Itu
amaran dua persatuan pengguna berpengaruh di negara ini iaitu
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan Pengguna Subang
dan Shah Alam (Cassa) terhadap Astro di atas apa yang dianggap sebagai
‘keangkuhan’ syarikat televisyen berbayar tersebut yang bertindak sesuka
hati mengenakan bayaran tambahan kepada pelanggan mereka.
Bahkan amaran pemboikotan itu juga diberikan kepada syarikat yang mengiklankan produk barangan mereka di stesen berkenaan.
Pengerusi
Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, dengan
memperoleh keuntungan sehingga RM800 juta pada tahun kewangan yang
berakhir pada 2010, tidak ada sebab untuk Astro terus menekan pelanggan
mereka dengan caj yang melampau.
”
Astro bukan saja memonopoli pasaran stesen berbayar, bahkan sudah mula
mengambil iklan sedangkan peraturan tidak membenarkannya berbuat
demikian dan sekarang sesuka hati nak kenakan bayaran tambahan pada
pengguna tanpa membincangkannya dengan pihak berwajib.
Turut hadir Presiden dan penasihat undang-undang Cassa, Datuk Dr. Jacob George.
Astro
baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan
terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga
langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.
Sesetengah
pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan,
manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95
sebulan.
Bagaimanapun
notis mengenai kenaikan bayaran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
Astro kepada pelanggannya dianggap tidak sah kerana tidak mendapat
kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
terlebih dahulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan,
Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Mengulas
mengenai tindakan boikot itu, Dr Jacob berkata, pihak Astro tidak
boleh memandang ringan perkara tersebut kerana pengguna mempunyai hak
yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa.
”
Saya sendiri sudah sudah ke Parlimen dan menyuarakan kebimbangan serta
keresahan kami kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat dengan harapan ia akan
dibincangkan dalam sesi Dewan Rakyat dalam masa terdekat ini.
”
Ingat, kami bagi masa tujuh hari atau kami akan memboikot Astro, bukan
saja pada stesen televisyen itu tetapi juga pada mereka yang
mengiklankan barangan di situ,” katanya. – SYAHRIL A. KADIR
No comments:
Post a Comment