Assalamualaikum . . .
Sedikit perkongsian mengenai sebuah cerita yang saya dapat daripada blog Ilmu.
Lelaki A: iskh..sibuk betul la skrg ni, banyak betul DEADLINE nak kejar, tak kejar jadinya...
Lelaki B: ye la, bila la nak rileks nih...
Itulah dialog harian kebanyakan daripada kita.
Sibuk, kerja banyak, tak sempat siapkan tugasan...deadline, deadline,
deadline...... Itulah luahan yang biasa didengar, bukan sahaja di
kalangan pelajar, tapi juga di kalangan pekerja.
Sebelum lebih lanjut berbicara, suka saya mengajak sahabat-sahabat
semua memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana masih berpeluang
untuk hidup pada hari ini. Allah masih menyambung talian hayat kita,
sedar tak sedar umur kita bertambah dengan pertambahan hari. Saban hari
kita mengejar deadline yang ditetapkan di dunia ini. Siapkan tugasan
sekolah, universiti, projek di tempat kerja, dan pelbagai lagi.
Hari ini saya ingin berkongsi tentang deadline yang sedikit berbeza
dari deadline yang biasanya kita fahami, iaitu deadline yang pasti tapi
kita tidak mengetahui bila tarikhnya. Pelik bukan? Ada deadline tapi
tiada tarikhnya. Sebenarnya tarikh itu diketahui, tapi hanya oleh
pencipta kita, Allah. Deadline yang saya maksudkan di sini ialah KEMATIAN.
Ya,
kematian yang sering menghambat kita saban hari. Namun, akibat kita
tidak tahu tarikhnya, kita tidak selalu mengikuti deadline atau menunggu
tarikh "menghantarnya".
Firman Allah dalam Surah An-Nisaa' (4:78):
"Di mana jua kamu
berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu
berada Dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. dan kalau mereka
beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari
sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" ini
adalah dari (sesuatu nahas) Yang ada padamu". Katakanlah (Wahai
Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari
sisi Allah". maka apakah Yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak
memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?"
Sahabat-sahabat sekalian
Saya ingin bertanya kepada anda:
1) Adakah kita sering mengingati deadline yang paling akhir ini?
2) Sedarkah kita selepas deadline ini, terputus segala deadline yang lain di dunia ini?
3) Bagaimana persediaan kita menghadapi deadline yang terakhir ini?
Saya juga kadang-kala terlupa dengan deadline ini, dengan segala
nikmat di dunia, kita terleka, terbawa dengan keseronokan sementara.
Tetapi apabila difikirkan, bila kita mengingatinya kita akan dianjak ke
hadapan. Bagaimana? Dengan "zikrul maut", iaitu mengingati mati.
Jadi,
apakah kepentingan mengingati mati?
a) Mengingati dapat menghidupkan hati kerana kita
sering sedar kekurangan dan kelemahan diri, lantas sentiasa berusaha
untuk menambah amal.
b)Orang yang paling cerdik adalah orang yang
mengingati mati dan bersiap untuk menghadapinya. Niat bagi setiap
amalannya sentiasa diluruskan hanya kepada Allah.
c) Melahirkan perasaan berhati-hati. Ibaratnya
sebelum kita keluar rumah kita akan memastikan kita telah mengunci rumah
sebagai langkah berhati-hati dan mengelakkan kecurian. Begitulah juga
kita berhati-hati dalam setiap perbuatan kita.
Jika urusan dunia kita meletakkan perhatian sepenuhnya terhadap
tindak tanduk kita, apa lagi urusan akhirat yang akan menentukan nasib
kita akhirnya nanti. Kita hanya ada dua pilihan; syurga atau neraka.
Tiada pilihan di pertengahan, tiada talian hayat.
Oleh itu, sahabat-sahabatku, kejarlah deadline di dunia ini, tapi
jangan dilupakan deadline Allah yang sangat pasti. Peganglah dunia di
tanganmu dan peganglah akhirat di hatimu. Bila berjauhan dari dunia,
hati tidak terasa sempit kerana adanya akhirat yang lebih dekat dengan
diri. Walaupun kita tidak mengetahui tarikhnya, yakinlah kematian itu
sentiasa menjemput tanpa mengira persiapan kita.
Saya mengingatkan diri saya dan sahabat-sahabat untuk sama-sama
mengkoreksi diri dan memperbanyak taubat, dalam apa jua keadaan. Jadilah
seperti orang yang bertaqwa yang dinyatakan dalam firmanNYA.
Firman-Nya, Surah Qaf (50:33):
"(Iaitu)
orang Yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa
tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah, serta ia
datang (kepada Allah) Dengan hati Yang tunduk taat".
Sebelum berakhir, saya ingin berkongsi doa yang dinamakan
sebagai penghulu istighfar. Mengambil isi dari buku doa, zikir dan
munajat;
"Sekiranya seseorang itu
mengucapkan istighfar ini dengan yakin pada setiap pagi, lalu jika dia
meninggal dunia, nescaya dia akan masuk syurga dan sekiranya dia
mengucapkan dengan yakin pada setiap petang, nescaya dia akan masuk
syurga." (Riwayat An-Nasa'i).
Moga kita sama-sama dapat mengamalkannya sebagai taubat kita dalam
setiap amalan yang telah kita lakukan. Jika perbuatan kita buruk moga
Allah ampunkan kita, jika amalannya baik, moga Allah ikhlaskan niat kita
dalam mengamalkannya.
Bersiap sedialah sahabatku..apabila Izrael datang memanggil, tiada apa yang dapat menghalang...
Sumber :
Aku Cinta Islam