PELAN SIMPANAN DENGAN PENDIDIKAN TAKAFUL

Friday, August 17, 2012

Amalan Sunnah Di Aidilfitri

Assalamualaikum . . .

Memandangkan syawal bakal tiba tak lama lagi, sedar tak sedar kita dah berada di penghujung ramadan. Dulu, kita sering memperingati kawan-kawan kita agar meningkatkan amal ibadah kita kerana ramadan bakal tiba tak lama lagi. Kini, ramadan semakin meninggalkan kita. 

Adakah kita rasa perasaan ini? Ramadan iaitu bulan yang penuh rahmat dan keampunan daripada Allah bakal meninggalkan kita. Bulan ini hanya datang setahun sekali. Untuk kita lalui tahun depan, adakah kita pasti bakal temuinya lagi. atau separuh jalan, tak sempat pun nak memasuki ramadan tahun depan kerana Allah telah mengambil kita terlebih dahulu. Sama-samalah kita berdoa agar kita dapat berada dalam ramadan tahun depan 1434H.InsyaAllah.

Semperna bulan syawal ini, iaitu bulan kemenangan bagi umat islam. Kita disunnahkan melakukan beberapa amalan kerana amalan ini Rasulullah saw mengamalkannya apabila tibanya Aidilfitri. Mari kita berusaha istiqamah mengamalkannya.

Sunnah Aidilfitri

MANDI SEBELUM MENGERJAKAN SOLAT AIDILFITRI
"Sesungguhnya Ibn Umar biasa mandi pada hari  Aidil Fitri sebelum ia pergi ke tempat solat"(H.R.Malik)

MEMAKAI PAKAIAN YANG BAGUS
 ERTINYA:"Sesungguhnya Nabi S.A.W memakai pakaian buatan Yaman pada setiap hari raya(H.R.Syafii)

MAKAN SEBELUM BERANGKAT SOLAT AIDILFITRI
ERTINYA:Rasulullah S.A.W biasanya tidak pergi pada hari raya Aidilfitri sebelum makan,dan pada hari raya aidil adha baginda makan setelah pulang dari solat."(H.R.Daraquthni)

MENGAJAK KAUM WANITA KE TEMPAT SOLAT
ERTINYA:"Dari Ummu Atiyyah berkata:"KAmi diperintahkan memebawa keluar anak-anak dara dan wanita-wanita yang haid(ke tempat solat)pada dua hari raya.Mereka menyaksinkan kebajikan dan doa kaum muslimin,tetapi wanita-wanita yang haid jauh dari tempat (H.R.Bukhari)

BERJALAN KE TEMPAT SOLAT SAMBIL BERTAKBIR
ERTINYA:"NAbi S.A.W biasa keluar solat Aidil Fitri dengan bertakbir mulai dari rumah hingga ke tempat solat."(H.R.Abu Bakar)

MENGAMBIL JALAN BERLAINAN KETIKA PERGI DAN PULANG DARI TEMPAT SOLAT
ERTINYA:"Adalah nabi S.A.W bila keluar untuk solat dua hari raya baginda pergi mengambil satu jalan dan pulangnya mengambil jalan lain(H.R.Muslim)

KAEDAH MENGERJAKAN SOLAT HARI RAYA
ERTINYA:"Dari Amr b Syuaib dari bapanya,dari datuknya,ia berkata:Telah bersabda Nabi SAW:"Takbir pada hari (Fitri)adalah tujuh pada rakaat pertama dan lima pada rakaat kedua,dan bacaan itu sesudah kedua-duanya(HR.Abu Daud dan Tarmidzi)

SOLAT 2 RAKAAT DI RUMAH
ERTINYA:Dari Abu Said berkata:"Adalah NAbi SAW tidak solat apa pun sebelum megerjakan solat hari raya.Akan tetapi,bila ia tiba di rumahnya,baginda solat dua rakaat di rumahnya(H.R.Ibn Majah:Hasan)

UCAPAN SEBENAR DI HARI RAYA
ERTINYA:"Adalah sahabat-sahabat Rasulullah SAW apabila bertemu pada hari Raya,sebahagian dari mereka mengucapkan:TAQABBALLAHU MINNA WA MINKA(Semoga Allah menerima amal kami dan amal kamu)

PUASA ENAM HARI PADA BULAN SYAWAL
RASULULLAH SAW BERSABDA ERTINTA:"Barangsiapa yang berpuasa pada bulan ramadhan kemudian ia iringi enam hari pada bulan syawal,maka ia seperti berpuasa satu tahun (HR.Muslim) 

Semoga Bermanfaat .

1 comment: