Assalamualaikum . . .
Memandangkan syawal bakal tiba tak lama lagi, sedar tak sedar kita dah berada di penghujung ramadan. Dulu, kita sering memperingati kawan-kawan kita agar meningkatkan amal ibadah kita kerana ramadan bakal tiba tak lama lagi. Kini, ramadan semakin meninggalkan kita.
Adakah kita rasa perasaan ini? Ramadan iaitu bulan yang penuh rahmat dan keampunan daripada Allah bakal meninggalkan kita. Bulan ini hanya datang setahun sekali. Untuk kita lalui tahun depan, adakah kita pasti bakal temuinya lagi. atau separuh jalan, tak sempat pun nak memasuki ramadan tahun depan kerana Allah telah mengambil kita terlebih dahulu. Sama-samalah kita berdoa agar kita dapat berada dalam ramadan tahun depan 1434H.InsyaAllah.
Semperna bulan syawal ini, iaitu bulan kemenangan bagi umat islam. Kita disunnahkan melakukan beberapa amalan kerana amalan ini Rasulullah saw mengamalkannya apabila tibanya Aidilfitri. Mari kita berusaha istiqamah mengamalkannya.
Sunnah
Aidilfitri
MANDI SEBELUM MENGERJAKAN SOLAT AIDILFITRI
"Sesungguhnya
Ibn Umar biasa mandi pada hari Aidil Fitri sebelum ia pergi ke tempat
solat"(H.R.Malik)
MEMAKAI PAKAIAN YANG BAGUS
ERTINYA:"Sesungguhnya Nabi
S.A.W memakai pakaian buatan Yaman pada setiap hari raya(H.R.Syafii)
MAKAN SEBELUM BERANGKAT SOLAT AIDILFITRI
ERTINYA:Rasulullah
S.A.W biasanya tidak pergi pada hari raya Aidilfitri sebelum makan,dan pada
hari raya aidil adha baginda makan setelah pulang dari
solat."(H.R.Daraquthni)
MENGAJAK KAUM WANITA KE TEMPAT SOLAT
ERTINYA:"Dari
Ummu Atiyyah berkata:"KAmi diperintahkan memebawa keluar anak-anak dara
dan wanita-wanita yang haid(ke tempat solat)pada dua hari raya.Mereka
menyaksinkan kebajikan dan doa kaum muslimin,tetapi wanita-wanita yang haid
jauh dari tempat (H.R.Bukhari)
BERJALAN KE TEMPAT SOLAT SAMBIL BERTAKBIR
ERTINYA:"NAbi S.A.W biasa
keluar solat Aidil Fitri dengan bertakbir mulai dari rumah hingga ke tempat
solat."(H.R.Abu Bakar)
MENGAMBIL JALAN BERLAINAN KETIKA PERGI DAN
PULANG DARI TEMPAT SOLAT
ERTINYA:"Adalah
nabi S.A.W bila keluar untuk solat dua hari raya baginda pergi mengambil satu
jalan dan pulangnya mengambil jalan lain(H.R.Muslim)
KAEDAH MENGERJAKAN SOLAT HARI RAYA
ERTINYA:"Dari
Amr b Syuaib dari bapanya,dari datuknya,ia berkata:Telah bersabda Nabi
SAW:"Takbir pada hari (Fitri)adalah tujuh pada rakaat pertama dan lima
pada rakaat kedua,dan bacaan itu sesudah kedua-duanya(HR.Abu Daud dan Tarmidzi)
SOLAT 2 RAKAAT DI RUMAH
ERTINYA:Dari
Abu Said berkata:"Adalah NAbi SAW tidak solat apa pun sebelum megerjakan
solat hari raya.Akan tetapi,bila ia tiba di rumahnya,baginda solat dua rakaat
di rumahnya(H.R.Ibn Majah:Hasan)
UCAPAN SEBENAR DI HARI RAYA
ERTINYA:"Adalah sahabat-sahabat Rasulullah SAW apabila
bertemu pada hari Raya,sebahagian dari mereka mengucapkan:TAQABBALLAHU MINNA WA MINKA(Semoga Allah
menerima amal kami dan amal kamu)
PUASA ENAM HARI PADA BULAN SYAWAL
RASULULLAH
SAW BERSABDA ERTINTA:"Barangsiapa
yang berpuasa pada bulan ramadhan kemudian ia iringi enam hari pada bulan
syawal,maka ia seperti berpuasa satu tahun (HR.Muslim)
Semoga Bermanfaat .