PELAN SIMPANAN DENGAN PENDIDIKAN TAKAFUL

Showing posts with label My Article. Show all posts
Showing posts with label My Article. Show all posts

Tuesday, October 2, 2012

10 Wasiat Imam Hasan Al-Banna


Assalamualaikum waramatullahi wabarakatu . . .

Hari ini saya ingin berkongsi mengenai 10 wasiat Imam Hasan Al-Banna 



1. "Segeralah menunaikan Solat bila saudara mendengar azan, walaubagaimanapun keadaan saudara."

Wasiat pertama ini menerangkan perihal pentingnya seorang muslim itu untuk solat pada awal waktu kerana solat merupakan sumber kejayaan dan pertolongan daripada Allah. Solat di sisi Islam terletak di tempat yang pertama, mengatasi segala yang lain.





2.  "Baca, telaah (fahami), dan dengarkanlah Al-Quran atau berzikirlah kepada Allah dan jangan engkau menghabiskan waktumu dengan perkara yang tiada manfaatnya."

Wasiat kedua ini menerangkan perihal mempertingkatkan daya faham umat Islam melalui bacaan Al-Quran, buku-buku, mendengar ceramah agama dan mengamalkan zikrullah supaya umat Islam itu tidak membazirkan waktunya walau sedikit pun dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.


photo by : Etn Majed



3. "Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam."

Wasiat ketiga ini menerangkan betapa pentingnya seorang Muslim menguasai bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab itu merupakan bahasa syurga, bahasa pertuturan Rasulullah SAW, bahasa Al-Quran dan juga bahasa yang digunakan dalam solat.

"Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan Bahasa Arab, supaya kamu menggunakan akal untuk memahaminya."
(Surah Yusuf : 2)




4. Wasiat ke-4 Imam As-Syahid Hasan Al-Banna menyebut;

"Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan."

Khilaf adalah satu perkara yang pasti tidak dapat dielakkan. Selagi mana perkara tersebut berada dalam lingkungan perkara yang ranting serta dibolehkan untuk berbeza pendapat, maka hendaklah kita berlapang dada.

Sebaliknya, umat Islam perlulah sentiasa bersatu dan sepakat dalam perkara-perkara asas. Amat penting dalam keadaan umat sekarang, perlunya untuk kita jelas agenda perjuangan kita yang sebenar dan berusaha ke arah tersebut serta mencari titik persepakatan.

Diriwayatkan dari Abu Umamah r.a ia berkata;
Rasulullah saw bersabda, "Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapat petunjuk kecuali kerana mereka gemar berdebat."
[Hadith Riwayat Hasan, HR Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad, dan Hakim]

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih baik mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(An-Nahl; 125)

InsyaAllah, Islam pasti kan bangkit satu hari nanti



5. "Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram."

Wasiat kelima ini menerangkan tentang bahaya ketawa kerana dengan banyaknya ketawa akan menyebabkan matinya hati. Seperti mana sabda Baginda s.a.w

"كثير ضحاك تميت القلوب "

Maksudnya : "Janganlah kamu banyak ketawa kerana sesungguhnya dengan banyak ketawa ianya akan mematikan hati kamu".

[Hadis Riwayat Ibnu Majah]


Kita sebagai ummat Islam yang megimpikan kemenangan Islam, haruslah kurang bergurau senda yang berlebihan dan tingkatkan lagi perbincangan tentang perkara-perkara yang membawa faedah kepada ummah.


keenam dan seterusnya akan bersambung . . .

Friday, August 17, 2012

Amalan Sunnah Di Aidilfitri

Assalamualaikum . . .

Memandangkan syawal bakal tiba tak lama lagi, sedar tak sedar kita dah berada di penghujung ramadan. Dulu, kita sering memperingati kawan-kawan kita agar meningkatkan amal ibadah kita kerana ramadan bakal tiba tak lama lagi. Kini, ramadan semakin meninggalkan kita. 

Adakah kita rasa perasaan ini? Ramadan iaitu bulan yang penuh rahmat dan keampunan daripada Allah bakal meninggalkan kita. Bulan ini hanya datang setahun sekali. Untuk kita lalui tahun depan, adakah kita pasti bakal temuinya lagi. atau separuh jalan, tak sempat pun nak memasuki ramadan tahun depan kerana Allah telah mengambil kita terlebih dahulu. Sama-samalah kita berdoa agar kita dapat berada dalam ramadan tahun depan 1434H.InsyaAllah.

Semperna bulan syawal ini, iaitu bulan kemenangan bagi umat islam. Kita disunnahkan melakukan beberapa amalan kerana amalan ini Rasulullah saw mengamalkannya apabila tibanya Aidilfitri. Mari kita berusaha istiqamah mengamalkannya.

Sunnah Aidilfitri

MANDI SEBELUM MENGERJAKAN SOLAT AIDILFITRI
"Sesungguhnya Ibn Umar biasa mandi pada hari  Aidil Fitri sebelum ia pergi ke tempat solat"(H.R.Malik)

MEMAKAI PAKAIAN YANG BAGUS
 ERTINYA:"Sesungguhnya Nabi S.A.W memakai pakaian buatan Yaman pada setiap hari raya(H.R.Syafii)

MAKAN SEBELUM BERANGKAT SOLAT AIDILFITRI
ERTINYA:Rasulullah S.A.W biasanya tidak pergi pada hari raya Aidilfitri sebelum makan,dan pada hari raya aidil adha baginda makan setelah pulang dari solat."(H.R.Daraquthni)

MENGAJAK KAUM WANITA KE TEMPAT SOLAT
ERTINYA:"Dari Ummu Atiyyah berkata:"KAmi diperintahkan memebawa keluar anak-anak dara dan wanita-wanita yang haid(ke tempat solat)pada dua hari raya.Mereka menyaksinkan kebajikan dan doa kaum muslimin,tetapi wanita-wanita yang haid jauh dari tempat (H.R.Bukhari)

BERJALAN KE TEMPAT SOLAT SAMBIL BERTAKBIR
ERTINYA:"NAbi S.A.W biasa keluar solat Aidil Fitri dengan bertakbir mulai dari rumah hingga ke tempat solat."(H.R.Abu Bakar)

MENGAMBIL JALAN BERLAINAN KETIKA PERGI DAN PULANG DARI TEMPAT SOLAT
ERTINYA:"Adalah nabi S.A.W bila keluar untuk solat dua hari raya baginda pergi mengambil satu jalan dan pulangnya mengambil jalan lain(H.R.Muslim)

KAEDAH MENGERJAKAN SOLAT HARI RAYA
ERTINYA:"Dari Amr b Syuaib dari bapanya,dari datuknya,ia berkata:Telah bersabda Nabi SAW:"Takbir pada hari (Fitri)adalah tujuh pada rakaat pertama dan lima pada rakaat kedua,dan bacaan itu sesudah kedua-duanya(HR.Abu Daud dan Tarmidzi)

SOLAT 2 RAKAAT DI RUMAH
ERTINYA:Dari Abu Said berkata:"Adalah NAbi SAW tidak solat apa pun sebelum megerjakan solat hari raya.Akan tetapi,bila ia tiba di rumahnya,baginda solat dua rakaat di rumahnya(H.R.Ibn Majah:Hasan)

UCAPAN SEBENAR DI HARI RAYA
ERTINYA:"Adalah sahabat-sahabat Rasulullah SAW apabila bertemu pada hari Raya,sebahagian dari mereka mengucapkan:TAQABBALLAHU MINNA WA MINKA(Semoga Allah menerima amal kami dan amal kamu)

PUASA ENAM HARI PADA BULAN SYAWAL
RASULULLAH SAW BERSABDA ERTINTA:"Barangsiapa yang berpuasa pada bulan ramadhan kemudian ia iringi enam hari pada bulan syawal,maka ia seperti berpuasa satu tahun (HR.Muslim) 

Semoga Bermanfaat .

Tuesday, July 24, 2012

15 Kesilapan Yang Sering Dilakukan Orang Berpuasa

Assalamualaikum . . .

Syukur kepada Allah kerana dengan keizinanNya dapat lagi kita hidup di atas muka bumi ini, dapat menghirup oksigen tanpa dikenakan bayaran, dan dapat menikmati dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Nikmat Islam. Ucapan Selawat juga ditujukan kepada baginda Rasulullah saw, kerana dengan berkat pengorbanan baginda serta sahabat-sahabatnya memperjuangakan agama Allah (Islam) ini sehingga kita dapat merasai Islam hingga ke hari ini.
Picture from LangitIlahi.com
Pertama kali sebelum terlambat saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua Umat Islam di Seluruh Pelusuk Dunia. Marilah kita sama-sama menghidupkan bulan ramadhan pada tahun ini dengan memperbanyakkan amal ibadah kita kepada Allah dan dengan niat yang ikhlas. Moga-moga Ramadhan pada kali ini amat bermakna bagi kita seperti Ramadhan-ramadhan tahun lepas. Anggaplah ramadhan pada tahun ini adalah yang terakhir bagi kita. Kita tak tahu bila Allah akan menyambut pulang menghadapNya. Tahun ini ? Bulan ini ? dan saat ini ?

Tepuk dada kita, dan tanya hati kita"Adakah aku sudah bersedia menghadap Allah s.w.t ? Apakah bekalan dan persiapan kita cukup untuk menghadap Allah ?

Marilah sama-sama kita rendahkan hati dan mengabdikan diri kita kepada Allah

..............................................................................................................................

Post saya kali ini bertajuk "Kesilapan Yang Sering Dilakukan Orang Berpuasa"

Kesilapan umat Islam yang berpuasa antaranya tidak menetapkan niat fardhu puasa pada setiap malam hari walaupun memadai dengan niat di awal Ramadan. 
Imam-imam masjid telah mengajar kita supaya niat puasa selepas menunaikan solat terawih. Hal ini dapat mendidik kita supaya tidak terlepas dari niat puasa.
Picture form LangitIlahi,com

Antara kesilapan dilakukan orang berpuasa:

1. Bersahur awal dan melewatkan berbuka. 

2. Berlebih dalam menyediakan juadah berbuka sehingga menghilangkan keberkatan berpuasa.

3. Tidak menjaga solat fardhu atau melengah-lengahkannya.

4. Tidak menjaga lidah daripada ucapan yang sia-sia, mengumpat, memfitnah, atau mendusta.

5. Membazir masa dengan melakukan kerja tidak berfaedah seperti menonton televisyen dan mendengar radio.

6. Meringan-ringankan ibadat sunat seperti (berdoa, berzikir, membaca Al-Qur'an, Solat-solat sunat dan beristigfar)

7. Tidak menghidupkan 10 malam terakhir.

8. Tidak menunaikan Solat Sunat terawih.

9. Hanya bersungguh-sungguh melakukan amalan pada awal ramadan sahaja, kemudian mengurangkan amal ibadat di pertengahan dan malam terakhir.

10. Bakhil/kedekut harta serta tidak membantu orang yang berhajat dan tidak bersedekah.

11. Keluarnya wanita ke masjid dengan memakai perhiasan, wangian, yang boleh membawa fitnah.

12. Wanita keluar berduyun-duyun ke pasar membeli juadah (bercampur lelaki & perempuan yang bukan mahram)

13. Tidak memperbanyakkan takbir pada malam hari raya lantaran sibuk dengan perhiasan rumah dan persediaan kuih-muih.

14. Lewat membayar  zakat fitrah sehingga selesai solat Aidilfitri

15. Berhari raya dengan hawa nafsu, hiburan yang melalaikan dan permbaziran yang melampau.


Semoga Bermanfaat untuk kita semua.


Sumber: Buku Adab Ramadhan

Friday, July 20, 2012

..:: Mereka Sudah Berhijrah ::..

Assalamualaikum . . .

Post kali ini saya ingin berkongsi satu article yang bertajuk "Artis Nan Berhijrah" yang di tulis oleh Saudara Hilal Asyraf  . Semoga Bermanfaat .

(Gambar Hiasan: Sudahkah anda mendaftar sebagai Ahli Pas?)
[Artis-artis Nan Berhijrah.]
Kebelakangan ini kita disajikan dengan cerita artis-artis yang berhijrah. Ramainya kemudian beralih ke pentas politik. Rata-rata yang berubah pergi berdiri di atas pentas PAS.

Jujurnya, saya tidak kisah jika seseorag itu hendak berdiri di pentas apa sekalipun. Selagi mana ianya masih syara', yakni tidak melanggar larangan Allah SWT. Kalau di pentas UMNO itu syara', perhimpunannya tidak melanggar syariat Allah SWT, pun tiada masalah. Masalah di sini bukan UMNO atau PAS. Masalah di sini, dalam syara' atau tidak.


Saya gembira dengan perubahan-perubahan ini. Dan saya juga amat arif dengan caci dan maki yang menghujani mereka yang berubah ini. Saya amat yakin, ramai yang tidak berpuas hati adalah dari kalangan pihak Parti lawan kepada parti yang disebelahi oleh artis-artis yang telah berhijrah. Bahkan, saya pernah melihat satu propaganda untuk memburukkan nama Abby Abadi dengan mendedahkan gambar-gambarnya yang dahulu.


Apa yang saya boleh sebutkan di sini, terbahagi kepada dua kelompok.


1 - Artis Yang Berubah.


Pertamanya, berubahlah dengan istiqomah, dan kuatkanlah diri. Memang perubahan itu payah, dan ianya pasti akan menerima uji. Jangan rasa lemah dan penat, kerana ianya memang sebuah resmi.


Keduanya, kita yang baru berubah, jangan terlalu menyibukkan diri dengan penyampaian semata. Sibukkan diri dengan 'penerimaan' juga. Belajar mendalami agama itu diperhebatkan lebih dari 'menyampaikan'. Agar penyampaian kita di masa nanti akan menjadi mantap, dan lebih berkesan. Bukan tidak boleh memberikan penyampaian, cuma nasihat saya menjadi 'penerima' itu lebih digencarkan.

(Gambar Hiasan : Abby Abadi)
Ketiganya, parti kita hanyalah wasilah, jalan. Bukan matlamat. Saya tidak sempat hedak mendengar semua artis yang berubah ini berbicara. Namun saya amat berharap, agar tiada kalangan artis-artis yang berubah ini yang menghina sesiapa. Saya yakin tidak ada, tetapi kalaulah ada, maka beringat-ingatlah. Agar perubahan kita tidak menjadi fitnah kepada sebuah perubahan.

Saya yakin, dengan memahami tiga perkara ini, perubahan diri itu akan menjadi lebih kuat. Dan ianya akan membuatkan ramai orang lain tertarik untuk berubah.


2 - Mereka Yang Mencela.


Saya mahu cakap mudah sahaja dengan golongan ini.

Anda di mana sekarang?

(Gambar Hiasan: Bob Lokman)
Saat mereka telah bertudung, yang lelakinya berpakaian sopan, dan kembali mendalami agama, anda berada di mana?

Orang menuduh mereka ini digunakan parti PAS, maka bagaimana pula anda yang mencela-cela dan menghina mereka? Mendedahkan keaiban dan merosakkan nama mereka? Tidakkah anda yang sebenarnya dipergunakan parti sokongan anda?


Jikalah benar parti yang anda sokong itulah sebuah parti kebenaran, bangkitkan sahaja selebriti-selebriti yang menyokong perjuangan anda, dan tunjukkan 'keIslaman' mereka. Betapa mereka 'mematuhi' syara', dan 'komited' menjadi hamba Allah SWT yang baik.

(Gambar Hiasan: Sharifah Aini)
Saya rasa, artis yang berubah ini hanya beberapa sahaja.
Keluarkan selebriti-selebriti anda.

Jangan pandai mencela sahaja.

--------------------------------------------------
Berubahlah ke arah kebaikan,
tidakkah kita membaca firman Allah SWT:

"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! " Surah Al-Fajr ayat 27-30.

Mari, dapatkan jiwa yang tenang itu.
Allah memanggil!
Jom Jadi Hamba Allah !
Sumber : Hilal Asyraf FB
 
 

Wednesday, July 18, 2012

Ibu Pemain Bola Sepak Kelab Real Madrid kini bertudung

ASSALAMUALAIKUM . . .
Alhamduillah . Syukur Kehadrat Ilahi, dengan limpah kurniaNYA dapat saya mengupdate blog ni, walaupun telah lama saya tidak menulis, tetapi dengan kesempatan ini saya cuba juga menulis & berkongsi cerita.
Semalam, saya telah membaca satu article dari sumber yang boleh dipercayai mengenai Seorang Ibu Pemain Bola Sepak Telah Memakai Tudung.
Jadi, saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi cerita kepada semua pembaca.



Mesut Ozil

           Dia merupakan salah satu dari pemain Muslim yang memang Osem! Pemuda kelahiran 15 Oktober 1988 itu dikenal sebagai pemain bola yang sudah biasa membiasakan dirinya membaca Al-Qur’an.ketika di padang bola!

Ozil sendiri berkata, kebiasaan membaca Al-Qur’an membuatnya tenang dan lebih kuat ketika berada di dalam sesebuah pertandingan...* pemain berdarah Turki ni memang rajin membawa Al-Qur’an... boleh gugel sendiri kalau nak tgk aksinya di padang bola mesti tak lekang dari doa..allah..allah.. kata beliau..“Al-Quran memberiku kekuatan lebih untuk bermain dalam pertandingan dengan baik,” ujar Ozil.

Tahukah Anda? Bukan hanya Ozil seorang yang berupaya dekat dengan Al-Qur’an. ibunya, Gulizar Ozil, juga Salah satu ajaran Al-Qur’an yang ditaati ibu Ozil adalah mengenakan tudung..alhamdulillah...allahurabbi..

Dalam wawancara dengan salah satu stesen TV Spanyol, Gulizar nampak jelas mengenakan tudung dan berbaju lengan panjang...
 

Inilah ayat yang ditaati oleh ibu Mesut Ozil:

“Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dar padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita…,” (QS An-Nur: 31).

Sebagai seorang Muslimah, Anda juga bertudung kan? Alhamdulillah. Jika belum, bila lagi kan..?moga ALLAH memberi Hidayah dan membuka pintu rahmat seluas-luasnya kepada anda.

Sunday, February 26, 2012

Carilah Untukmu Seorang Imam

Gambar Hiasan
Assalamualaikum . . .

Bersemperna dengan Kursus Pra-Perkahwinan yang telah di adakan di International Islamic College pada 25 & 26 Feb 2012 lepas. Disini saya bawakan satu artikle khas kepada semua pembaca yakni yang ingin membina rumah tangga. Artikle ni di fokuskan kepada kaum muslimah .

....................................................................................................................................................................

"Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? "
" Maybe kot. Try search kat google.."
" Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni.."
" Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid.."

Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Kita makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.

Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.

PERKAHWINAN

Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.

Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai 'bab orang perempuan' yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.

" Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! "

Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?

MENCARI SEORANG IMAM
Gambar Hiasan
Tak kacak tak mengapa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak mengapa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?

Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.
Ada juga yang merasakan lelaki 'berpengajian agama' itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh 'suai-kenal' atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan 'sepenuh ketaatan' kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG

Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.

Antara cara yang mungkin anda boleh gunakan adalah melalui perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada 'kewajipan' sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan 'tidak' kepada dia jika tidak kena caranya.
Cara berbincang ini , jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, cara perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.

ASALKAN DIA BAIK ?

Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?

Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.

Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.

Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.

Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

Sumber: IlurveIslam

Tuesday, February 7, 2012

Salam Maulidur Rasul


Salam.

Belum terlambat lagi untuk penulis menyambut hari Maulid Nabi Muhammad SAW .

Jangan mengaku cintakan Rasulullah saw, andai sunnah baginda ditinggalkan.


Jangan mengaku rindukan Rasulullah, andai hanya mengingati baginda pada hari kelahirannya.


Jangan mengaku sayangkan Rasulullah, andai tidak mengamalkan ajarannya.


Jangan mimpi untuk mendapat syafaat Rasulullah, andai apabila disebut nama baginda berat untuk berselawat ke atasnya.


Ya Allah, sampaikan rasa sayang, kasih dan rinduku pada kekasihMu ya Allah.

(Mari sama-sama kita berselawat ke atas Nabi)

Allahumma solli 'ala saiyyidina muhammad wa 'ala alihi wasohbihi wabaarik wasallim . . .

Thursday, January 26, 2012

Kembali menulis

Salam.

Sudah lama rasanya tak mengupdate blog mutiarahitam07 ni. Dah bersawang blog ni jadinya..  
Maafla sejak 2 menjak ni, tak sempat nk buka blog, apatah lagi nak mengupdatenya.. 
Tapi demi menjaga hati semua pihak, dan tanggungjawab sebagai muslim untuk menyampaikan dakwah, kena juga update..
First of all, nak minta maaf banyak2 kalau post kali ni menyenangkan mana-mana pihak. Ada satu cerita yang ingin di kongsi bersama.


Mayat Tak Diterima Bumi di Semenanjung Malaysia

Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1983.

Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.

Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut .
Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut).
Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut.
Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau
mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.

Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini.
Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.

Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin.
Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut.
Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar.
Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang.
Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah.
Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya.
Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya.
Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar.
Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang
dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya.
Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.

Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah.
Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu.
Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur.
Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya.
Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja.
Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.
Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar.
Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid.
Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salleh bersiap2 utk pergi menziarahi
kubur Omar.
Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur.
Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!!
Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.
Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.







Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut, Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.
Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :
1-800-88-88-88

Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.

UBI...... UBI... SAPER NAK BELI UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... :-)
*Just Kidding

Tuesday, December 20, 2011

Cara untuk menuntut Baucar Buku RM200 bagi Pelajar IPTA/IPTS

Assalamualaikum . . .


Disini saya ingin kongsi sedikit info mengenai cara-cara untuk menuntut Baucar RM200 bagi pelajar IPTA/IPTS yg berstatus "A" sahaja (Aktif). Yang tengah Study Leave tak dapat.harap maklum. =P


Bajet 2012 memperuntuk kan RM200 untuk setiap pelajar di IPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6.syarat-syarat untuk mendapatkan Baucer ini adalah seperti berikut :

1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200

2. Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.

3. Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, berserta nombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / Nombor pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.

4. Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.



5. Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing. BukuInterlok dah tak perlu dibeli kerana dah dikeluarkan sebagai buku teks sastera.

6. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012

7. Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

8. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.

Harap Maklum :D

Sunday, December 11, 2011

Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011



Pada 10 Disember 2011 ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.
Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam
Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.
Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.
Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):
Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30
Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat.
Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu

Friday, October 7, 2011

7 perkara ganjil-pengakuan dari seorang penggali kubur




 Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."


" Golongan yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.



Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"



Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.



" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."



" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.



" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.



" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."



Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..

Thursday, August 4, 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak 1432H

Assalamualaikum . . .

Saban malam ku berkunjung di surau berdekatan untuk solat Insya' seterusnya solat sunat Terawih berjemaah. Keindahannya tidak terucap dengan kata-kata.

Solat sunat Terawih empat (4) rakaat diikuti tazkirah oleh ustaz jemputan kemudian empat (4) rakaat lagi diikuti dengan solat sunat Witir tiga (3) rakaat. Jumlah keseluruhan 11 rakaat, begitulah saban tahun aktiviti di surau berdekatan rumahku. Setiap hari ada ustaz jemputan yang akan menyampaikan tazkirah.

" Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu Syurga, ditutup rapat pintu Neraka dan ditambat para Syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi. "
(Hadis Riwayat Ahmad dan an-Nisai)
Dan puasa itu merupakan perisai, maka janganlah seseorang yang berpuasa itu berkata keji dan meninggikan suara atau mencaci maki. Dan seandainya dicaci oleh seseorang atau diajaknya berkelahi hendaklah dijawabnya: "saya ini berpuasa, saya ini berpuasa!" (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan an-Nisa'i)

" Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan memberi manfaat kepada orang-orang  yang beriman."
(Surah Azzariyat: 57)

"Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran."
(Surah al-Asr: 1-3)


Ramadhan,
Jika dulu aku sia-siakan kedatanganmu,
Kini aku menghargai kedatanganmu,
Setiap harimu, tak ku biarkan ia berlalu begitu sahaja,
Biarpun walau sedetik,
Ku alunkan irama merdu kitab Kalamullah,
Bait-bait indah ku hayati satu persatu,
Helaian demi helaian,
Terasa damainya hati,
Tatkala irama merdu itu berkumandang.
Ramadhan,
Jika dulu aku sia-siakan pemergianmu,
Kini pemergianmu ku tangisi,
Aku rindukan saat-saat indah bersamamu ya Ramadhan,
Aku rindukan solat sunat Terawih,
Aku rindukan taddarus al-Quran,
Aku rindukan malam Lailatul Qadar
Aku rindukan siang dan malammu ya Ramadhan,
Rindu siangmu untuk berpuasa,
Rindu malammu untuk berterawih,
Rindu siang dan malammu untuk menggandakan pahala.
Ramadhan,
Andai aku diberi peluang,
Melayari hari-harimu yang mendatang,
Tidak akan aku persiakan,
Akan ku penuhi hari-harimu,
Dengan amalan yang berlipat kali ganda.
Insya-Allah.

Saturday, July 16, 2011

Mati Ketika Sedang Berzina Dengan ikan Pari Betina



Assalamualaikum . . .


Ambillah iktibar dari cerita ini. [Dipetik dari majalah BICARA keluaran bulan Julai] Kisah berikut adalah sebuah kisah benar yang telah berlaku di sebuah perkampungan nelayan di Sabah dan bukan lah satu cerita rekaan yang sengaja diada-adakan oleh penulis untuk menakut-nakutkan pembaca. Semoga kisah ini dapat memberi keinsafan dalam diri kita.

Allah akan membalas setiap apa pekerjaan yang kita lakukan tidak kira samada ianya melibatkan manusia, tumbuhan mahupun haiwan. Selagi kita semua adalah makhlukNya selagi itulah pulangan terhadap setiap perbuatan kita akan dibalas.

Nordin (bukan nama sebenar) adalah seorang pemuda pendiam dikampungnya. Beliau tidak gemar bercampur-gaul bersama kawan-kawan sekampungnya. Beliau sering mengasingkan diri daripada masyarakat setempat dan sering bersendirian dalam melakukan sesuatu perkara. Ramai yang tidak dapat mengagak sikap Nordin yang sebenar. Kadangkala beliau kelihatan ramah dan kadangkala sering memencilkan diri dalam rumah peninggalan kedua orang tuanya. Sikap pendiamnya itu membuatkan rakan-rakan menganggap Nordin tidak cukup sifat kelakian. Adakala ada juga yang bermulut celupar menggelarnya 'pondan'. Ini kerana Nordin dianggap pelik kerana beliau tidak gemar jika rakan-rakannya bercakap tentang perempuan dan kisah-kisah cinta mereka pada gadis-gadis kampung itu. Nordin dibesarkan di sebuah perkampungan nelayan yang telah wujud lebih 40 tahun yang lalu. Beliau mahir dalam kerja menangkap ikan yang diwarisi dari arwah bapanya yang juga seorang nelayan. Sebenarnya Nordin bukanlah seorang lelaki yang tidak cukup sifat kelakian seperti yang didakwa oleh kawan-kawannya. Cuma beliau merasa diri beliau tidak bersedia untuk berumah tangga memandangkan keadaan dirinya yang tidak terurus dan pendapatan yang tidak menentu. Beliau tidak yakin beliau akan bertemu dengan mana-mana perempuan di kampung itu yang mahukannya seikhlas hati. Kebanyakannya lebih suka memilih jejaka yang tampan dan mempunyai pekerjaan tetap di bandar. Oleh itu beliau sering menghabiskan masa di sungai atau laut bermanja dengan ikan-ikan dan hasil penangkapannya sahaja. Kadang-kadang bermalam beliau tertidur sambil menunggu hasil tangkapan. Semuanya sudah menjadi rutin hidupnya setiap kali pukat yang dipasang tidak mengena. Hari itu, Nordin berasa rajin untuk turun ke laut, biarpun biasanya hari Jumaat nelayan tidak turun memukat. Rakan-rakan semua turun ke pekan namun Nordin berasa ingin turun bersendirian ke laut melakukan tugas-tugas seperti biasa. Selepas sejam memasang pukat, Nordin berhenti di tepi kuala yang dipercayai tempat ikan-ikan terperangkap. Setelah memasang pukat, beliau baring-baring di tepi botnya sambil berangan-angan kosong tentang diri dan masa hadapan. Sedang leka berangan, tanpa disedari beliau tertidur dan apabila beliau terjaga jam sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi. Terus beliau menghidupkan enjin botnya dan menuju ke pukat yang dipasang pagi itu. Alangkah gembiranya beliau setelah mendapat banyak ikan merah, kerapu dan seekor ikan pari yang terperangkap dalam pukatnya itu. Nampaknya Nordin dapat seekor pari betina yang agak gemuk dan besar. Tanpa berlengah beliau pulang ke rumah untuk memunggah ikan-ikan itu. Sampai di rumah, Nordin memasukkan ikan merah dan kerapu ke dalam tong air sementara ikan pari diletaknya di dapur. Ikan pari betina yang sedang kelemasan itu diletaknya di dapur sementara, sebelum dipotong-potong untuk dijual kepada orang kampung. Tiba-tiba mata beliau tertumpu pada alat kelamin pari betina yang sedang mengembang dan mengempis. Nordin berasa tertarik lalu menyentuhnya beberapa ketika. Mungkin disebabkan oleh hasutan syaitan, tiba-tiba Nordin merasa satu perasaan lain yang menyelubungi dirinya. Perasaan ghairah yang belum pernah dirasainya sebelum ini. Tiba-tiba sahaja nafsunya bergelora selepas menyentuh alat kelamin pari betina itu. Syaitan mula merancang strategi untuk melemahkan iman manusia. Iman Nordin yang sudah sedia lemah itu telah menerima pakai rancangan - rancangan yang ditimbulkan oleh para syaitan yang bersorak keriangan. Apa lagi tanpa berlengah ditusuknya ikan pari malang itu berkali-kali hingga menyebabkan ikan pari yang sedang kelemasan itu terus lemah dan mati akibat terkena suatu goncangan yang kuat. Terdampar Nordin kepuasan setelah dikerjakan pari betina itu semahu-mahunya. Barulah Nordin faham kenapa rakan-rakannya sering mengusiknya tentang perkahwinan dan perempuan. Setelah segala-galanya selesai, dibasuhnya ikan pari itu dan mengeluarkan segumpalan lendir putih yang terpelusuk di dalam tubuh pari itu dengan suatu senyuman. Puas. Tanpa perasaan jijik, dimasukkan pari itu ke dalam tong ais bersama-sama dengan ikan-ikan yang lain untuk dijual kepada orang kampung. Sedang Nordin mengelamun malam itu, selepas makan malam, tiba-tiba fikirannya kembali pada perbuatan terkutuknya petang tadi. Para syaitan kembali menghasut agar mengulanginya kembali. Sekali lagi Nordin termakan hasutan itu dan kembali ke tong ais dan mengeluarkan pari berkenaan dan mengulangi perbuatannya yang jijik dan kotor itu pada bangkai pari yang tidak mampu berbuat apa-apa itu. Nordin berdayung dengan gelojohnya. Nafasnya turun naik bersama syaitan yang bersorak riang di sisinya. Nikmat bersetubuh dengan pari itu membuatkan Nordin tercungap-cungap dengan peluh yang mengalir ke seluruh badan. Disebabkan pari itu terlalu lama terdedah pada kepanasan dan kerakusan goncangan Nordin, akhirnya bangkai ikan malang itu menjadi busuk. Tanpa berasa belas terus Nordin membaling bangkai ikan pari betina itu terus ke tengah air pasang berhampiran rumahnya. Keesokan hari, gempar seluruh kampung apabila mereka terlihat seekor ikan pari yang besar terdampar di pasir pantai. Oleh kerana pari tersebut telah busuk, maka tidak siapalah yang mengambilnya dan dibiarkan sahaja terus membusuk. Nordin pula meneruskan semula kerja-kerjanya seperti biasa tanpa berasa sedikitpun kesal atas perbuatannya itu. Pagi itu Nordin turun ke laut dengan kawan-kawannya memukat udang. Setiap kali menarik pukat, Nordin akan berangan-angan untuk mendapatkan pari yang lebih besar. Apabila tidak bertemu beliau akan berasa geram dan marah. Di hempas-hempasnya pukat dan jala ke atas bot sambil menyumpah seranah ikan-ikan hasil tangkapannya itu. Setiap malam Nordin tidak keruan menahan gelora nafsu. Dia sentiasa terbayang-bayang perbuatannya terhadap pari betina hasil tangkapan yang lalu. Pagi esok, tanpa berlengah lagi cepat-cepat Nordin turun ke laut memasang pukat. Cita-citanya besar, untuk menangkap ikan pari betina yang lebih besar agar 'kenikmatan' akan bertambah. Setelah berpanas menunggu hasil tangkapan akhirnya Nordin dapat juga seekor ikan pari betina yang besar seperti yang diidamkannya. Beberapa ketika timbul pula seekor lagi betina yang lebih besar, juga ditangkapnya dan diletakkan di dalam bot. Gembiranya hati Nordin bukan kepalang, mahu sahaja diterkamnya 2 ekor pari yang masih hidup itu namun ditahannya hingga ke rumah. Begitulah hasutan syaitan terhadap nafsu Nordin. Sesampai di rumah, selepas mengeluarkan duri berbisa pari tersebut, terus beliau melayari nafsu rakusnya bersama pari-pari itu bergilir-gilir. Pari-pari yang masih hidup itu mengelupur kesakitan menahan goncangan Nordin yang terlalu kuat. Pari-pari itu seperti tahu bahawa dirinya telah dinodai oleh manusia rakus dan kejam seperti Nordin, ia mengelupur sambil mengerak-gerakkan sayapnya beberapa kali meminta diri dilepaskan, namun Nordin tidak kisah dengan itu semua, biar apapun terjadi nafsu serakahnya harus dilepaskan dan pari itulah yang akan menjadi mangsa. Petang itu tanpa berasa jijik dan kotor dibasuhnya ikan pari itu dan dijualkan kepada kanak-kanak yang berpeleseran di tepi rumahnya. Berebut-rebut kanak-kanak itu membeli pari besar dan banyak isi itu untuk dibuat lauk kerana Nordin menjualnya dengan harga murah. Tanpa disedari sudah lebih tiga bulan perkara itu terjadi sehingga tiada lagi rasa minatnya pada perempuan. Sesekali difikirkan juga akan buruk kelakuannya itu namun dipendamkan saja. Sehinggalah pada suatu petang beliau telah dikunjungi rakan lama. Rakan ketika alam persekolahan dahulu. Walaupun beliau pendiam dan sukar bergaul namun Ramli (bukan nama sebenar) bukan seperti orang lain padanya. Ramli adalah rakan tempat beliau mencurah segala masalah yang melanda dirinya satu masa dahulu. Malah Ramli lah tempat dia menumpang kasih setelah ketiadaan ibu dan ayah. Ramli bercadang untuk bermalam barang seminggu dirumahnya untuk menghabiskan cuti semesta. Ramli sempat belajar hingga ke Universiti tetapi Nordin tersangkut kerana kemiskinan hidup yang tidak mengizinkan beliau menyambung pelajaran. Ramli bercadang untuk belajar menangkap ikan dengan Nordin sepanjang cutinya itu. Nordin bagaikan tersentak sedikit kerana beliau terpaksalah memendam rasa untuk melepaskan nafsu syaitannya itu pada pari-pari hasil tangkapannya kelak. Suatu hari sedang mereka berada di kuala laut menunggu pukat, mereka bersembang tentang hal masing-masing. Di situlah Nordin mula melepaskan rahsianya yang selama ini dipendamkan. Rahsia tentang tabiat buruknya. Apalagi terkejut besar Ramli mendengar pengakuan rakan karibnya itu. Dinasihatnya Nordin agar kembali insaf diatas perbuatannya. Nordin mengangguk-angguk tanda setuju. Beliau telah bertekad dalam hati untuk membuang sahaja tabiat buruknya itu dan kembali ke pangkal jalan. Ramli lega dengan keinsafan Nordin dan bersyukur pada Tuhan. Rupanya Tuhan telah menghantar Ramli untuk memberi peluang kedua pada Nordin agar insaf dan bertaubat. Namun tidak semudah itu, keinsafan Nordin itu hanya muncul sepanjang Ramli berada dirumahnya sahaja, setelah Ramli tiada, gelora nafsunya tiba-tiba sahaja memuncak kembali. Tuhan mahu menguji sejauh mana keinsafan dan keikhlasan hati Nordin pada perjanjiannya dulu. Ternyata Nordin tewas, tewas dalam ujian Tuhan yang tiada henti-henti menguji setiap hambanya. Pagi itu beliau kembali ke laut memasang pukat. Hatinya begitu lega kerana pukatnya mengena seekor pari betina yang besar dan gemuk. Nordin cepat-cepat membelek-belek alat kelamin pari betina itu dan mengusapnya beberapa kali. Gelora nafsunya semakin memuncak. Tanpa perlu pulang ke rumah, diatas botnya itu juga dihayunnya senjata tajam miliknya yang tiada bermata itu. Setelah dilanyak dan dihayun beberapa kali Nordin semakin hilang pertimbangan. Syaitan kini telah merasuk dirinya. Sedang leka berdayung, tiba-tiba beliau merasa suatu kelainan pada hayunan tubuhnya kali ini. Hisapan pari itu pada senjatanya semakin kuat hingga kenikmatan tadi bertukar menjadi perit dan pedih. Di tengah laut Nordin menjerit kesakitan. Sakit seperti dihiris-hiris. Seluruh tubuhnya tiba-tiba menjadi kejang dan keras. Beliau tidak lagi dapat bernafas dan bergerak. Tubuhnya mengelupur sama seperti ikan pari betina itu yang mengelupur kesakitan menahan hentakan kuat di tubuhnya dahulu. Rupanya kemaluan Nordin telah ditusuk oleh duri anak ikan pari yang belum lahir dalam perut ibunya. Akhirnya Nordin keras dan meninggal di situ juga, di atas bot yang menjadi saksi diatas segala perbuatan Nordin selama ini. Petang itu kembali gempar seluruh kampung apabila bot Nordin terdampar di tepian pantai dengan Nordin yang masih tertiarap di atas tubuh pari betina dengan alat kemaluan yang masih tertusuk dalam perut pari betina itu. Tubuhnya hitam kebiru-biruan. Sesekali apabila pari betina itu mengelupur, mayat pucat Nordin turut menggelepar. Ngeri dan tragis sekali. Penduduk kampung begitu terkejut dengan penemuan yang tidak disangka-sangka itu, apatah lagi Nordin bukan orang asing bagi mereka. Seluruh kampung merasa malu dengan perbuatan Nordin dan mengambil keputusan untuk mengkebumikan jenazah Nordin di luar perkampungan itu. Bukan setakat orang kampung sahaja malah saudara-mara dan kawan-kawannya semua tidak peduli dengan kubur Nordin. Dibiarkan sahaja tanpa dinesan dan dibersihkan. Mereka menanggung malu seumur hidup kerana perbuatan Nordin telah menjadi buah mulut orang ramai sehingga ke luar daerah. Begitulah betapa Tuhan melaknat perbuatan zina, tidak kira pada sesiapa sahaja seperti dalam firmanNya yang bermaksud 

"Jauhkan dirimu dari zina kerana zina itu kebinasaan ".

Wslm . . .