PELAN SIMPANAN DENGAN PENDIDIKAN TAKAFUL

Wednesday, June 22, 2011

Kolej Teknologi DarulNaim (KTD) , Pengkalan Chepa , Kelantan ambil penuntut dari luar negara

Assalamualaikum . . .


KOTA BHARU 15 Jun - Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) mengorak langkah dengan membuka peluang kepada penuntut asing khususnya dari Asia Tenggara untuk mengikuti pengajian di kolej tersebut mulai pertengahan tahun ini.


Ketua Eksekutif KTD, Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Ab. Rahman berkata, pengambilan penuntut antarabangsa itu adalah bagi program Diploma Pengurusan Perniagaan dan Diploma Multimedia.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan antara 20 sehingga 30 penuntut dari Indonesia akan menjadi kumpulan pertama yang memulakan pengajian mereka pada Julai ini.

"Kami sasarkan penuntut dari negara itu terlebih dahulu sebelum menarik penutnut dari negara jiran lain seperti Thailand dan Kemboja pada tahun hadapan.

"Para pensyarah di kolej ini sudah bersedia menghadapi cabaran baru ini dan kami mempunyai kapasiti dan kemudahan secukupnya sebagaimana institusi pengajian utama lain di negara ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi tujuan itu kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi sudah diperoleh sejak Mac lalu yang telah menilai keupayaan KTD sama ada dari sudut infrastruktur, sistem pengajian dan barisan ahli akademiknya.

Abdullah percaya pengambilan penuntut antarabangsa itu satu anjakan yang bukan sahaja memberi manfaat kepada kolej bahkan akan memberi peluang kepada penuntut tempatan untuk berinteraksi dengan mereka.

Dalam masa sama beliau berkata, mulai tahun hadapan KTD akan menawarkan program ijazah sarjana muda dalam dua jurusan iaitu Pengurusan dan Sains Komputer melalui kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

"Kedua-dua usaha ini iaitu pengambilan penuntut antarabangsa dan program ijazah sarjana muda dijangka memberi anjakan kepada perkembangan pendidikan di KTD ke arah mencapai status Kolej Universiti menjelang 2015," katanya.

Jelasnya, kolej tersebut kini mempunyai penuntut melebihi 800 orang yang mengikuti pelbagai pengajian peringkat diploma antaranya perakaunan, teknologi maklumat dan pengajian Islam dengan kerjasama UTM dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) selain program diploma di bawah KTD sendiri. 

Testimonial - Antara Student KTD yg menyambung pelajaran ke luar negara dan IPT tempatan

Banggunan KTD yang Indah dan Selesa
Sumber : 
UtusanMalaysia

No comments:

Post a Comment