PELAN SIMPANAN DENGAN PENDIDIKAN TAKAFUL

Monday, June 27, 2011

Exam Week



Salam.


Tomorrow I have exam for Final Examination Semester 3,2010/2011.It is also my last paper Computer Application. I hope I can do it because from Other students and senior tell me these paper is very easy. You can scored if you study hard. Insyaallah.. I praise to Allah , I can implement what my lecturer said in my class lesson.

Sunday, June 26, 2011

Hari Kecermelangan MATRI 2011

Assalamualaikum . . .


Date: 26062011
Time: 7am - 1130am
Place: Dataran MATRI, Perkampungan Tunjung, Beseri Perlis
Info: Ma'had Attarbiyah Al-islamiah (MATRI) telah mengadakan "Hari Kecermelangan Matri" bagi tahun 2011.  Bagi meraikan pelajar-pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun, PMR, dan SPM.

More Info: 
"hari kecermelangan matri buat julung2 kali terakhir buat 17th gneration of matri"

Pesanan Rasulullah s.w.t Sebelum Tidur

Assalamualaikum . . .


SEBELUM Tidur Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur, sebelum melakukan 4 perkara iaitu :

1. Khatam Al Qur'an, 

2. membuatkn para nabi memberi syafaat kpdmu di hari akhirat, 

3. membuatkn para muslim meredhai kamu, 

4. melaksanakan ibadat haji dan umrah. "Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah..Bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika?" 

Rasulullah trsenyum sambil brsabda : "Jika engkau tidur bacalah:- Surah Al -Ikhlas 3 kali ,(maka ia seolah2 kau mgkhatamkan Al Qur'an). Dan Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelumku, ( maka kami semua akan memberi syafaat kpdmu di hari kiamat).

Dan Beristighfarlah untuk para muslimin (maka mereka semua akan meredhai kamu). Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir (maka ia seolah2 kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)" - MAFHUM DARI HADIS Sekian , Semoga ia menjadi renungan dan ingatan buat kita semua.

Thursday, June 23, 2011

..:: ALFATIHAH - Cikgu Desa Senawi (MATRI) Telah Kembali Ke Rahmatullah Tghhari Tadi

Date : 23 Jun 2011
Time : 12.00 p.m
Place : Hospital Kangar Perlis
Info : salah seorang Cikgu Mathematics yang mengajar Di Ma'had Attarbiyah Al-Islamiah (MATRI), Beseri Perlis. Allahyarham sempat mengajar saya subjek Math waktu Tingkatan 2. Moga Allah Merahmati Roh Allahyarham ..Ameen..
 23 Jun 2011Time : 12.00 p.m
Place : Hospital Kangar Perlis
Info : 

Wednesday, June 22, 2011

Tips - 5 Alasan Mengapa Shopping Itu Sihat




Assalamualaikum . . .
Penelitian dari seorang pengkaji sosial "tim" dari Taiwan's National Health Research Institutes menunjukkan, berbelanja membuat seseorang panjang umur. Ini karena aktivitas fisik yang dilakukan saat berbelanja membuat tubuh lebih bugar dan sehat.Mengapa ?


Bukan hanya menyehatkan secara fisik, belanja juga bisa mendekatkan hubungan antarteman dan pasangan. Jadi, sebenarnya ada banyak manfaat kesehatan fisik dan psikologis yang bisa Anda dapat lewat aktivitas belanja. 

Seperti dikutip dari laman Times of India, setidaknya ada lima alasan mengapa belanja itu sehat. 



1. Berjalan


Penelitian menunjukkan bahwa berjalan kaki 20 menit setiap hari memperkuat jantung dan meningkatkan harapan hidup. Ketika Anda berbelanja banyak barang bisa jadi Anda berjalan lebih dari 20 menit. Jadikan berbelanja sebagai aktivitas yang sehat dengan menggunakan sepatu yang nyaman. Dengan cara ini Anda bisa berbelanja sekaligus berolahraga.

2. Mendekatkan hubungan 


Sebagian besar wanita berbelanja dengan teman atau pasangan. Hal ini meningkatkan intenitas komunikasi dan makin saling mengenal satu sama lain. Misalnya, Anda jadi tahu model pakaian apa yang tidak disukai atau pas untuk pasangan dan sebaliknya.

3. Melatih memilih barang yang pas 
Saat Anda berhasil memilih jins yang sangat pas di tubuh, pasti ada kepuasan sendiri. Berbelanja membuat Anda tahu apa yang paling cocok untuk diri Anda. Apalagi jika Anda berbelanja di pertokoan yang barangnya bisa ditawar. Dengan harga miring, Anda bisa mendapatkan barang yang bagus. Cara ini melatih Anda lebih selektif dalam memilih sesuatu.

4. Mencoba hal baru
 
Pasti busana model baru akan dipajang di etalase. Hal bisa menggoda Anda untuk mencobanya. Gaya busana pun jadi lebih bervariasi. Bukan hanya hal baru dalam berbusana, tetapi juga aksesori, teknologi atau makanan. Mencoba sesuatu yang baru memang menimbulkan sensasi dan kepuasan sendiri yang membuat Anda merasa lebih senang.

5. Menghilangkan stres


Meskipun Anda tidak memiliki cukup uang untuk berbelanja banyak barang, sekedar melihat-lihat barang, bisa jadi hiburan. Itu adalah salah satu alasan mengapa wanita sering pergi berbelanja saat stres. Lagipula, secara ilmiah, belanja mengaktifkan pusat otak yang mengendalikan produksi hormon dopamin. Dengan hormon ini seseorang akan merasa lebih tenang dan bahagia.

Kolej Teknologi DarulNaim (KTD) , Pengkalan Chepa , Kelantan ambil penuntut dari luar negara

Assalamualaikum . . .


KOTA BHARU 15 Jun - Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) mengorak langkah dengan membuka peluang kepada penuntut asing khususnya dari Asia Tenggara untuk mengikuti pengajian di kolej tersebut mulai pertengahan tahun ini.


Ketua Eksekutif KTD, Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Ab. Rahman berkata, pengambilan penuntut antarabangsa itu adalah bagi program Diploma Pengurusan Perniagaan dan Diploma Multimedia.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan antara 20 sehingga 30 penuntut dari Indonesia akan menjadi kumpulan pertama yang memulakan pengajian mereka pada Julai ini.

"Kami sasarkan penuntut dari negara itu terlebih dahulu sebelum menarik penutnut dari negara jiran lain seperti Thailand dan Kemboja pada tahun hadapan.

"Para pensyarah di kolej ini sudah bersedia menghadapi cabaran baru ini dan kami mempunyai kapasiti dan kemudahan secukupnya sebagaimana institusi pengajian utama lain di negara ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi tujuan itu kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi sudah diperoleh sejak Mac lalu yang telah menilai keupayaan KTD sama ada dari sudut infrastruktur, sistem pengajian dan barisan ahli akademiknya.

Abdullah percaya pengambilan penuntut antarabangsa itu satu anjakan yang bukan sahaja memberi manfaat kepada kolej bahkan akan memberi peluang kepada penuntut tempatan untuk berinteraksi dengan mereka.

Dalam masa sama beliau berkata, mulai tahun hadapan KTD akan menawarkan program ijazah sarjana muda dalam dua jurusan iaitu Pengurusan dan Sains Komputer melalui kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

"Kedua-dua usaha ini iaitu pengambilan penuntut antarabangsa dan program ijazah sarjana muda dijangka memberi anjakan kepada perkembangan pendidikan di KTD ke arah mencapai status Kolej Universiti menjelang 2015," katanya.

Jelasnya, kolej tersebut kini mempunyai penuntut melebihi 800 orang yang mengikuti pelbagai pengajian peringkat diploma antaranya perakaunan, teknologi maklumat dan pengajian Islam dengan kerjasama UTM dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) selain program diploma di bawah KTD sendiri. 

Testimonial - Antara Student KTD yg menyambung pelajaran ke luar negara dan IPT tempatan

Banggunan KTD yang Indah dan Selesa
Sumber : 
UtusanMalaysia

Monday, June 20, 2011

Fakta - Hukum Minum Sambil Berdiri dan Kesannya Pada Kesihatan

Assalamualaikum . . .
Islam telah menetapkan adab bagi umatnya dalam melakukan sesuatu kegiatan bagi mendapat kesejahteraan. Begitu juga Islam telah menetapkan adab-adab ketika minum.

Kajian Dari Sudut Sains

Di antara sebab larangan minum berdiri ialah, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani “Sesungguhnya makan dan minum dalam keadaan duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas. Di mana makanan dan minuman akan melalui dinding perut dengan perlahan-lahan.

Minum berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dengan laju dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini sering berlaku dan dalam jangka masa panjang akan menyebabkan perut menjadi longgar dan jatuh sehingga menyebabkan minuman susah untuk dihadam. Begitu juga dengan makanan.

Menurut pandangan Dr Ibrahim Ar-Rawi, apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang dan pada masa yang sama sistem imbangan pada sistem saraf pusat (Central Nervous System) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak.

Ia adalah proses gabungan di antara sistem saraf dan sistem otot dalam satu masa yang menyebabkan manusia tidak mampu mengawal kedua-duanya untuk rehat. Keadaan otot yang rehat adalah syarat yang terpenting ketika makan dan minum dan keadaan ini hanya wujud ketika seseorang itu duduk.

Apabila duduk maka sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan untuk menerima makanan dan minuman. Ini akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul.

Namun demikian diharuskan minum berdiri di tempat yang tidak sesuai untuk duduk seperti tempat yang terlampau sesak. Ini adalah kerana Nabi s.a.w pernah minum berdiri, ini berdasarkan kepada hadis Ibn Abbas yang menyatakan Rasulullah minum air zam-zam berdiri.

Mengapa Rasulullah minum air zam-zam dalam keadaan berdiri?

Menurut kajian pakar, air zam-zam mengandungi fluorida yang memiliki daya efektif membunuh kuman serta ia mengandungi kalsium dan garam magnesium yang tinggi berbanding air biasa, dari segi saintifik air zam-zam bersifat alkali, jadi air zam-zam boleh meneutralkan asid hidroklorik yang terhasil di dalam perut dan mengurangkan pedih ulu hati.

Jadi inilah sebab Rasulullah minum air zam-zam berdiri supaya air tersebut dapat meneutralkan asid yang terhasil dalam perut dengan cepat.

Selain itu, air zam-zam juga mengandungi iodin, sulfat dan nitrat. Kandungan makronutrien yang tinggi khususnya magnesium, sodium dan potassium menyebabkan air zam-zam bersifat nutritif berbanding sumber lain. Inilah yang membuatkan air zam-zam dapat menyegarkan para jemaah Haji yang meminumnya dan memberi ketahanan antibodi kepada orang yang meminumnya.

Sumber : Solihin Zubir

My Nephew - Arisa Nadhirah . 18062011





Friday, June 17, 2011

News - 1st Match English Premier League Session 2011/2012

August 2011

Saturday, August 13 2011
15.00 Blackburn Rovers - Wolverhampton Wanderers
15.00 Fulham - Aston Villa
15.00 Liverpool - Sunderland
15.00 Manchester City - Swansea City
15.00 Newcastle United - Arsenal
15.00 Queens Park Rangers - Bolton Wanderers
15.00 Stoke City - Chelsea
15.00 Tottenham Hotspur - Everton
15.00 West Bromwich Albion - Manchester United
15.00 Wigan Athletic - Norwich City

(Jam 2045 waktu M'sia)

News - Astro diberi masa 7 hari @ Pengguna akan Boikot terus .

KUALA LUMPUR – Prihatin dengan rungutan pelanggan dalam tempoh tujuh hari atau hadapi tindakan boikot!


Itu amaran dua persatuan pengguna berpengaruh di negara ini iaitu Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) terhadap Astro di atas apa yang dianggap sebagai ‘keangkuhan’ syarikat televisyen berbayar tersebut yang bertindak sesuka hati mengenakan bayaran tambahan kepada pelanggan mereka.


Bahkan amaran pemboikotan itu juga diberikan kepada syarikat yang mengiklankan produk barangan mereka di stesen berkenaan.


Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, dengan memperoleh keuntungan sehingga RM800 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 2010, tidak ada sebab untuk Astro terus menekan pelanggan mereka dengan caj yang melampau.


” Astro bukan saja memonopoli pasaran stesen berbayar, bahkan sudah mula mengambil iklan sedangkan peraturan tidak membenarkannya berbuat demikian dan sekarang sesuka hati nak kenakan bayaran tambahan pada pengguna tanpa membincangkannya dengan pihak berwajib.

” Ini bagi kami satu bentuk keangkuhan, sehinggakan nak buat penyambungan perkhidmatan pun pelanggan dikenakan caj RM20, bukan perlu pakai spanar pun. ” Untuk makluman, mereka juga ada badan penapisan sendiri, siapa mereka (Astro) sebenarnya yang nampaknya mempunyai ‘kekebalan’ untuk membuat apa saja yang mereka suka?,” tegasnya dalam sidang akhbar khas di sini hari ini.
Turut hadir Presiden dan penasihat undang-undang Cassa, Datuk Dr. Jacob George.


Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.


Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.


Bagaimanapun notis mengenai kenaikan bayaran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Astro kepada pelanggannya dianggap tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.


Mengulas mengenai tindakan boikot itu, Dr Jacob berkata, pihak Astro tidak boleh memandang ringan perkara tersebut kerana pengguna mempunyai hak yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa.


” Saya sendiri sudah sudah ke Parlimen dan menyuarakan kebimbangan serta keresahan kami kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat dengan harapan ia akan dibincangkan dalam sesi Dewan Rakyat dalam masa terdekat ini.

” Cassa menerima ratusan aduan daripada pengguna mengenai Astro dan kami tidak boleh berdiam diri begitu saja.
” Ingat, kami bagi masa tujuh hari atau kami akan memboikot Astro, bukan saja pada stesen televisyen itu tetapi juga pada mereka yang mengiklankan barangan di situ,” katanya. – SYAHRIL A. KADIR

8 Tips - Untuk Kaum Hawa menegur kaum Adam yang suka ponteng Solat Jumaat

Assalamualaikum . . .

"Hari ni hari apa nya ? OMG ! hari Jumaat..terlepas lagi solat Jumaat.tp tak pa lah.minggu depan ada lagi". Kata-kata ni sering kita dengar dari mulut lelaki-lelaki yang malas nak solat jumaat. Depa tak tau betapa nikmatnya kalau dapat solat Jumaat. Masalah ni sering berlaku di persekitaran kita, dan juga telah berlaku di Rumah sewa saya sendiri.

Kadang-kadang Housemate saya memang liat nk solat Jumaat.macam-macam alasan depa lontarkan pabila sy ajak depa.Kalau tertido tak pa lah kan. boleh la dimaafkan. ni tak, balik dari kelas pukul 1230, masuk bilik bukak laptop pastu layan movie.sampailah ke petang. depa tak rasa langsung yang depa ada kewajipan yang perlu ditunaikan.

Saya dn kawan baik saya Azmi (bukan nama sebenar) memang anti gila kat depa yang suka ponteng solat jumaat ni. dah macam-macam cara kami buat nak bagi depa solat. Salah satunya kami balik rumah awai dan kunci pintu rumah.Biaq depa tak boleh masuk rumah.(depa takdak kunci rumah).Depa kena tunggu kami balik dri solat jumaat baru boleh masuk rumah.sebab dalam rumah tu tak ramai yang ada kunci rumah.(malas gila nak buat kunci pendua). So, pada duk tunggu kami lama-lama,depa pun kuatkan diri p masjid untuk Solat Jumaat. SYABAS !! 

Tp,cara ni memang berkesan sat ja, sebab baru-baru ni tombol pintu rumah kami rosak, so tak boleh kunci. Depa boleh kuaq masuk tanpa had lah. Sekarang nie, dah takdak Idea dh macam mana nk bagi Housemate ku rajin p Solat Jumaat.

Kat bawah nie saya ada Tips untuk menegur lelaki yang malas untuk Solat Jumaat. Tapi cara ni sesuai untuk perempuan ja. =D

1) Cakap dengan agak kuat, “Aku teringinlah nak merasa nikmatnya sembahyang Jumaat. Kalaulah aku jadi lelaki, akan aku manfaatkannya.

2) Buka surat khabar, berpura-pura baca dengan kuat dan nada terkejut, “Seorang lelaki mati tercekik ketika makan di kedai mamak sewaktu orang sedang Sembahyang Jumaat?”.

3) Jika bersama adik lelaki yang masih kecil, bila lalu sebelah kumpulan lelaki yang tak sembayang Jumaat, pura-pura memujuk adik anda dengan mengatakan “Adik, jangan merajuk tau, nanti dah besar mesti ayah bawak adik ikut ayah pergi sembahyang jumaat tu”.

4) Pergi kat lelaki tersebut dan berpura-pura tanya, "Sebenarnya hari ni hari apa? Nampak macam bukan Hari Jumaat je. Saya silap tengok kalendar ke?”.

5) Pura-pura cakap kat kawan sebelah, “Eh, aku kan, suka sangat tengok lelaki pergi sembahyang Jumaat, nampak cool. Memang calon suami idaman la".

6) Berkata dengan nada tinggi kepada rakan di hadapan, “Eh!, tu JAIS ke tu, dia nak tangkap sapa?”.

7) Kalau anda jenis berani, pura-pura mengumpat dengan kawan anda, “Eh kau tau, si Polan tu liat betul nak sembahyang Jumaat, dah besar panjang dah, orang cakap hukumnya berdosa besar”.

8 ) Kalau korang jenis yang berani mati, tegur direct je, “Abang dah masuk waktu ni. Abang tak pergi sembahyang Jumaat ke?”.

Selamat Mencuba !!
Amacam kaum perempuan? Ada bran? Haha.. Idea asal dari facebook. Jangan amek serius sangat. Sekadar suka-suka. Tapi kalau nak praktikkan, apa salahnya. Heheh..

Wednesday, June 15, 2011

News - Ancaman Hackers mengenai SERANGAN ke atas portal Kerajaan!!

Assalamualaikum . . .
Perhatian semua!! Hackers yang mengelar diri mereka 'Anonymous' dikatakan akan melancarkan serangan pada jam 7.30 pm GMT hari Rabu (3.30am Hari Khamis waktu Malaysia) ke atas portal Kerajaan Malaysia. Operasi ini dinamakan "Operation Malaysia". Semuanya terdapat pada grafik ancaman hackers di page ini 
Mikko Hypponen, Ketua pegawai penyelidikan F-Secure Corporation dalam tweetnya menyatakan ancaman itu datang pada 4.42 am waktu Malaysia hari ini. Selain itu, satu site online Epoch Times menyatakan Malaysia dipilih sebagai destinasi hackers selepas mereka mendapat input dari rakyat kita sendiri mengenai keadaan site di negara ini. Tetapi, haxkers telah menyatakan yang rakyat Malaysia langsung tidak terlibat dalam kumpulan mereka. 

Antara kata-kata yang saya faham dalam video ANCAMAN mereka(maaf sebab tak dapat Upload VIdeo buat masa ini):
Anonymous pada 14 Jun 2011” Greetings, Malaysia, We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world’s strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favor.We are Anonymous , We are Legion, We do not forgive, We do not forget, Expect us.

Sumber:  AkuStressGiler

News - Tony Blair Baca Al-Qur'an Setiap Hari

Tony Blair - Mantan President Britain
LONDON – Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair mengaku dirinya selalu membaca Alquran setiap hari. Setelah bersara dari dunia politik, membuatkan dirinya memiliki waktu yang terluang untuk membaca Alquran.
Sikap ini Blair ini memang lain dari biasanya. Kebiasaannya Blair enggan untuk membicara pasal agama, apalagi semasa dirinya menjadi perdana menteri. Namun sejak 2007 lepas, semasa dia meninggalkan Downing Streets 10, yang merupakan pejabat perdana menteri Britain, dirinya kini jadi lebih terbuka melihat agama.
“Saya membaca Bible dan Al-Quran setiap hari. Ini saya lakukan untuk memahami apa yang terjadi di dunia. Saya melihat Quran sangatlah instruktif,” kata Blair seperti dikutip Daily Mail, Isnin (13/6/2011).
Ahli Politik senior Parti Buruh tersebut yakin dapat memiliki lebih pengetahuan akan Islam dapat membantu tugasannya sebagai utusan khas di Timur Tengah. Pekerjaannya yang ditetapkan oleh PBB, Amerika Syarikat, Russia dan Eropah tersebut ditujukan untuk membantu perdamaian antara Palestin dan Israel.

Blair juga mengatakan bahawa Islam adalah agama yang indah. Dia pun menganggap Nabi Muhammad SAW sebagai tokoh yang amat mendorong kemanusiaan.

Pada tahun 2006, dia pernah menyebut Al-Quran sebagai buku reformis yang amat inklusif.
“Al-Quran amat meninggikan ilmu pengetahuan dan amat membenci tahayul. Selain itu Al-Quran juga amat praktikal dan jauh lebih maju ketika membicarakan sikap menghadapi pernikahan, keadilan bagi perempuan serta pemerintahan,” jelas Blair.
Pada Oktober lalu, ipar Tony Blair, Lauren Booth menggemparkan dunia apabila telah memeluk Islam.

p/s: Kalau orang bukan Islam pun baca Al-Quran, tidak malukah kita sebagai seorang yang mengaku Islam jika Al-Quran hanya diletakkan ditempat yang tinggi (atas almari) tanpa membacanya sehingga al-qur'an tu berhabuk ?? Berubahlah wahai Insan . .Bacalah Al-qur'an..Jadikan membaca Al-qur'an sebagai rutin harian kita.kerana dengan membaca Al-Qur'an,hati-hati kita akan menjadi tenang. ~~

Sumber: Hangat Isu

Tuesday, June 14, 2011

Kenapa Orang Pandai pun Gagal ?

Assalamualaikum . . .
Orang pandai dalam kehidupan seharian terkadang dianggap lebih “unggul” dan lebih “baik” dibandingkan orang lainnya…
Namun, kadang-kadang orang-orang pandai ini mengalami kegagalan dalam hidupnya, dan akhirnya hanya menjadi orang “biasa”….
Ada beberapa perkara yang menyebabkan kegagalan kepada orang pandai….

1. Terlalu banyak mengetahui tetapi tidak mempraktikkannya
Kebanyakan orang pandai memiliki pengetahuan yang luas dan mengetahui banyak perkara. Namun, orang pandai bersifat teori, sehingga perkara yang mereka ketahui jarang mereka praktikkan

2. Tidak berani bertindak
Dalam perkara ini, orang pandai jarang mengalami kemajuan, kenapa???
Kerana mereka tidak berani bertindak dan mencuba… sehingga di dalam hidupnya seringkali tidak mengalami kemajuan…

3. Selalu merasa dirinya sudah pandai sehingga tidak mahu menerima cadangan atau kritikan dari orang lain.
Perkara ini yang biasanya ada dalam diri orang pandai, yang membuat mereka semakin jauh dari kejayaan…
Sepandai apapun manusia, perkara yang terpenting adalah mahu menerima pandangan dari orang lain, kerana tidak mungkin kita boleh melihat kekurangan diri kita secara nyata…
4. Terlalu Banyak Perkiraan
Selalu melakukan pertimbangan sebelum melakukan sesuatu adalah perkara yang baik.Namun apabila terlalu banyak yang difikirkan sebelum memutuskan sesuatu, perkara inilah yang akan membuat orang ini tidak akan mencapai kemajuan pesat dalam hidup kerana semua perkara yang dilakukan pasti mengandung risiko, kecenderungan orang pandai tidak mahu mengambil risiko…
 
5. Kurangnya Penampilan Sosial
Seberapa pun hebatnya pandai akademik, kita tetap perlu memiliki kepandaian bergaul dan bersosial, seperti kemampuan mendengarkan, peka terhadap perasaan orang lain, dan kemampuan interaksi.
Orang yang memiliki kepandaian sosial yang tinggi mampu mengakui kesalahan mereka dan mampu bekerjasama dengan orang lain.

 Jadi,tegasnya disini bahawa untuk berjaya dalam hidup bukanlah sesuatu perkara yang mudah.Aku masih pegang dengan kata-kata cikguku sewaktu aku dibangku sekolah lagi. Sebelum peperiksaan SPM menjelang, banyak kata-kata semangat daripada yang telah mereka lemparkan kepadaku. Yang masih segar dalam ingatanku ialah 
"Bukan Senang Nak Senang, Bukan Susah Nak Susah"

Monday, June 13, 2011

My friend Muslihuddin & Zulaikha Bertunang .

Keluarga Pihak Lelaki . Mus & Ika berada di tengah2
Assalamualaikum . . .


Date: 11062011
Time: 1800.after Asar
Place: Kg.Bharu,KL
Info: Semalam , kawanku Muslihuddin @ Mus. Menjemput aku untuk turut serta majlis pernikahan dia dengan Zulaikha@ika. Majlis ni berlangsung di Restoran keluarga Ika.dekat Kg.bharu KL,(sebelah masjid Jamek Kg.Baru) Selepas asar macam tu, rombongan keluarga Mus dari Kedah pun tiba. Selepas berbincang dan menetapkan tarikh perkahwinan mereka,  jamuan ringan disediakan. Aku ucapkan Tahniah Mus !! Semoga bahagia dan kekal hingga ke Akhirat !!




p/s: more Picture will update soon.

Thursday, June 9, 2011

KL Gangster : Review 09062011


Assalamualaikum  . . .
Hari nie saya nak share pasal movie KL Gangster. Yang Ditayangkan pada hari ini 9 June 2011. Yang malas nak ke panggung tu, tunggulah keluaran VCD nya. Pastikan Original !! 

Sinopsis: 
Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster. Seorang bernama Malek (Abang) dan seorang lagi Jai. Si abang telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek, setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam (ahli kongsi gelap).
Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orang-orangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi “Raja” di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya (Jai) yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.
Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antara orang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.
King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. Bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan… Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka…segala-galanya akan terjawab dalam “KL GANGSTER”.











Wednesday, June 8, 2011

REWIND (encore)

Festival Youthnity akan dijadikan acara tahunan

Mohd. Nazifuddin Mohd. Najib (berdiri di tengah) bersama sebahagian daripada pemenang tiga pertandingan yang dianjurkan sepanjang Festival Youthnity 2011 melaungkan slogan 1Malaysia pada majlis penutup festival tersebut di Taman Tasik Titiwangsa, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR 6 Jun - Festival Youthnity 2011 yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa buat pertama kalinya pada tahun ini akan dijadikan acara tahunan sebagai salah satu acara untuk melibatkan golongan belia dalam aktiviti sihat.
Pengerusi Youth On Unity (YOU), Mohd. Nazifuddin Mohd. Najib berkata, pada masa hadapan, festival anjuran bersama pihaknya dengan Kelab Usahawan 1Malaysia (1MYEC) itu akan diadakan di pelbagai lokasi di seluruh negara.
"Buat masa ini, kita hanya menumpukan kepada warga kota memandangkan ini acara pertama kita dan jika berpeluang, kita akan pergi ke negeri-negeri lain untuk menganjurkan acara seumpama ini," katanya pada majlis penutup Festival Youthnity 2011 di sini baru-baru ini.
Beliau berkata, matlamat festival itu adalah untuk memberi peluang kepada golongan belia mengetengahkan bakat mereka terutama dalam bidang seni.
"Kita sudah dapat tonjol bakat-bakat belia ini dalam bidang nyanyian, tarian serta lakonan dan kita juga akan memberikan mereka semangat untuk terus berkarya dalam bidang ini," katanya.
Lebih 10,000 pengunjung yang menghadiri festival tiga hari tersebut berpeluang menyaksikan pertandingan muzik indie, fotografi dan filem pendek.
Bagi pertandingan muzik indie, kumpulan Oxygen merangkul gelaran juara selepas menewaskan kumpulan Klasik Ikan Keli dan Blood n Noise.
Pertandingan fotografi pula menyaksikan Nadia Shazrin Asari meraih tempat pertama, diikuti Kelvin Ng Wei Siang (kedua) dan Mohd. Firdaus Mohd. Herrow (ketiga).
Sementara itu, filem bertajuk Rewind hasil karya Umar Muhajir Ghazali diumumkan sebagai johan bagi pertandingan Filem Pendek manakala tempat kedua diraih oleh Ahmad Muzzammil Abdul Rahman (Nisan Tak Terukir) dan tempat ketiga, Mohd. Yazied Kasbola (Tertusuk Cinta).
Pemenang tempat pertama bagi ketiga-tiga kategori tersebut membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, tempat kedua RM2,000 dan ketiga RM1,000.


Monday, June 6, 2011

DeaDline . . .


Assalamualaikum . . .
Sedikit perkongsian mengenai sebuah cerita yang saya dapat daripada blog Ilmu.

Lelaki A: iskh..sibuk betul la skrg ni, banyak betul DEADLINE nak kejar, tak kejar jadinya...
Lelaki B: ye la, bila la nak rileks nih...

Itulah dialog harian kebanyakan daripada kita.
Sibuk, kerja banyak, tak sempat siapkan tugasan...deadline, deadline, deadline...... Itulah luahan yang biasa didengar, bukan sahaja di kalangan pelajar, tapi juga di kalangan pekerja.

Sebelum lebih lanjut berbicara, suka saya mengajak sahabat-sahabat semua memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana masih berpeluang untuk hidup pada hari ini. Allah masih menyambung talian hayat kita, sedar tak sedar umur kita bertambah dengan pertambahan hari. Saban hari kita mengejar deadline yang ditetapkan di dunia ini. Siapkan tugasan sekolah, universiti, projek di tempat kerja, dan pelbagai lagi.

Hari ini saya ingin berkongsi tentang deadline yang sedikit berbeza dari deadline yang biasanya kita fahami, iaitu deadline yang pasti tapi kita tidak mengetahui bila tarikhnya. Pelik bukan? Ada deadline tapi tiada tarikhnya. Sebenarnya tarikh itu diketahui, tapi hanya oleh pencipta kita, Allah. Deadline yang saya maksudkan di sini ialah KEMATIAN.
Ya, kematian yang sering menghambat kita saban hari. Namun, akibat kita tidak tahu tarikhnya, kita tidak selalu mengikuti deadline atau menunggu tarikh "menghantarnya".

Firman Allah dalam Surah An-Nisaa' (4:78):
"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada Dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" ini adalah dari (sesuatu nahas) Yang ada padamu". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". maka apakah Yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?"
Sahabat-sahabat sekalian
 
Saya ingin bertanya kepada anda:

1) Adakah kita sering mengingati deadline yang paling akhir ini?

2) Sedarkah kita selepas deadline ini, terputus segala deadline yang lain di dunia ini?

3) Bagaimana persediaan kita menghadapi deadline yang terakhir ini?
Saya juga kadang-kala terlupa dengan deadline ini, dengan segala nikmat di dunia, kita terleka, terbawa dengan keseronokan sementara. Tetapi apabila difikirkan, bila kita mengingatinya kita akan dianjak ke hadapan. Bagaimana? Dengan "zikrul maut", iaitu mengingati mati.

Jadi, apakah kepentingan mengingati mati?
a) Mengingati dapat menghidupkan hati kerana kita sering sedar kekurangan dan kelemahan diri, lantas sentiasa berusaha untuk menambah amal.

b)Orang yang paling cerdik adalah orang yang mengingati mati dan bersiap untuk menghadapinya. Niat bagi setiap amalannya sentiasa diluruskan hanya kepada Allah.

c) Melahirkan perasaan berhati-hati. Ibaratnya sebelum kita keluar rumah kita akan memastikan kita telah mengunci rumah sebagai langkah berhati-hati dan mengelakkan kecurian. Begitulah juga kita berhati-hati dalam setiap perbuatan kita.

Jika urusan dunia kita meletakkan perhatian sepenuhnya terhadap tindak tanduk kita, apa lagi urusan akhirat yang akan menentukan nasib kita akhirnya nanti. Kita hanya ada dua pilihan; syurga atau neraka. Tiada pilihan di pertengahan, tiada talian hayat.
Oleh itu, sahabat-sahabatku, kejarlah deadline di dunia ini, tapi jangan dilupakan deadline Allah yang sangat pasti. Peganglah dunia di tanganmu dan peganglah akhirat di hatimu. Bila berjauhan dari dunia, hati tidak terasa sempit kerana adanya akhirat yang lebih dekat dengan diri. Walaupun kita tidak mengetahui tarikhnya, yakinlah kematian itu sentiasa menjemput tanpa mengira persiapan kita.
Saya mengingatkan diri saya dan sahabat-sahabat untuk sama-sama mengkoreksi diri dan memperbanyak taubat, dalam apa jua keadaan. Jadilah seperti orang yang bertaqwa yang dinyatakan dalam firmanNYA.


Firman-Nya, Surah Qaf (50:33):
"(Iaitu) orang Yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah, serta ia datang (kepada Allah) Dengan hati Yang tunduk taat".
Sebelum berakhir, saya ingin berkongsi doa yang dinamakan sebagai penghulu istighfar. Mengambil isi dari buku doa, zikir dan munajat;
"Sekiranya seseorang itu mengucapkan istighfar ini dengan yakin pada setiap pagi, lalu jika dia meninggal dunia, nescaya dia akan masuk syurga dan sekiranya dia mengucapkan dengan yakin pada setiap petang, nescaya dia akan masuk syurga." (Riwayat An-Nasa'i).
Moga kita sama-sama dapat mengamalkannya sebagai taubat kita dalam setiap amalan yang telah kita lakukan. Jika perbuatan kita buruk moga Allah ampunkan kita, jika amalannya baik, moga Allah ikhlaskan niat kita dalam mengamalkannya.
Bersiap sedialah sahabatku..apabila Izrael datang memanggil, tiada apa yang dapat menghalang...

Sumber : 
Aku Cinta Islam

Friday, June 3, 2011

Arsenal datang Malaysia 13 Julai 2011


Assalamualaikum . . .

ARSENAL menjadi pasukan Liga Perdana England kedua sah akan menentang skuad bola sepak kebangsaan pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 13 Julai depan.
Terdahulu, naib juara musim ini, Chelsea telah pun me- ngesahkan akan turun bertemu skuad kebangsaan di gelanggang sama pada 21 Julai.
Tidak cukup dengan itu, Li- verpool juga dikhabarkan akan bertemu skuad kebangsaan pada 16 Julai tetapi sidang media pengesahannya dijangka dibuat awal bulan depan.
Ia menjadikan pertengahan Julai depan minggu paling sibuk dan meriah buat pemi- nat bola sepak negara kerana tiga perlawanan itu akan berlangsung dalam tempoh seminggu.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, kehadiran tiga kelab dari England itu merupakan suatu pengiktirafan selepas Malaysia bergelar jagoan Asia Tenggara setelah menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 dan Sukan SEA 2009.
“Bagi saya ia secara tak langsung merupakan suatu platform buat skuad negara kita mendapat perlawanan pendedahan yang cukup baik. Pasti ia sesuatu yang tidak dijangka para pemain kita.
“Ini satu peluang keemasan buat setiap pemain, terutamanya pemain muda. Tiga perlawanan hebat dalam seminggu. Saya rasa pasukan England atau Brazil pun tak dapat peluang sebegini.
“Jadi harap pemain gunakan sepenuhnya peluang ini. Kalau masih muda, saya pun nak bermain sama,” kata Tengku Abdullah pada sidang media pengumuman tarikh Jelajah Asia Arsenal 2011 di Hotel Saujana, Subang pagi semalam.
Tiket berharga RM58, RM68, RM108 dan RM388 akan mula dijual pada Jumaat ini di butik Nike Mid Valley, KLCC, Pavilion, One Utama dan Sunway Pyramid serta rangkaian Ticketpro seluruh negara atau secara online di TIKET ONLINE.

Pembelian awal akan disertakan pas masuk percuma menyaksikan sesi latihan pasukan Arsenal di Stadium Nasional pada 12 Julai.
Pesan Tengku Abdullah: “Biarpun saya penyokong Arsenal sejak kecil, saya tetap jiwa Malaysia. Harap lebih ramai hadir berjersi kuning daripada berjersi merah. Semangat negara perlu didahu- lukan daripada keghairahan peribadi.”
Sementara itu, Ketua Pegawai Komersial Arsenal, Tom Fox yang turut hadir pada sidang media itu menyatakan bahawa China menjadi satu lagi destinasi Jelajah Asia 2011 setelah ranca- ngan ke Jepun dibatalkan kerana tragedi tsunami.
“Ini merupakan kali keempat Arsenal ke Malaysia setelah kali pertama pada 1968 dan kali terakhir kira-kira 12 tahun lalu iaitu 1999.
“Sempena ulang tahun ke- 125 kelab, kami mahu memula- kan pramusim dengan perancangan rapi dan akan menurunkan pemain dari skuad utama untuk perlawanan di Kuala Lumpur nanti,” kata Fox.

Sumber: MSN