KUALA TERENGGANU: Seorang bekas tentera yang dipercayai licik
mendapatkan wang mudah dengan menjual beras dan tong gas yang dicuri
cedera di mulut dan lebam di mata serta badan selepas teruk dibelasah
orang awam di hadapan sebuah pasar raya, di Kuala Ibai, di sini, petang
semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang itu, lelaki berusia 37
tahun yang dikatakan pernah bertugas di sebuah kem tentera di Kota
Kinabalu, Sabah, terserempak dengan seorang pengunjung yang pernah
menjadi mangsanya.
Difahamkan, hasil kegiatan dilakukan itu, suspek dikatakan sudah memecah masuk tiga kedai runcit dengan menggunakan modus operandi sama iaitu berpura-pura sebagai pelanggan sebelum melarikan barangan runcit dalam kedai terbabit.
Sumber : http://www.hmetro.com.my
No comments:
Post a Comment