PELAN SIMPANAN DENGAN PENDIDIKAN TAKAFUL

Saturday, February 19, 2011

Kosmo : Laksana sistem tol sehala

KUALA LUMPUR – Kerajaan wajar mempertimbangkan pelaksanaan sistem tol sehala khususnya untuk laluan masuk ke ibu kota bagi meringankan beban berjuta-juta pengguna jalan raya di Lembah Klang pada setiap hari.

Jika dilaksanakan, sistem itu yang sama seperti di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang dapat mengurangkan kesesakan trafik di laluan bersebelahan yang tidak mempunyai plaza tol.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman ketika mencadangkan sistem tol sehala itu menjelaskan, langkah tersebut menepati hasrat kerajaan untuk membantu rakyat dengan mengurangkan bayaran tol.

“Kalau boleh kerajaan kaji dulu pelaksanaan sistem tol sehala ini untuk lebuh raya yang sesak,’’ katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin mengenai keputusan mengurangkan kadar tol Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 2 dekat Kampung Medan daripada RM1.60 kepada RM1 berkuat kuasa tengah malam kelmarin.

No comments:

Post a Comment