PELAN SIMPANAN DENGAN PENDIDIKAN TAKAFUL

Saturday, April 2, 2011

Rooney become smolder .

LONDON - Pemburuan kejuaraan Liga Perdana England buat kali ke-19 oleh Manchester United membuatkan penyerang, Wayne Rooney lebih bermotivasi bagi menghadapi WestHam di Up-ton Park malam ini.

United masih terikat dengan Liverpool dengan kedua-dua pasukan sudah menjuarai saingan liga itu sebanyak 18 kali setelah skuad bimbingan Alex Ferguson sekadar meraih tempat kedua musim lalu.

Dengan berkelebihan lima mata mengatasi Arsenal ketika ini, United berdepan minggu penting apabila turut akan bertemu Chelsea pada suku akhir Liga Juara-Juara dan Manchester City pada separuh akhir Piala FA.

Rooney berkata, membesar sebagai penyokong Everton membuatkan diri nya lebih teruja untuk memastikan United berjaya merangkul kejuaraan ke-19 berbanding musuh setempat Everton, Liverpool.

"Saya membesar sebagai penyokong Everton. Jadi untuk menjadi sebahagian daripada pasukan United bagi mengatasi Liverpool dalam rekod kejuaraan ini sesuatu yang menarik.

"Ia juga pasti cukup lebih bermakna bagi kami sebagai pemain, sama seperti apa dirasakan para penyokong," kata Rooney.

Dia turut percaya dengan kembalinya pemain sayap, Antonio Valencia yang sudah pulih daripada kecederaan, bakal membantu mereka pada babak terakhir kempen musim ini.

Jelas Rooney, dengan kekuatan di bahagian sayap oleh Valencia dan juga Nani, ia akan memberi lebih dimensi terhadap barisan kendalian Ferguson itu.

"Saya antara individu yang paling gembira di dalam pasukan apabila mendapati Valencia sudah kembali. Dengan adanya Valencia dan Nani, ia sesuatu yang menakjubkan kerana mereka berdua sentiasa mampu memberikan kelainan," ujarnya.

Kapten United, Nemanja Vidic dijangka kembali beraksi malam ini tetapi Rio Ferdinand, Rafael dan John O'Shea masih cedera, manakala Jonny Evans digantung perlawanan. - AFP

No comments:

Post a Comment