PELAN SIMPANAN DENGAN PENDIDIKAN TAKAFUL

Sunday, June 17, 2012

(Nasyid) Nazrey Johani - Muslimah with lyric[Official Music Video]


Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu
Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia
Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati
Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati
Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya
Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah
Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta
Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati

Friday, March 23, 2012

Untuk Lepasan SPM 2011 - Peluang Melanjutkan Pelajaran di International Islamic College (IIC)

Assalamualaikum w.b.t

Tahniah & Syabas di Ucapkan kepada adik-adik lepasan SPM 2012.Walaupun keputusan tidak berapa memuaskan, janganlah cepat mengalah kerana ini baru permulaan buat adik-adik untuk melangkah ke Tangga kejayaan.
Disini, saya ingin memberitahu bahawa kepada adik-adik yang ingin melanjutkan pelajaran ke Menara Gading disini saya mempelawa untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Antarabangsa / International Islamic College (IIC) 

Soalan-soalan lazim mengenai IIC.

Apa itu IIC ?
-Kolej Islam Antarabangsa atau IIC yang ditubuhkan pada tahun 2001 merupakan sebuah institusi milik penuh UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIAM) melalui anak syarikat IIUM Higher Education Sdn Bhd.
-Sehingga kini IIC telah melahirkan lebih daripada 5,000 graduan, dengan pelajar semasa berjumlah 4,200 orang yang mengikuti pelbagai program pengajian peringkat Sijil, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda. 


Apakah Kursus-kursus yang ditawarkan?

-DIPLOMA: 
(i)  Pentadbiran Perniagaan (DBA)
(ii) Pengajian Islam dan Sains Kontemporari (DIC)
(iii) Teknologi Maklumat (DIT)
(iv) Perakaunan(DIA)
(v)  Pengurusan Pejabat & Kesetiausahaan (DMS)
(vi) Pendidikan Islam Awal Kanak-kanak (DCE)

-SIJIL:
(i)  Pentadbiran Perniagaan (CBA)
(ii) Teknologi Maklumat (CIT)

-DIPLOMA BARU (bulan Julai 2012)
(i) Islamic Finance & Banking
(ii) Marketing Management
(iii) Multimedia & Animation


Apakah Syarat Kelayakan Untuk Diploma?

DBA, DIC, DMS, DCE : Minima 3 Credit dalam mana2 subjek

DCS, DIT, DIA, BANKING: Minima 3 Credit dalam mana2 subjek (termasuk MATH) 


MULTIMEDIA: Minima 3 Credit

Apakah Syarat Kelayakan Untuk Sijil?

CBA & CIT: Minima 1 Credit dalam mana2 subjek


*Gred Baru SPM: A+,A,A-(distintion)
                B+,B,C+,C (Credit)
                D,E (Pass)
                G (Fail)


Berapa Lamakah Tempoh Pengajian?

-DIPLOMA: 90-92 Credit Hours
                2Tahun 8Bulan
                8 Semester (6Semester Panjang, 2 Semester Pendek)

-SIJIL     : 50 Credit Hours
               1Tahun 4 Bulan
               4 Semester (3semester panjang,1 semester pendek)


Pinjaman?

-Pihak Pengurusan IIC menyediakan pinjaman PTPTN
-Bagi yang ingin menggunakan selain pinjaman PTPTN @ Self-sponsorship adalah dibenarkan

Apa Kena Bayar Masa Mula-mula Register?

-PENDAFTARAN: RM875 (sekali sahaja)

-HOSTEL         : RM200 (bulan pertama, RM150 bulan ke3 & seterusnya)
 *tak wajib

-PIN PTPTN     : RM10 sahaja
(YG AMBIL LOAN)     




Apa Kelebihan IIC?


1) Semua kurusus ada kelayakan MQA (Minister Qualification Akrediatation) dahulunya LAN - Sijil sah & diterima untuk sambung belajar di semua IPTA/IPTS di Malaysia dan Luar Negara.

2)Kolej Berdaftar dengan JPA (Jabatan Pendaftaran AWAM) - Graduan boleh bekerja dengan sektor AWAM & SWASTA selepas Tamat belajar di IIC.

3)ENGLISH MEDIUM - kelebihan untuk pelajar IIC semasa temuduga & menigkatkan peluang mendapat pekerjaan cerah.

4)Pinjaman PTPTN sehingga RM24,000

5)Satu-satunya IPTS milik penuh anak syarikat UIAM

6)Dikawalselia oleh Lembaga Akademik UIAM.

7)Kursus yang ditawarkan adalah kursus asas yang mempunyai pasaran yang meluas dalam bidang pekerjaan sekarang


Sekarang sudah jelas maklumat-maklumat yang saya berikan?
Jadi tunggu apa lagi.Daftarlah segera. Jangan tunggu lama-lama.

TAWARAN HEBAT BAGI YANG MENDAFTAR PADA TARIKH BERIKUT:

(PAKEJ A)
25 MAC 2012
15 APRIL 2012
29 APRIL 2012
13 MEI 2012
27 MEI 2012
YURAN PENDAFTARAN HANYA RM440.00 SAHAJA, RM875.00 


(PAKEJ B)
10 JUN 2012
24 JUN 2012
1 JULAI 2012
15 JULAI 2012
YURAN PENDAFTARAN HANYA RM680.00 SAHAJA, RM875.00


Untuk maklumat lanjut mengenai IIC @ ingin berdaftar boleh hubungi saya


(En. Ar-Rasyid 019-3499039)

BERMINAT ?? Hubungi no diatas.saya akan menguruskan semua urusan pendaftaran anda.

 

Sunday, February 26, 2012

Carilah Untukmu Seorang Imam

Gambar Hiasan
Assalamualaikum . . .

Bersemperna dengan Kursus Pra-Perkahwinan yang telah di adakan di International Islamic College pada 25 & 26 Feb 2012 lepas. Disini saya bawakan satu artikle khas kepada semua pembaca yakni yang ingin membina rumah tangga. Artikle ni di fokuskan kepada kaum muslimah .

....................................................................................................................................................................

"Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? "
" Maybe kot. Try search kat google.."
" Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni.."
" Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid.."

Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Kita makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.

Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.

PERKAHWINAN

Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.

Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai 'bab orang perempuan' yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.

" Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! "

Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?

MENCARI SEORANG IMAM
Gambar Hiasan
Tak kacak tak mengapa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak mengapa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?

Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.
Ada juga yang merasakan lelaki 'berpengajian agama' itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh 'suai-kenal' atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan 'sepenuh ketaatan' kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG

Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.

Antara cara yang mungkin anda boleh gunakan adalah melalui perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada 'kewajipan' sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan 'tidak' kepada dia jika tidak kena caranya.
Cara berbincang ini , jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, cara perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.

ASALKAN DIA BAIK ?

Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?

Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.

Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.

Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.

Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

Sumber: IlurveIslam