Assalamualaikum . . .
Kisah ini berlaku kepada seorang wanita muslim dari Malaysia yang
bekerja di US. Gadis ini sangat cantik rupa paras dan bentuk badannya
juga sempurna. Tetapi dia sentiasa taat kepada Allah swt, berpakaian
sopan, menutup aurat dengan 'sempurna' dan memiliki akhlak yang baik.
Pada
suatu malam, gadis ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat
kerjanya. Kebetulan dia telah tersilap dengan melalui jalan yang singkat
untuk pulang di atas sebab-sebab tertentu. Laluan yang pilih itu pula
agak tersorok dan kebetulan, tidak ramai orang yang lalu lalang pada
masa itu.
Kerana malam yang lewat dan keadaan yang sunyi,
laluan itu agak gelap dan keadaannya agak menyeramkan. Ini membuatkan
gadis itu agak gelisah dan berasa takut kerana berjalan sendirian.
Tiba-tiba gadis itu ternampak ada seorang lelaki kulit putih berbangsa
Amerika sedang bersandar di dinding di tepi lorong itu. Gadis itu
menjadi semakin takut dan berasa tidak sedap hati. Tetapi, apa yang
boleh dilakukan hanyalah berdoa kepada Allah, memohon keselamatan atas
dirinya. Gadis itu pun berdoa dan membaca ayat Kursi dengan penuh
pengharapan agar Allah swt membantunya di saat itu.
Semasa
melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan sempat
mengecam wajah lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan
gadis itu selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, gadis
itu terbaca dalam akhbar tempatan Amerika berkenaan seorang perempuan
telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di kawasan yang
dilaluinya semalam. Masa kejadian pula hanya 10 minit selepas dia
melintasi lorong tersebut. Seteleh menatap wajah perogol yang
dipaparkan, gadis itu yakin bahawa perogol tersebut adalah lelaki kulit
putih yang dijumpainya semalam.
Atas rasa tanggungjawab dia
terus ke balai polis dan membuat aduan. Gadis itu dapat mengenalpasti
suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, pihak polis
juga mendapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol bersiri yang
amat dikehendaki.
Namun, gadis itu berasa amat hairan kerana perogol itu tidak
menjadikannya mangsa. Padahal dia keseorangan pada masa itu dan
sebaliknya perogol itu memilih perempuan yang lalu selepas dia.
Gadis itu ingin sangat mengetahui akan sebabnya. Oleh itu, dia
meminta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum
lelaki tadi di bawa ke tempat lain.
Dia pun bertanya kepada perogol itu :
Mengapa kamu tidak melakukan apa-apa terhadap saya pada malam tersebut sedangkan kamu tahu saya sedang berjalan bersendirian ?
Perogol tu menjawab :
Tidak,
kamu tidak bersendirian. Malam itu saya nampak dua lelaki muda
berjalan bersama kamu. Seorang di sebelah kanan dan seorang lagi di
sebelah kiri kamu. Jika bersendirian sudah tentu kamu yang akan menjadi
mangsa saya kerana kamu yang saya jumpai lebih dahulu
Wanita
itu berasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Setelah
berfikir sejenak, dia pun faham akan apa yang telah terjadi. Dia pun
bersyukur ke hadrat Allah, mungkin Allah memeliharanya pada malam itu
kerana dia telah berdoa memohon perlindungan daripada Allah swt dan
juga kerana berkat bacaan ayat Kursi.
Kesimpulannya..
Jika kita sebagai hamba, menurut segala perintah dan
meninggalkan segala larangan Allah swt, Dia pastinya akan sentiasa
'dekat dengan kita' dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya
menutup aurat dengan sempurna, menjauhi maksiat dan menjaga
batas-batas pergaulan yang ditetapkan oleh Allah.
Wanita itu
juga telah memohon perlindungan daripada Allah Yang Maha Berkuasa
daripada segala sesuatu. Oleh itu, jika Allah swt ingin melindunginya,
tiada sesiapa yang akan dapat melakukan sesuatu ke atasnya.
Di
samping itu, apabila kita membaca Ayat Qursi, Allah akan utuskan dua
malaikat untuk menjaga kita. Dua lelaki yang menemani wanita itu adalah
malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa
ingat akan diriNya dan memohon perlindunganNya.
Ayat Kursi
sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab dengan izin Allah.
Tetapi jika kita tergolong dalam golongan manusia yang tidak diterima
doanya, maka sebanyak mana dibaca pun tidak akan diperkenankan oleh
Allah. Jika kita selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya,
menunaikan ibadat secara sambil lewa dll. Dapatkah kita mendapat
pertolongan sebegini dari Allah ?
Malah kita mungkin akan
dikenakan bala di atas perbuatan mungkar kita kepada Allah swt.
Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di dalam kubur dan
di akhirat kelak kita juga pasti akan disiksa di atas dosa-dosa kita,
kerana itu adalah janji Allah swt dan Allah itu Maha Menepati Janji.
1 hadis yang bermaksud :
Jika kamu mencari keredhaan Allah dengan kemurkaan makhluk,
Maka Allah swt akan memelihara kamu daripada segalanya
Sebaliknya, jika kamu mencari keredhaan manusia dengan kemurkaan Allah,
Nescaya Allah swt akan menyerahkan nasibmu kepada makhluk
Antara kelebihan amalan membaca Ayat Qursi :
1.Sesiapa membaca Ayat Qursi dan memohon perlindungan kepada Allah swt,Allah akan menghantar dua malaikat untuk menjaganya
2. Sesiapa membaca Ayat Qursi semasa meninggalkan rumah, keluarga dan hartanya,
Allah akan menugaskan dua malaikat untuk menjaga rumahnya,keluarganya dan hartanya
3.Sesiapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,
Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh
4.Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan
Nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya
5.Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi selepas membaca blog ini, insyaAllah Allah akan menjaganya daripada melayari laman-laman yang tidak berfaedah dan berunsur-unsur lucah.
Selamat Membaca dan Beramal !!
Sumber: klik sini
No comments:
Post a Comment