PELAN SIMPANAN DENGAN PENDIDIKAN TAKAFUL

Wednesday, June 8, 2011

Festival Youthnity akan dijadikan acara tahunan

Mohd. Nazifuddin Mohd. Najib (berdiri di tengah) bersama sebahagian daripada pemenang tiga pertandingan yang dianjurkan sepanjang Festival Youthnity 2011 melaungkan slogan 1Malaysia pada majlis penutup festival tersebut di Taman Tasik Titiwangsa, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR 6 Jun - Festival Youthnity 2011 yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa buat pertama kalinya pada tahun ini akan dijadikan acara tahunan sebagai salah satu acara untuk melibatkan golongan belia dalam aktiviti sihat.
Pengerusi Youth On Unity (YOU), Mohd. Nazifuddin Mohd. Najib berkata, pada masa hadapan, festival anjuran bersama pihaknya dengan Kelab Usahawan 1Malaysia (1MYEC) itu akan diadakan di pelbagai lokasi di seluruh negara.
"Buat masa ini, kita hanya menumpukan kepada warga kota memandangkan ini acara pertama kita dan jika berpeluang, kita akan pergi ke negeri-negeri lain untuk menganjurkan acara seumpama ini," katanya pada majlis penutup Festival Youthnity 2011 di sini baru-baru ini.
Beliau berkata, matlamat festival itu adalah untuk memberi peluang kepada golongan belia mengetengahkan bakat mereka terutama dalam bidang seni.
"Kita sudah dapat tonjol bakat-bakat belia ini dalam bidang nyanyian, tarian serta lakonan dan kita juga akan memberikan mereka semangat untuk terus berkarya dalam bidang ini," katanya.
Lebih 10,000 pengunjung yang menghadiri festival tiga hari tersebut berpeluang menyaksikan pertandingan muzik indie, fotografi dan filem pendek.
Bagi pertandingan muzik indie, kumpulan Oxygen merangkul gelaran juara selepas menewaskan kumpulan Klasik Ikan Keli dan Blood n Noise.
Pertandingan fotografi pula menyaksikan Nadia Shazrin Asari meraih tempat pertama, diikuti Kelvin Ng Wei Siang (kedua) dan Mohd. Firdaus Mohd. Herrow (ketiga).
Sementara itu, filem bertajuk Rewind hasil karya Umar Muhajir Ghazali diumumkan sebagai johan bagi pertandingan Filem Pendek manakala tempat kedua diraih oleh Ahmad Muzzammil Abdul Rahman (Nisan Tak Terukir) dan tempat ketiga, Mohd. Yazied Kasbola (Tertusuk Cinta).
Pemenang tempat pertama bagi ketiga-tiga kategori tersebut membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, tempat kedua RM2,000 dan ketiga RM1,000.


No comments:

Post a Comment