PELAN SIMPANAN DENGAN PENDIDIKAN TAKAFUL

Saturday, February 26, 2011

Friday . 25.02.2011



Salam .   ermm..hari ni . banyak perkara yang berlaku dan perlu aku lakukan..Hari ni tanggal 25022011 ialah hari lahir abang kesayangku Muhammad Hanief Bin Jaafar. Sahabatku Azmi dapat duit zakat Rm3xx . Aku hantar dia pulang ke batu pahat.Tp just hantar kat Station bukit jalil jew.

tepat jam 12 tengahhari , aku pergi menghantar sahabtku pulang ke kampung halamanya..aku hantar dia sampai ke station bas bukit jalil coz dia support duit minyak.Alhamduillah..hari ni dia dapat duit bantuan zakat daripada bank rakyat.Ramai jugak termasuk Azmi dapat duit bantuan zakat nie.bukan susah pun nak apply, aku macammana lah tak apply.kalau tak ade lah duit lebih skit untuk dibuat belanja.. :) Hope kepada yang dapat duit bantuan zakat daripada Bank Rakyat mahupun Bank Islam- gunalah wang itu sebaik-baiknya.. :-) .

Lepas aku hantar dia, aku lihat jam sudah menunjukkan pukul 1230pm.bermakna waktu zohor semakin hampir.hari ni pulak solat jumaat.ketika tu aku masih kat ampang.Gombak iaitu destinasiku masih jauh..Dan aku mengambil keputusan untuk singgah di Masjid Al-Azim pandan indah untuk menunaikan solat jumaat. Suasana di masjid masih renggan.Kenderaan di tempat latak kereta masih banyak ruang.aku mencari tempat yang teduh untuk meletakkan kenderaanku..(habit ku ini seperti ayahku)
Aku sempat singgah di gerai2 kecil di kawasan masjid,ada menjual makanan dan minuman..aku mencari2 benda yang perlu ku beli,tp tak kelihatan..aku mencari orang menjual kopiah..kerana hari tu aku tak sempat nak pakai kopiah..Aku terus menuju ke bilik air dan mengambil wuduk..selesai shj aku masuk ke ruang solat masjid.Ruang masjid Al-Azim sangat luas dan besar..aku mengambil keputusan untuk duduk iktikaf di saf hadapan..ttp memandangkan aku tidak berpakaian lengkap(pakai hanya seluar dan baju melayu) aku dduk di saf ke 2. selesai solat sunat tahiyatul masjid.aku tertido seketika sehingga azan berkumandang..............................................................................................................
aku terus menuju ke Futsal Ampang Sport Planet.Aku diberi tugasan oleh Zuhdi supaya menampal poster "Open Futsal and Takraw Tournament" yang akan berlangsung pada 18th and 19th March 2011. aku sungguh tak puas hati dengan sikap beliau yang hanya mengambil mudah dalam hal ini,.aku sendiri pun tak paham dengan sikapnya,.. aku tak tahu tempat Ampang futsal planet tuh..aku cuba menelifon kakak ku,yang tinggal di Ampang Campuran..Aku diberi tahu di tempat yang berhampiran dengan "de palma" . Aduhhh...aku mengeluh sendirian..aku lagi lah tak tahu tempat tuh..masakan aku nak jumpa tempat futsal tuh..Erm..Aku meletak ganggagn hp dan perasaan hampa menyelebungi diriku..aku mencuba dengan firasatku..aku cuba melalui jalan2 yang kurasakan mungkin betul jalan tu akan membawaku ke Futsal Ampang Sport Planet..Akhirnya..aku mengalah..aku tak dapat menemui pun..aku pun memandu kereta pulang ke Gombak..Dalam perjalanan. Asma Huda iaitu Exco club Taekwando merangkul setiausaha program futsal open tournament nie menghantar meseg kepadaku..dia memberi tahu mahu berjumpa denganku kerana ingin memberi dokumen mengenai Open Futsal and Takraw Tournament". aku menjawab meseg tersebut dengan mengatakan 30 minit lagi aku akan sampai di gombak...permanduanku tidak tumpu di atas jalan..fikiranku berkhanyal entah kemana..ketika itu macam2 aku berfikir..aku berfikir pasal orang,,,tentang dirku pun ada..sukar untuk ku luahkan disini...aku kesunyian,,,Tibanya ku di kolej.aku terus berjumpa dengan Asma untuk mendapatkan dokumen2 penting. aku dapatkan dan terus aku meminta izin untuk pulang...Asma memahami kerana aku mengatakan aku tidak cukup tidur semalam..aku pandu kereta pulang kerumah di Kg,Sri batu.. tiba dihalam rumah.aku bergegas menaiki tangga kerana rumahku berada ditinggkat dua.aku masuki rumah dan terus menuju ke bilikku di hujung dapur.aku menolak daun pintu dan terus aku menghempaskan bajuku dan terus merebahkan badan ku di katilku yang ermpuk..aku terus dibuai mimpi.....
Jam menunjukkan pukul 730pm..aku terjaga dari tidur..astargfirullahhalazim...lafazku...aku terlebih tidur rupanya..aku sudah terlepas solat asar..aku lekas bangun dari katil dan terus masuk ke bilik air..walaupun badan ini malas tetapi aku memaksa jugak.selesai mandi,aku pakai kain pelekat dan baju.terus aku qada' solat asar..aku berdoa kepada Allah moga solat ku diterimaNYA..selesai shja solat.aku menunggu azan maghrib berkumandang..azan sahaja aku terus solat..Selesai solat maghrib aku mengemas barang2 untuk niaga..malam ni aku niaga burger seorang diri...kawan se bussiness dengan ku pulang..aku berasa amat berat sekali untuk membuka gerai..aku terduduk didapur seketika..aku termenung...memikirkan bahawa penting sahabatku ketika waktu ini..dialah yang memberi semangat kepadaku supaya membuka gerai jika aku liat..walaupun aku memberi banyak alasan..padahal aku saja ingin melihat reaksinya..sungguh, dia tidak bosan untuk memberi semangat kepadaku.. aku sedar daripada lamunan..aku terus tekad...aku kemas barang2..aku membawa turun ke bawah..dan terus membuka gerai..tepat sahaja jam 9mlm..gerai ku siap untuk pelanggan datang,..aku duduk sahaja dibelakang gerai.dengan berbekalakan buku "bussiness statistics"(B,S) aku terus menghadap,aku membuat sedikit latihan yang diberi oleh pensyarah kesayangku iaiti Puan Aziawaty..Dia seorang pensyarah yang begitu baik..dalam soal pembelajaran,dia begitu tegas sekali..walaupun dia tegas,tetapi ada sedikit waktu dia membuat jenaka..hal ini membuatkan aku minat untuk belajar..aku sasarkan final exam nanti aku mendapat keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran ini..Ini impianku...Lama jugak aku menunggu pelanggan datang..lebih kurang sejam..tiada seorang pun pelanggan yang datang..ketika aku menyiapkan latihan B.S aku berdoa kepada ALLAH supaya murahkan lah rezki ku pada malam ini...Doa ku termakbul dan seorang pelanggan datang meminta burger ayam..Aku lantas buat,,ketika ku sedang memasak..aku dibuai lamunan lagi,..aku teringatkan sahabat ku..jika pada waktu ini,,ketika ku sedang masak,dia akan memandang ku masak,..dan menghidangkan sayur-mayur..dan malam itu,semuanya itu hanya ilusi ku sahaja,,,aku terpaksa buat kesorangan.."YA ALLAH ...kuatkanlah semangat hambamu ini"...doaku didalam hati...Alhamduillah...pada malam itu..jualan ku memberangsankan..walaupun sedikit penat..ttp aku puas kerana aku berjaya mendapat wang saku daripada hasil titik peluh ku sendiri...baru ku tahu keperitan untuk mencari rezeki demi sesuap nasi...InsyaAllah...aku akan membuat perubahan diriku demi masa depanku...ameennn..

1 comment:

  1. apela..background itam..tulisan pn itam..cmne nk bce??

    haha..kne highlight dlu bru leh bce..

    ReplyDelete