Assalamualaikum . . .
(Gambar Hiasan: Sudahkah anda mendaftar sebagai Ahli Pas?) |
[Artis-artis Nan Berhijrah.]
Kebelakangan
ini kita disajikan dengan cerita artis-artis yang berhijrah. Ramainya
kemudian beralih ke pentas politik. Rata-rata yang berubah pergi berdiri
di atas pentas PAS.
Jujurnya, saya tidak kisah jika seseorag
itu hendak berdiri di pentas apa sekalipun. Selagi mana ianya masih
syara', yakni tidak melanggar larangan Allah SWT. Kalau di pentas UMNO
itu syara', perhimpunannya tidak melanggar syariat Allah SWT, pun tiada
masalah. Masalah di sini bukan UMNO atau PAS. Masalah di sini, dalam
syara' atau tidak.
Saya gembira dengan perubahan-perubahan ini.
Dan saya juga amat arif dengan caci dan maki yang menghujani mereka
yang berubah ini. Saya amat yakin, ramai yang tidak berpuas hati adalah
dari kalangan pihak Parti lawan kepada parti yang disebelahi oleh
artis-artis yang telah berhijrah. Bahkan, saya pernah melihat satu
propaganda untuk memburukkan nama Abby Abadi dengan mendedahkan
gambar-gambarnya yang dahulu.
Apa yang saya boleh sebutkan di sini, terbahagi kepada dua kelompok.
1 - Artis Yang Berubah.
Pertamanya, berubahlah dengan istiqomah, dan kuatkanlah diri. Memang
perubahan itu payah, dan ianya pasti akan menerima uji. Jangan rasa
lemah dan penat, kerana ianya memang sebuah resmi.
Keduanya,
kita yang baru berubah, jangan terlalu menyibukkan diri dengan
penyampaian semata. Sibukkan diri dengan 'penerimaan' juga. Belajar
mendalami agama itu diperhebatkan lebih dari 'menyampaikan'. Agar
penyampaian kita di masa nanti akan menjadi mantap, dan lebih berkesan.
Bukan tidak boleh memberikan penyampaian, cuma nasihat saya menjadi
'penerima' itu lebih digencarkan.
(Gambar Hiasan : Abby Abadi) |
Ketiganya, parti kita
hanyalah wasilah, jalan. Bukan matlamat. Saya tidak sempat hedak
mendengar semua artis yang berubah ini berbicara. Namun saya amat
berharap, agar tiada kalangan artis-artis yang berubah ini yang menghina
sesiapa. Saya yakin tidak ada, tetapi kalaulah ada, maka
beringat-ingatlah. Agar perubahan kita tidak menjadi fitnah kepada
sebuah perubahan.
Saya yakin, dengan memahami tiga perkara ini,
perubahan diri itu akan menjadi lebih kuat. Dan ianya akan membuatkan
ramai orang lain tertarik untuk berubah.
2 - Mereka Yang Mencela.
Saya mahu cakap mudah sahaja dengan golongan ini.
Anda di mana sekarang?
(Gambar Hiasan: Bob Lokman) |
Saat mereka telah bertudung, yang lelakinya berpakaian sopan, dan kembali mendalami agama, anda berada di mana?
Orang menuduh mereka ini digunakan parti PAS, maka bagaimana pula anda
yang mencela-cela dan menghina mereka? Mendedahkan keaiban dan
merosakkan nama mereka? Tidakkah anda yang sebenarnya dipergunakan parti
sokongan anda?
Jikalah benar parti yang anda sokong itulah
sebuah parti kebenaran, bangkitkan sahaja selebriti-selebriti yang
menyokong perjuangan anda, dan tunjukkan 'keIslaman' mereka. Betapa
mereka 'mematuhi' syara', dan 'komited' menjadi hamba Allah SWT yang
baik.
(Gambar Hiasan: Sharifah Aini) |
Top video games from your life in 2020
ReplyDeleteTop video games from your life in 2020 · 1. youtube downloader Sonic the Hedgehog 2 · 2. Super Street Fighter II · 3. Sonic 2: Return of the Ninja Master · 4.