Buat semua peminat Man.United. Sedikit berita daripada Old Trafford =)
MANCHESTER – Alex Ferguson memuji persembahan Ryan Giggs ketika membantu Manchester United menewaskan Chelsea 2-1 pada suku akhir kedua Liga Juara-Juara di Old Trafford awal pagi semalam.
United mengesahkan slot ke separuh akhir dengan agregat 3-1 selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 pada aksi suku akhir pertama di Stamford Bridge minggu lalu.
Selepas menjadi penggerak utama di atas jaringan yang dilakukan Wayne Rooney minggu lalu, Giggs, 37, sekali lagi membuktikan bahawa sentuhannya masih boleh diharap.
Biarpun tidak menjaringkan gol, beberapa gerakan menarik yang dilakukan pemain sayap vateran United itu sudah cukup untuk memikat hati Ferguson.
Giggs menjadi tulang belakang di atas dua jaringan yang dihasilkan skuad The Red Devils menerusi bintang muda pasukan itu, Javier Hernandez dan perancang Korea Selatan, Park Ji-Sung.
Chicharito dan Park-Ji sung meraikan selepas masing-masing menyumbang 1 gol buat United |
Kedua-dua pemain tersebut menjaringkan satu gol masing-masing pada minit ke-43 dan 77 manakala gol sagu hati Chelsea diperoleh menerusi penyerang Ivory Coast, Didier Drogba.
“Kita telah banyak kali bercakap mengenai perkara ini. Apa yang saya boleh katakan adalah dia (Giggs) dianggap sebagai nadi utama pasukan kami (United).
“Aksi yang dipamerkan Giggs sungguh menakjubkan dan dia seorang pemain yang begitu unik sekali.
“Sumbangan kepada pasukan sungguh besar. Lihat sahaja sumbangannya pada jaringan Rooney minggu lalu dan dua gol yang kami hasilkan hari ini (awal pagi semalam).
“Ia merupakan sumbangan yang besar. Semua itu berjaya dilakukan kerana pengalaman yang luas dan aksi yang sentiasa tenang setiap kali berdepan pemain lawan,” kata Ferguson. - AFP
No comments:
Post a Comment