Post saya kali ini ialah mengenai teguran . Saya suka menegur kawan saya yang melakukan kesalahan. walaupun kesalahan itu kecil @ besar. Dan kadang2 teguran saya itu boleh menyebabkan hati mereka tersentuh. Hal ini membuatkan saya rasa teguran tak penting lagi. tapi, saya terbaca satu artikle yang menarik mengenai "teguran".
Tegurlah dengan cara yg berhemah, kerana kadang2 teguran dapat memutuskan ikatan silaturrahim antara 2 sahabat yg telah lama terjalin - gambar hiasan |
Saya suka dengan kata-kata ni :
"Orang yang dapat menegur orang
lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain"
Kalau kita melihat pada ayat ini dan mengkajinya, kita dapat mengetahui isi yang tersirat daripada ayat ini.
Ayat ini jugak adalah antara kata-kata
cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di
mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat,
di dalam persatuan-persatuan, di sekolah. Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa
menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu
berlaku di mana-mana sahaja.
Orang yang Menegur
Manusia memang tidak pernah lari
daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi
biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum
kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan
hidup.
Jangan jadi seperti ketam yang
mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah
tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri
masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.
Sebab itu kalau kita suka menegur,
kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian
baru ke orang lain.
Orang yang Ditegur
Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar
kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain,
persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting
dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi,
kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah
merobohkannya.
Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".
Manusia memerlukan 'cermin' bagi
bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan
anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?.
Yang Paling Penting
Setiap orang yang menegur pasti
sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur
tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan
terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.
Ingat!
Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari
anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.
Teguran jugak dapat membina + menambah keyakinan diri seseorang - gambar hiasan |
Sumber:
Saya Cintakan Islam
No comments:
Post a Comment