Assalamualaikum . . .
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya tentang sebuah teka-teki:
Imam Ghazali = "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 = "Orang tua."
Murid 2 = "Guru."
Murid 3 = "Teman."
Murid 4 = "Kaum kerabat."
Imam
Ghazali = "Semua jawanan kalian benar. Tetapi yang paling dekat dengan
kita ialah MATI. Sebab itu adalah janji Allah, bahawa setiap yang
bernyawa pasti akan mati, (Surah Ali-Imran: 185).
Imam Ghazali = "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
Murid 1 = "Negeri Cina"
Murid 2 = "Bulan."
Murid 3 = "Matahari."
Murid 4 = "Bintang-bintang."
Iman
Ghazali = "Semua jawaban kamu tidak ada yang salah. Tetapi yang paling
tepat adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita,
tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu
kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang
dengan perbuatan yang sesuai dengan apa yang Allah perintahkan. "
Iman Ghazali = "Apa yang paling besar di dunia ini?"
Murid 1 = "Gunung."
Murid 2 = "Matahari."
Murid 3 = "Bumi."
Imam
Ghazali = "Semua jawaban kamu benar, tapi yang besar sekali adalah
HAWA NAFSU (Surah Al-A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu
kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."
IMAM GHAZALI = "Apa yang paling berat di dunia?"
Murid 1 = "Baja."
Murid 2 = "Besi."
Murid 3 = "Gajah."
Imam
Ghazali = "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab: 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua berkata tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka
menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan
sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga
banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah. "
Imam Ghazali = "Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Murid 1 = "Kapas."
Murid 2 = "Angin."
Murid 3 = "Debu."
Murid 4 = "Daun-daun."
Imam
Ghazali = "Semua jawaban kamu tepat, tapi yang paling ringan di dunia
ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan
dunia, dengan mudah kita tinggalkan solat."
Imam Ghazali = "Apa yang paling tajam di dunia ini?"
Murid-Murid dengan serentak menjawab = "Pedang."
Imam
Ghazali = "Itu benar, tapi benda yang paling tajam di dunia ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti
hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri."
Sumber: Blog Gua Kaler Pink
No comments:
Post a Comment