PELAN SIMPANAN DENGAN PENDIDIKAN TAKAFUL

Tuesday, July 24, 2012

15 Kesilapan Yang Sering Dilakukan Orang Berpuasa

Assalamualaikum . . .

Syukur kepada Allah kerana dengan keizinanNya dapat lagi kita hidup di atas muka bumi ini, dapat menghirup oksigen tanpa dikenakan bayaran, dan dapat menikmati dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Nikmat Islam. Ucapan Selawat juga ditujukan kepada baginda Rasulullah saw, kerana dengan berkat pengorbanan baginda serta sahabat-sahabatnya memperjuangakan agama Allah (Islam) ini sehingga kita dapat merasai Islam hingga ke hari ini.
Picture from LangitIlahi.com
Pertama kali sebelum terlambat saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua Umat Islam di Seluruh Pelusuk Dunia. Marilah kita sama-sama menghidupkan bulan ramadhan pada tahun ini dengan memperbanyakkan amal ibadah kita kepada Allah dan dengan niat yang ikhlas. Moga-moga Ramadhan pada kali ini amat bermakna bagi kita seperti Ramadhan-ramadhan tahun lepas. Anggaplah ramadhan pada tahun ini adalah yang terakhir bagi kita. Kita tak tahu bila Allah akan menyambut pulang menghadapNya. Tahun ini ? Bulan ini ? dan saat ini ?

Tepuk dada kita, dan tanya hati kita"Adakah aku sudah bersedia menghadap Allah s.w.t ? Apakah bekalan dan persiapan kita cukup untuk menghadap Allah ?

Marilah sama-sama kita rendahkan hati dan mengabdikan diri kita kepada Allah

..............................................................................................................................

Post saya kali ini bertajuk "Kesilapan Yang Sering Dilakukan Orang Berpuasa"

Kesilapan umat Islam yang berpuasa antaranya tidak menetapkan niat fardhu puasa pada setiap malam hari walaupun memadai dengan niat di awal Ramadan. 
Imam-imam masjid telah mengajar kita supaya niat puasa selepas menunaikan solat terawih. Hal ini dapat mendidik kita supaya tidak terlepas dari niat puasa.
Picture form LangitIlahi,com

Antara kesilapan dilakukan orang berpuasa:

1. Bersahur awal dan melewatkan berbuka. 

2. Berlebih dalam menyediakan juadah berbuka sehingga menghilangkan keberkatan berpuasa.

3. Tidak menjaga solat fardhu atau melengah-lengahkannya.

4. Tidak menjaga lidah daripada ucapan yang sia-sia, mengumpat, memfitnah, atau mendusta.

5. Membazir masa dengan melakukan kerja tidak berfaedah seperti menonton televisyen dan mendengar radio.

6. Meringan-ringankan ibadat sunat seperti (berdoa, berzikir, membaca Al-Qur'an, Solat-solat sunat dan beristigfar)

7. Tidak menghidupkan 10 malam terakhir.

8. Tidak menunaikan Solat Sunat terawih.

9. Hanya bersungguh-sungguh melakukan amalan pada awal ramadan sahaja, kemudian mengurangkan amal ibadat di pertengahan dan malam terakhir.

10. Bakhil/kedekut harta serta tidak membantu orang yang berhajat dan tidak bersedekah.

11. Keluarnya wanita ke masjid dengan memakai perhiasan, wangian, yang boleh membawa fitnah.

12. Wanita keluar berduyun-duyun ke pasar membeli juadah (bercampur lelaki & perempuan yang bukan mahram)

13. Tidak memperbanyakkan takbir pada malam hari raya lantaran sibuk dengan perhiasan rumah dan persediaan kuih-muih.

14. Lewat membayar  zakat fitrah sehingga selesai solat Aidilfitri

15. Berhari raya dengan hawa nafsu, hiburan yang melalaikan dan permbaziran yang melampau.


Semoga Bermanfaat untuk kita semua.


Sumber: Buku Adab Ramadhan

No comments:

Post a Comment