PELAN SIMPANAN DENGAN PENDIDIKAN TAKAFUL

Tuesday, June 14, 2011

Kenapa Orang Pandai pun Gagal ?

Assalamualaikum . . .
Orang pandai dalam kehidupan seharian terkadang dianggap lebih “unggul” dan lebih “baik” dibandingkan orang lainnya…
Namun, kadang-kadang orang-orang pandai ini mengalami kegagalan dalam hidupnya, dan akhirnya hanya menjadi orang “biasa”….
Ada beberapa perkara yang menyebabkan kegagalan kepada orang pandai….

1. Terlalu banyak mengetahui tetapi tidak mempraktikkannya
Kebanyakan orang pandai memiliki pengetahuan yang luas dan mengetahui banyak perkara. Namun, orang pandai bersifat teori, sehingga perkara yang mereka ketahui jarang mereka praktikkan

2. Tidak berani bertindak
Dalam perkara ini, orang pandai jarang mengalami kemajuan, kenapa???
Kerana mereka tidak berani bertindak dan mencuba… sehingga di dalam hidupnya seringkali tidak mengalami kemajuan…

3. Selalu merasa dirinya sudah pandai sehingga tidak mahu menerima cadangan atau kritikan dari orang lain.
Perkara ini yang biasanya ada dalam diri orang pandai, yang membuat mereka semakin jauh dari kejayaan…
Sepandai apapun manusia, perkara yang terpenting adalah mahu menerima pandangan dari orang lain, kerana tidak mungkin kita boleh melihat kekurangan diri kita secara nyata…
4. Terlalu Banyak Perkiraan
Selalu melakukan pertimbangan sebelum melakukan sesuatu adalah perkara yang baik.Namun apabila terlalu banyak yang difikirkan sebelum memutuskan sesuatu, perkara inilah yang akan membuat orang ini tidak akan mencapai kemajuan pesat dalam hidup kerana semua perkara yang dilakukan pasti mengandung risiko, kecenderungan orang pandai tidak mahu mengambil risiko…
 
5. Kurangnya Penampilan Sosial
Seberapa pun hebatnya pandai akademik, kita tetap perlu memiliki kepandaian bergaul dan bersosial, seperti kemampuan mendengarkan, peka terhadap perasaan orang lain, dan kemampuan interaksi.
Orang yang memiliki kepandaian sosial yang tinggi mampu mengakui kesalahan mereka dan mampu bekerjasama dengan orang lain.

 Jadi,tegasnya disini bahawa untuk berjaya dalam hidup bukanlah sesuatu perkara yang mudah.Aku masih pegang dengan kata-kata cikguku sewaktu aku dibangku sekolah lagi. Sebelum peperiksaan SPM menjelang, banyak kata-kata semangat daripada yang telah mereka lemparkan kepadaku. Yang masih segar dalam ingatanku ialah 
"Bukan Senang Nak Senang, Bukan Susah Nak Susah"

No comments:

Post a Comment