dan kakak-kakak senior yang aku kenal. Sebab aku kenal depa, aku pernah ikut lawatan mereka ke Melaka Tahun Lepas. Banyak pengalaman yang telah ku timba disana.Opps..Out of topic dah. Time futsal tuh ada 8 Team semuanya.laki 4 team,perempuan 4 team.aku masuk dalam team Lecturer.Hebat !! hihi..Futsal ni diadakan antara Jabatan Seni Visual ja..SO,peserta2 dia semua student seni2 belaka..Walaupun mereka kurang mahir dalam aktiviti bersukan ni, tapi dalam bidang melukis nie memang aku tabik springg lah.. kalah Zint(Pelukis Komik GempakStarz)..Yang bestnya Futsal kali ni, aku main sama-sama dengan Ayah Kesayanganku..Fuhh.Korang cuba bayangkan bila main Bola dengan Bapak korang..memang masyuk...nasib baik 1 team.kalau musuh,pakat tak tacle la jawabnya.hihi


Sebelum Game Start , Aku Usha-usha dulu apa hadiah yang menarinya kalau Juara kan. Aku nampak kt meja Urusetia , ada Trophy + Hamper. Boleh lah..dengan bayaran pendaftaranya tak mahal mana.So, aku menaruh harapan untuk rebat Piala kat bawah ni.
Opps. ni Piala untuk perempuan punya.yang lelaki ada kat sebelah. tak sempat nak snap pix.hihi

Perlawanan pun bermula dengan lancarnya.. Game aku, yang ke-3. Gap antara game seterusnya memang lama skit coz penganjur bukak 1 court jew. Tp apa nak buat , sabar je lah..

Dan keputusannya..
 Akhirnya...Impianku Menjadi keyataan...Thanks to Allah... Kumpulan ku telah mendapat Johan.Dengan keputusan 3-Win,1-Draw.Alhamduillah...Sejak aku menyertai Kejohanan2 Futsal yang lepas, tak pernah aku dapat Johan. Walaupun sekadar Naib-Johan Sukan IPT Haluan yang lepas, tetapi kepuasan yang aku rasai pada hari ini tak sama. Entah,macam mana ingin aku tafsirkan disini..susah untuk aku luahkan dalam blog nie..hihi
Sempat bergambar bersama Aiman - Anak Cik Zack
Senior2 PSV bersama-sama memeriahkan suasana



Pasukan "Ahh..Semput" - Johan Wanita
P/s: Hope IPGKSAH dapat anjur lagi Kejohanan macam ni lagi Tahun Depan..Aminn :)

No comments:

Post a Comment