Assalamualaikum . .
Ada sebuah kisah yang ingin saya kongsikan . Kisah ni terjadi di salah sebuah IPT tempatan .
Kisahnya berbunyi bergini :)
Ketika didalam kuliah,seorang pensyarah berhenti seketika daripada mengajar,dia mengangkat segelas air dan bertanya kepada pelajarnya
“Anda semua teka berapa berat segelas air ini?”
Mahasiswa menjawab, mereka meneka dari 5 liter sampai 200 liter.
” Sebenarnya, jawapan anda ada yang betul tapi apa yang hendak saya
sampaikan hari ni ialah bukan masalah berat kandungannya, tapi
bergantung berapa lama anda memegangnya.
Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah. Jika saya
memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit. Dan jika saya
memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggilkan
ambulans untuk saya. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya
memegangnya, maka bebannya akan semakin berat”.
“Jika kita membawa beban kita secara berterusan, lambat laun kita
tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya”.
“Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, rehat sekejap sebelum mengangkatnya lagi”.
Kita harus meninggalkan beban kita secara berkala, agar kita dapat
lebih segar dan mampu membawanya lagi. Jadi sebelum pulang ke rumah dari
pekerjaan petang ini, tinggalkan beban pekerjaan. Jangan bawa pulang.
Beban itu dapat diambil lagi besok.
Apapun beban yang ada di bahu anda hari ini, cuba tinggalkannya sekejap jika boleh. Setelah berehat nanti boleh diambil lagi……
Hidup ini singkat, jadi cubalah menikmatinya.Kita mestilah mengisi kehidupan kita dengan perkara-perkara yang berfaedah dan perkara-perkara itu jugak mestilah dapat meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah S.W.T .
Perkara terindah dan terbaik di dunia ini tidak dapat dilihat, atau
disentuh, tapi hanya dapat dirasakan jauh di dalam hati anda.
Ingatlah bahawa setiap amalan yang kita lakukan didunia ini akan dihitung oleh Allah di akhirat kelak.
Selamat Beramal !
Sumber: Click Here
No comments:
Post a Comment