Assalamualaikum . . .
Hari ni aku ingin kongsi ILmu skit kt korang. Ilmu membuat nasi lemak.aku yakin pembaca-pembaca semua suka makan nasi lemak kan. yang tak suka tu, belajar2lah suka makan nasi lemak yew..kerana nasi lemak ialah salah satu makanan tradisional kita :)
Banyak khasiat yang terkandung dalam nasi lemak.
Bahan-bahan (Sambal)
2 ulas bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
8-10 sudu cili kisar
2 cawan air
1 keping gula Melaka
Sedikit belacan
Sedikit asam jawa
Sedikit ikan bilis (dikisar)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak
3 ulas bawang putih (dikisar)
8-10 sudu cili kisar
2 cawan air
1 keping gula Melaka
Sedikit belacan
Sedikit asam jawa
Sedikit ikan bilis (dikisar)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak
Bahan-bahan (Nasi)
3 cawan beras
2 cawan santan pekat
3 cawan air
2-3 helai daun pandan
Sedikit garam
2 cawan santan pekat
3 cawan air
2-3 helai daun pandan
Sedikit garam
Cara-cara
- Untuk sambal, masukkan 2-4 sudu minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga sedikit garing.
- Masukkan cili kisar dan kacau sekata. Biarkan seketika.
- Masukkan air, gula Melaka, belacan, asam jawa dan ikan bilis. Masak sehingga pekat. 30-60 minit.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Untuk nasi, cuci beras beberapa kali. Masukkan santan, air dan daun pandan yang disimpul. Masak dalam periuk yang bertutup di atas api kecil sehingga masak. Boleh juga kalau nak guna rice cooker.
~~ Sharing is Caring ~~
Sumber: Malaysia Kini
No comments:
Post a Comment