PELAN SIMPANAN DENGAN PENDIDIKAN TAKAFUL

Friday, July 27, 2012

[ Video ] Najwa Latif - AdaMu (Official Video)

Assalamualaikum ,

Hari ini mari kita dengar lagu dari Najwa Latif yang berjudul AdaMu.

Selamat Menghayati Liriknya =)





[Lirik]


AdaMu


Lagu: Najwa Latif (NAR Publishing SDN BHD)
Lirik: Ika Latif (NAR Publishing SDN BHD)



Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia


Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan


Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku AdaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu


Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu 


.......................................................




Credit to Umar Mita

Thursday, July 26, 2012

Bonus Raya Kepada Kakitangan Kerajaan 2012

Assalamualaikum . . .

Semalam Bonus Raya Kakitangan Kerajaan 2012 telah diumumkan. Saya mendengar berita ini di TV 3 sewaktu kenyang berbuka. 
Alhamdulillah, saya terima tempias kerana ayah saya seorang penjawat kerajaan. Bagus jugak ada permintaan dari CUEPACS sehingga kerajaan membuat keputusan untuk memberikan bonus raya untuk kakitangan kerajaan. Tahun ni boleh minta duit raya lebih kat ayah !

Bonus adalaa 1/2 bulan gaji dan minimum rm500.
[ Artikle asal ] 

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua pesara kerajaan.
Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, 

katanya lagi dalam kenyataan.

Pemberian bonus dan bayaran khas berkenaan akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Katanya, bayaran itu akan membabitkan anggaran perbelanjaan RM2.2 bilion.

Perdana Menteri berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu adalah penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.
Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan, katanya lagi.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri.

Najib berkata, pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.

Sumber : B.H

Wednesday, July 25, 2012

[ INFO ] 10 Perkara yang Yahudi Seboleh-bolehnya Tidak Mahu Umat Islam dan Dunia Tahu


Assalamualaikum . . . 

Salam Ramadhan 1433H .Tahukah anda sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom Kita nak dedahkan 10 daripadanya!

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman.Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

Sebenarnya perkara di atas ni kita telah sedia maklum, tapi apakan daya apabila ianya dah menjadi suatu budaya memang sukar untuk di tangani, kita sendiri sedia maklum yang bangsa kita lebih suka membanggakan budaya luar..
persoalannya disini, mengapa kita malu dengan budaya sendiri dan mengapa tidak mempraktikkan Islam sebagai cara hidup kita?


Sumber: Myberita.com

Tuesday, July 24, 2012

15 Kesilapan Yang Sering Dilakukan Orang Berpuasa

Assalamualaikum . . .

Syukur kepada Allah kerana dengan keizinanNya dapat lagi kita hidup di atas muka bumi ini, dapat menghirup oksigen tanpa dikenakan bayaran, dan dapat menikmati dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Nikmat Islam. Ucapan Selawat juga ditujukan kepada baginda Rasulullah saw, kerana dengan berkat pengorbanan baginda serta sahabat-sahabatnya memperjuangakan agama Allah (Islam) ini sehingga kita dapat merasai Islam hingga ke hari ini.
Picture from LangitIlahi.com
Pertama kali sebelum terlambat saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua Umat Islam di Seluruh Pelusuk Dunia. Marilah kita sama-sama menghidupkan bulan ramadhan pada tahun ini dengan memperbanyakkan amal ibadah kita kepada Allah dan dengan niat yang ikhlas. Moga-moga Ramadhan pada kali ini amat bermakna bagi kita seperti Ramadhan-ramadhan tahun lepas. Anggaplah ramadhan pada tahun ini adalah yang terakhir bagi kita. Kita tak tahu bila Allah akan menyambut pulang menghadapNya. Tahun ini ? Bulan ini ? dan saat ini ?

Tepuk dada kita, dan tanya hati kita"Adakah aku sudah bersedia menghadap Allah s.w.t ? Apakah bekalan dan persiapan kita cukup untuk menghadap Allah ?

Marilah sama-sama kita rendahkan hati dan mengabdikan diri kita kepada Allah

..............................................................................................................................

Post saya kali ini bertajuk "Kesilapan Yang Sering Dilakukan Orang Berpuasa"

Kesilapan umat Islam yang berpuasa antaranya tidak menetapkan niat fardhu puasa pada setiap malam hari walaupun memadai dengan niat di awal Ramadan. 
Imam-imam masjid telah mengajar kita supaya niat puasa selepas menunaikan solat terawih. Hal ini dapat mendidik kita supaya tidak terlepas dari niat puasa.
Picture form LangitIlahi,com

Antara kesilapan dilakukan orang berpuasa:

1. Bersahur awal dan melewatkan berbuka. 

2. Berlebih dalam menyediakan juadah berbuka sehingga menghilangkan keberkatan berpuasa.

3. Tidak menjaga solat fardhu atau melengah-lengahkannya.

4. Tidak menjaga lidah daripada ucapan yang sia-sia, mengumpat, memfitnah, atau mendusta.

5. Membazir masa dengan melakukan kerja tidak berfaedah seperti menonton televisyen dan mendengar radio.

6. Meringan-ringankan ibadat sunat seperti (berdoa, berzikir, membaca Al-Qur'an, Solat-solat sunat dan beristigfar)

7. Tidak menghidupkan 10 malam terakhir.

8. Tidak menunaikan Solat Sunat terawih.

9. Hanya bersungguh-sungguh melakukan amalan pada awal ramadan sahaja, kemudian mengurangkan amal ibadat di pertengahan dan malam terakhir.

10. Bakhil/kedekut harta serta tidak membantu orang yang berhajat dan tidak bersedekah.

11. Keluarnya wanita ke masjid dengan memakai perhiasan, wangian, yang boleh membawa fitnah.

12. Wanita keluar berduyun-duyun ke pasar membeli juadah (bercampur lelaki & perempuan yang bukan mahram)

13. Tidak memperbanyakkan takbir pada malam hari raya lantaran sibuk dengan perhiasan rumah dan persediaan kuih-muih.

14. Lewat membayar  zakat fitrah sehingga selesai solat Aidilfitri

15. Berhari raya dengan hawa nafsu, hiburan yang melalaikan dan permbaziran yang melampau.


Semoga Bermanfaat untuk kita semua.


Sumber: Buku Adab Ramadhan

Friday, July 20, 2012

..:: Mereka Sudah Berhijrah ::..

Assalamualaikum . . .

Post kali ini saya ingin berkongsi satu article yang bertajuk "Artis Nan Berhijrah" yang di tulis oleh Saudara Hilal Asyraf  . Semoga Bermanfaat .

(Gambar Hiasan: Sudahkah anda mendaftar sebagai Ahli Pas?)
[Artis-artis Nan Berhijrah.]
Kebelakangan ini kita disajikan dengan cerita artis-artis yang berhijrah. Ramainya kemudian beralih ke pentas politik. Rata-rata yang berubah pergi berdiri di atas pentas PAS.

Jujurnya, saya tidak kisah jika seseorag itu hendak berdiri di pentas apa sekalipun. Selagi mana ianya masih syara', yakni tidak melanggar larangan Allah SWT. Kalau di pentas UMNO itu syara', perhimpunannya tidak melanggar syariat Allah SWT, pun tiada masalah. Masalah di sini bukan UMNO atau PAS. Masalah di sini, dalam syara' atau tidak.


Saya gembira dengan perubahan-perubahan ini. Dan saya juga amat arif dengan caci dan maki yang menghujani mereka yang berubah ini. Saya amat yakin, ramai yang tidak berpuas hati adalah dari kalangan pihak Parti lawan kepada parti yang disebelahi oleh artis-artis yang telah berhijrah. Bahkan, saya pernah melihat satu propaganda untuk memburukkan nama Abby Abadi dengan mendedahkan gambar-gambarnya yang dahulu.


Apa yang saya boleh sebutkan di sini, terbahagi kepada dua kelompok.


1 - Artis Yang Berubah.


Pertamanya, berubahlah dengan istiqomah, dan kuatkanlah diri. Memang perubahan itu payah, dan ianya pasti akan menerima uji. Jangan rasa lemah dan penat, kerana ianya memang sebuah resmi.


Keduanya, kita yang baru berubah, jangan terlalu menyibukkan diri dengan penyampaian semata. Sibukkan diri dengan 'penerimaan' juga. Belajar mendalami agama itu diperhebatkan lebih dari 'menyampaikan'. Agar penyampaian kita di masa nanti akan menjadi mantap, dan lebih berkesan. Bukan tidak boleh memberikan penyampaian, cuma nasihat saya menjadi 'penerima' itu lebih digencarkan.

(Gambar Hiasan : Abby Abadi)
Ketiganya, parti kita hanyalah wasilah, jalan. Bukan matlamat. Saya tidak sempat hedak mendengar semua artis yang berubah ini berbicara. Namun saya amat berharap, agar tiada kalangan artis-artis yang berubah ini yang menghina sesiapa. Saya yakin tidak ada, tetapi kalaulah ada, maka beringat-ingatlah. Agar perubahan kita tidak menjadi fitnah kepada sebuah perubahan.

Saya yakin, dengan memahami tiga perkara ini, perubahan diri itu akan menjadi lebih kuat. Dan ianya akan membuatkan ramai orang lain tertarik untuk berubah.


2 - Mereka Yang Mencela.


Saya mahu cakap mudah sahaja dengan golongan ini.

Anda di mana sekarang?

(Gambar Hiasan: Bob Lokman)
Saat mereka telah bertudung, yang lelakinya berpakaian sopan, dan kembali mendalami agama, anda berada di mana?

Orang menuduh mereka ini digunakan parti PAS, maka bagaimana pula anda yang mencela-cela dan menghina mereka? Mendedahkan keaiban dan merosakkan nama mereka? Tidakkah anda yang sebenarnya dipergunakan parti sokongan anda?


Jikalah benar parti yang anda sokong itulah sebuah parti kebenaran, bangkitkan sahaja selebriti-selebriti yang menyokong perjuangan anda, dan tunjukkan 'keIslaman' mereka. Betapa mereka 'mematuhi' syara', dan 'komited' menjadi hamba Allah SWT yang baik.

(Gambar Hiasan: Sharifah Aini)
Saya rasa, artis yang berubah ini hanya beberapa sahaja.
Keluarkan selebriti-selebriti anda.

Jangan pandai mencela sahaja.

--------------------------------------------------
Berubahlah ke arah kebaikan,
tidakkah kita membaca firman Allah SWT:

"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! " Surah Al-Fajr ayat 27-30.

Mari, dapatkan jiwa yang tenang itu.
Allah memanggil!
Jom Jadi Hamba Allah !
Sumber : Hilal Asyraf FB
 
 

Thursday, July 19, 2012

[ MUSLIM PEOPLE ] ARE YOU READY FOR RAMADHAN ?

ASSALAMUALAIKUM . . .

Here, there are several tips on how to prep and improve yourself for ramadhan.

Some of the lines, and tips were quoted from the book "30 Tips for a Guilt-free Ramadan!" by Abu

Productive, a good read, so do have a go at it.



Wednesday, July 18, 2012

Ibu Pemain Bola Sepak Kelab Real Madrid kini bertudung

ASSALAMUALAIKUM . . .
Alhamduillah . Syukur Kehadrat Ilahi, dengan limpah kurniaNYA dapat saya mengupdate blog ni, walaupun telah lama saya tidak menulis, tetapi dengan kesempatan ini saya cuba juga menulis & berkongsi cerita.
Semalam, saya telah membaca satu article dari sumber yang boleh dipercayai mengenai Seorang Ibu Pemain Bola Sepak Telah Memakai Tudung.
Jadi, saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi cerita kepada semua pembaca.



Mesut Ozil

           Dia merupakan salah satu dari pemain Muslim yang memang Osem! Pemuda kelahiran 15 Oktober 1988 itu dikenal sebagai pemain bola yang sudah biasa membiasakan dirinya membaca Al-Qur’an.ketika di padang bola!

Ozil sendiri berkata, kebiasaan membaca Al-Qur’an membuatnya tenang dan lebih kuat ketika berada di dalam sesebuah pertandingan...* pemain berdarah Turki ni memang rajin membawa Al-Qur’an... boleh gugel sendiri kalau nak tgk aksinya di padang bola mesti tak lekang dari doa..allah..allah.. kata beliau..“Al-Quran memberiku kekuatan lebih untuk bermain dalam pertandingan dengan baik,” ujar Ozil.

Tahukah Anda? Bukan hanya Ozil seorang yang berupaya dekat dengan Al-Qur’an. ibunya, Gulizar Ozil, juga Salah satu ajaran Al-Qur’an yang ditaati ibu Ozil adalah mengenakan tudung..alhamdulillah...allahurabbi..

Dalam wawancara dengan salah satu stesen TV Spanyol, Gulizar nampak jelas mengenakan tudung dan berbaju lengan panjang...
 

Inilah ayat yang ditaati oleh ibu Mesut Ozil:

“Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dar padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita…,” (QS An-Nur: 31).

Sebagai seorang Muslimah, Anda juga bertudung kan? Alhamdulillah. Jika belum, bila lagi kan..?moga ALLAH memberi Hidayah dan membuka pintu rahmat seluas-luasnya kepada anda.