Assalamualaikum . . .
ARSENAL menjadi pasukan Liga Perdana England kedua
sah akan menentang skuad bola sepak kebangsaan pada aksi persahabatan di
Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 13 Julai depan.
Terdahulu,
naib juara musim ini, Chelsea telah pun me- ngesahkan akan turun
bertemu skuad kebangsaan di gelanggang sama pada 21 Julai.
Tidak
cukup dengan itu, Li- verpool juga dikhabarkan akan bertemu skuad
kebangsaan pada 16 Julai tetapi sidang media pengesahannya dijangka
dibuat awal bulan depan.
Ia menjadikan pertengahan
Julai depan minggu paling sibuk dan meriah buat pemi- nat bola sepak
negara kerana tiga perlawanan itu akan berlangsung dalam tempoh
seminggu.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, kehadiran
tiga kelab dari England itu merupakan suatu pengiktirafan selepas
Malaysia bergelar jagoan Asia Tenggara setelah menjuarai Piala Suzuki
AFF 2010 dan Sukan SEA 2009.
“Bagi saya ia secara
tak langsung merupakan suatu platform buat skuad negara kita mendapat
perlawanan pendedahan yang cukup baik. Pasti ia sesuatu yang tidak
dijangka para pemain kita.
“Ini satu peluang
keemasan buat setiap pemain, terutamanya pemain muda. Tiga perlawanan
hebat dalam seminggu. Saya rasa pasukan England atau Brazil pun tak
dapat peluang sebegini.
“Jadi harap pemain gunakan
sepenuhnya peluang ini. Kalau masih muda, saya pun nak bermain sama,”
kata Tengku Abdullah pada sidang media pengumuman tarikh Jelajah Asia
Arsenal 2011 di Hotel Saujana, Subang pagi semalam.
Tiket
berharga RM58, RM68, RM108 dan RM388 akan mula dijual pada Jumaat ini
di butik Nike Mid Valley, KLCC, Pavilion, One Utama dan Sunway Pyramid
serta rangkaian Ticketpro seluruh negara atau secara online di TIKET ONLINE.
Pembelian awal akan disertakan pas masuk percuma menyaksikan sesi latihan pasukan Arsenal di Stadium Nasional pada 12 Julai.
Pesan
Tengku Abdullah: “Biarpun saya penyokong Arsenal sejak kecil, saya
tetap jiwa Malaysia. Harap lebih ramai hadir berjersi kuning daripada
berjersi merah. Semangat negara perlu didahu- lukan daripada keghairahan
peribadi.”
Sementara itu, Ketua Pegawai Komersial
Arsenal, Tom Fox yang turut hadir pada sidang media itu menyatakan
bahawa China menjadi satu lagi destinasi Jelajah Asia 2011 setelah
ranca- ngan ke Jepun dibatalkan kerana tragedi tsunami.
“Ini
merupakan kali keempat Arsenal ke Malaysia setelah kali pertama pada
1968 dan kali terakhir kira-kira 12 tahun lalu iaitu 1999.
“Sempena
ulang tahun ke- 125 kelab, kami mahu memula- kan pramusim dengan
perancangan rapi dan akan menurunkan pemain dari skuad utama untuk
perlawanan di Kuala Lumpur nanti,” kata Fox.
Sumber: MSN
No comments:
Post a Comment