![]() |
Ramadhan hanya tinggal sehari saja lagi . bersedia kuatkan diri |
Showing posts with label My kehidupan. Show all posts
Showing posts with label My kehidupan. Show all posts
Sunday, August 28, 2011
Friday, July 8, 2011
Friday, July 1, 2011
Futsal Bersama IPGKSAH (Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim)
Assalamualaikum . . .
Date: 30062011
Time: 1430 - 1800
Place: Kriost Futsal Jalan Sultan Abdul Halim (berhampiran Masjid Sultan ABdul Halim)
Date: 30062011
Time: 1430 - 1800
Place: Kriost Futsal Jalan Sultan Abdul Halim (berhampiran Masjid Sultan ABdul Halim)
Info: Selepas Zohor semalam ayah mengajakku join main futsal sama-sama guru pelatihnya, iaitu Student PSV (pendidikan Seni Visual) IPGKSAH. Tanpa banyak bicara, aku menurut serta. Setibanya disana, aku mencari-cari kelibat abg-abg dan kakak-kakak senior yang aku kenal. Sebab aku kenal depa, aku pernah ikut lawatan mereka ke Melaka Tahun Lepas. Banyak pengalaman yang telah ku timba disana.Opps..Out of topic dah. Time futsal tuh ada 8 Team semuanya.laki 4 team,perempuan 4 team.aku masuk dalam team Lecturer.Hebat !! hihi..Futsal ni diadakan antara Jabatan Seni Visual ja..SO,peserta2 dia semua student seni2 belaka..Walaupun mereka kurang mahir dalam aktiviti bersukan ni, tapi dalam bidang melukis nie memang aku tabik springg lah.. kalah Zint(Pelukis Komik GempakStarz)..Yang bestnya Futsal kali ni, aku main sama-sama dengan Ayah Kesayanganku..Fuhh.Korang cuba bayangkan bila main Bola dengan Bapak korang..memang masyuk...nasib baik 1 team.kalau musuh,pakat tak tacle la jawabnya.hihi
Sebelum Game Start , Aku Usha-usha dulu apa hadiah yang menarinya kalau Juara kan. Aku nampak kt meja Urusetia , ada Trophy + Hamper. Boleh lah..dengan bayaran pendaftaranya tak mahal mana.So, aku menaruh harapan untuk rebat Piala kat bawah ni.
Opps. ni Piala untuk perempuan punya.yang lelaki ada kat sebelah. tak sempat nak snap pix.hihi
Perlawanan pun bermula dengan lancarnya.. Game aku, yang ke-3. Gap antara game seterusnya memang lama skit coz penganjur bukak 1 court jew. Tp apa nak buat , sabar je lah..
Dan keputusannya..
Akhirnya...Impianku Menjadi keyataan...Thanks to Allah... Kumpulan ku telah mendapat Johan.Dengan keputusan 3-Win,1-Draw.Alhamduillah...Sejak aku menyertai Kejohanan2 Futsal yang lepas, tak pernah aku dapat Johan. Walaupun sekadar Naib-Johan Sukan IPT Haluan yang lepas, tetapi kepuasan yang aku rasai pada hari ini tak sama. Entah,macam mana ingin aku tafsirkan disini..susah untuk aku luahkan dalam blog nie..hihi
![]() |
Sempat bergambar bersama Aiman - Anak Cik Zack |
![]() |
Senior2 PSV bersama-sama memeriahkan suasana |
![]() |
Pasukan "Ahh..Semput" - Johan Wanita |
P/s: Hope IPGKSAH dapat anjur lagi Kejohanan macam ni lagi Tahun Depan..Aminn :)
Back to HomeTown Kedah Darul Aman.
Assalamualaikum . . .
....................................................................................................................................................................
Lawatanku ke Sekolah Rendah Al-Islah, Pinang Tunggal, Sungai Petani.
Aku mendapat pendidikan awal di Sekolah ni pada Tahun 1998-2003.(darjah 1-6) Banyak kenangan pahit dan manis telah ku tempuhi. Aku rasakan kenangan pahit lebih banyak dari kenangan manis. Itu tak perlu lah aku menulis disini. :P
Kelmarin (Rabu-29062011) . Aku pulang ke Kampung Halamanku. Kampung Berapit, Sungai Petani , Kedah. Rindu gila dah berapa bulan th aku tak pulang. (sampai tak ingat) . Aku balik dengan Bas Transnasional.naik kt Hentian Puduraya.. Nak cerita skit la, waktu aku sampai ja kt Hentian Puduraya th dengan menaiki LRT turun kt Plaza Rakyat. Dalam kepala aku dah terfikir, mcm mana lah dengan pengubahsuian selama nie. aku harap-harap mcm Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan @ TBS. Sebab kalau korang gi TBS sana tuh, memang selesa habislah, dah macam kat Airport lagi, Tp kat sana tak dak Kapal Terbang ja.
....................................................................................................................................................................
Lawatanku ke Sekolah Rendah Al-Islah, Pinang Tunggal, Sungai Petani.
Aku mendapat pendidikan awal di Sekolah ni pada Tahun 1998-2003.(darjah 1-6) Banyak kenangan pahit dan manis telah ku tempuhi. Aku rasakan kenangan pahit lebih banyak dari kenangan manis. Itu tak perlu lah aku menulis disini. :P
![]() |
Dahulunya Surau Kecil - Kini sudah Dinaik Taraf |
![]() |
Surau Al-Islah Selepas di Ubah Suai |
![]() |
Block (Dewan Peperiksaan) bersebelahan Surau |
![]() |
Student Hostel Al-Islah Bermain Sepak Takraw |
![]() |
Block Baru Al-Islah |
![]() |
Pintu Hadapan Pusat Pendidikan Al-Islah |
![]() |
SIgnboard lorong ke Pusat Pendidikan Al-Islah |
Monday, June 27, 2011
Exam Week
Salam.
Tomorrow I have exam for Final Examination Semester 3,2010/2011.It is also my last paper Computer Application. I hope I can do it because from Other students and senior tell me these paper is very easy. You can scored if you study hard. Insyaallah.. I praise to Allah , I can implement what my lecturer said in my class lesson.
Thursday, June 23, 2011
..:: ALFATIHAH - Cikgu Desa Senawi (MATRI) Telah Kembali Ke Rahmatullah Tghhari Tadi
Date : 23 Jun 2011
Time : 12.00 p.m
Place : Hospital Kangar Perlis
Info : salah seorang Cikgu Mathematics yang mengajar Di Ma'had Attarbiyah Al-Islamiah (MATRI), Beseri Perlis. Allahyarham sempat mengajar saya subjek Math waktu Tingkatan 2. Moga Allah Merahmati Roh Allahyarham ..Ameen.. 23 Jun 2011Time : 12.00 p.m
Place : Hospital Kangar Perlis
Info :

Sunday, June 19, 2011
Friday, June 17, 2011
8 Tips - Untuk Kaum Hawa menegur kaum Adam yang suka ponteng Solat Jumaat
Assalamualaikum . . .
"Hari ni hari apa nya ? OMG ! hari Jumaat..terlepas lagi solat Jumaat.tp tak pa lah.minggu depan ada lagi". Kata-kata ni sering kita dengar dari mulut lelaki-lelaki yang malas nak solat jumaat. Depa tak tau betapa nikmatnya kalau dapat solat Jumaat. Masalah ni sering berlaku di persekitaran kita, dan juga telah berlaku di Rumah sewa saya sendiri.
Kadang-kadang Housemate saya memang liat nk solat Jumaat.macam-macam alasan depa lontarkan pabila sy ajak depa.Kalau tertido tak pa lah kan. boleh la dimaafkan. ni tak, balik dari kelas pukul 1230, masuk bilik bukak laptop pastu layan movie.sampailah ke petang. depa tak rasa langsung yang depa ada kewajipan yang perlu ditunaikan.
Saya dn kawan baik saya Azmi (bukan nama sebenar) memang anti gila kat depa yang suka ponteng solat jumaat ni. dah macam-macam cara kami buat nak bagi depa solat. Salah satunya kami balik rumah awai dan kunci pintu rumah.Biaq depa tak boleh masuk rumah.(depa takdak kunci rumah).Depa kena tunggu kami balik dri solat jumaat baru boleh masuk rumah.sebab dalam rumah tu tak ramai yang ada kunci rumah.(malas gila nak buat kunci pendua). So, pada duk tunggu kami lama-lama,depa pun kuatkan diri p masjid untuk Solat Jumaat. SYABAS !!
Tp,cara ni memang berkesan sat ja, sebab baru-baru ni tombol pintu rumah kami rosak, so tak boleh kunci. Depa boleh kuaq masuk tanpa had lah. Sekarang nie, dah takdak Idea dh macam mana nk bagi Housemate ku rajin p Solat Jumaat.
Kat bawah nie saya ada Tips untuk menegur lelaki yang malas untuk Solat Jumaat. Tapi cara ni sesuai untuk perempuan ja. =D
1) Cakap dengan agak kuat, “Aku teringinlah nak merasa nikmatnya
sembahyang Jumaat. Kalaulah aku jadi lelaki, akan aku manfaatkannya.
2) Buka surat khabar, berpura-pura baca dengan kuat dan nada terkejut, “Seorang lelaki mati tercekik ketika makan di kedai mamak sewaktu orang sedang Sembahyang Jumaat?”.
3) Jika bersama adik lelaki yang masih kecil, bila lalu sebelah kumpulan lelaki yang tak sembayang Jumaat, pura-pura memujuk adik anda dengan mengatakan “Adik, jangan merajuk tau, nanti dah besar mesti ayah bawak adik ikut ayah pergi sembahyang jumaat tu”.
4) Pergi kat lelaki tersebut dan berpura-pura tanya, "Sebenarnya hari ni hari apa? Nampak macam bukan Hari Jumaat je. Saya silap tengok kalendar ke?”.
5) Pura-pura cakap kat kawan sebelah, “Eh, aku kan, suka sangat tengok lelaki pergi sembahyang Jumaat, nampak cool. Memang calon suami idaman la".
6) Berkata dengan nada tinggi kepada rakan di hadapan, “Eh!, tu JAIS ke tu, dia nak tangkap sapa?”.
7) Kalau anda jenis berani, pura-pura mengumpat dengan kawan anda, “Eh kau tau, si Polan tu liat betul nak sembahyang Jumaat, dah besar panjang dah, orang cakap hukumnya berdosa besar”.
8 ) Kalau korang jenis yang berani mati, tegur direct je, “Abang dah masuk waktu ni. Abang tak pergi sembahyang Jumaat ke?”.

Selamat Mencuba !!
Amacam kaum perempuan? Ada bran?
Haha.. Idea asal dari facebook. Jangan amek serius sangat. Sekadar
suka-suka. Tapi kalau nak praktikkan, apa salahnya. Heheh..
Thursday, May 26, 2011
Pemuda
Janji . . .
Lembu berpegang pada talinya . Manusia berpegang pada janjinya . . .
Tapi , sejauh manakah janji manusia itu ditunaikan . . . ?
Tali manakah yang manusia pegang ?
Wednesday, May 25, 2011
Love is Cinta ?
Sayang KAWAN maniskan muka,
Sayang SAHABAT sanggup terluka,
Sayang KEKASIH semaikan suka,
Sayang SAUDARA membalut duka,
Sayang HARTA pada ketika,
Sayang NYAWA usah diteka,
Sayang ILMU tiada pusaka,
Sayang HATI berbaik sangka,
Sayang IMAN amal dirangka,
Sayang IBU jangan derhaka,
Sayang AYAH elak dimurka,
Sayang AGAMA terlindung petaka,
Sayang RASUL menjauh neraka,
Sayang ALLAH syurga terbuka,
Tuesday, May 10, 2011
Selamat Hari Ibu ! - proses kejadian manusia
Assalamulaikum . . .
Syukur kehadrat Ilahi kerana memberi kesempatan ini untuk mengupdate blog yang telah lama tak jenguk.fuhh, dah bersarang dah.. Sorry to all my readers :)
Post kali nie berkaitan dgn hari ibu.. "Umi,Happy Mother's Day"
Actually, I'm late to wish in my blog..I has already wish with handphone . .
(SMS)
08/05/2011 07:57am
i send this text to my lovely mum
"SELAMAT HARI IBU . . .
JZKLLAH ATAS KASIH SAYANG YG UMI TELAH CURAHKAN .
SEMOGA UMI SENTIASA D BERKATI OLEH ALLAH."
after that my mum reply my msg
08/05/2011 08:13am
"AAMIN JAZAKALLAH ATAS DOA ARRASYID YG CUKUP MENYENTUH HATI UMI SEMOGA ARRASYID MENJADI ANAK YANG SOLEH YG TAAT PADA PERINTAH ALLAH SERTA UMI DAN AYAH YA ALLAH UMI HARAP ARRASYID DOAKAN KERIDHAAN ALLAH UTK KITA DAKHIRAT YA! "
Selepas aku menerima sms drpd umiku, aku terus terfikir bahawa adakah aku dapat mencapai apa yang Ibu Bapa ku hajatkan ?? Ketika ini hatiku terlalu lemah untuk mengikuti "tarbiyah" . Aku berada dlm suasana yg tiada pengisian..aku dahagakan tarbiyah . .
Ya ALLAH . bantulah hambamu ini . . . amenn
Sedikit perkongsian cerita mengenai Proses Kejadian Manusia - Lahirnya kita di Dunia Ini Dengan Tanggungjawab
Suatu hari, seorang bayi menerima perintah daripada Penciptanya:
"Sebentar lagi, engkau akan bersiap sedia untuk diturunkan ke dunia."
Sesungguhnya bayi itu berasa amat takut, gusar memikirkan akan
dilahirkan ke dunia yang tidak pernah dilihatnya.
Lalu bayi itu bertanya kepada Tuhannya: " Selama ini ada malaikat yang
menjaga ku. Dan para malaikat itu ada memberitahu, aku akan dikirimkan
ke dunia. Tetapi, bagaimana aku akan hidup didunia itu dengan tubuhku
yang kecil dan lemah ini? "
Lalu Tuhannya menjawab: " Jangan takut, sesungguhnya aku telah memilih seorang malaikat untuk menjaga dan mengasihimu di dunia itu nanti. " Akibat masih takut, bayi itu bertanya lagi, " Dunia itu sudah tentu berbeza. Jika didalam syurga ini aku hanya perlu bermain, bernyanyi dan ketawa membuatku terasa bahagia. Bagaimana didunia itu nanti? "

Lalu Tuhannya menjawab, " Jangan takut, malaikat yang aku pilih itu akan
menyanyikan lagu untukmu, menghadiahkanmu dengan senyuman dan kasihnya
membuat kau berasa hangat dan dicintai! " Bayi itu masih tidak berpuas
hati lalu bertanya lagi, " Aku tidak akan memahami bahasa mereka dan
mereka juga tidak akan memahami apa yang aku bicarakan. Bagaimana aku
boleh hidup dengan mereka? "
Lalu Tuhannya menjawab, " Malaikat yang ku pilih itu akan berbicara padamu dengan bahasa yang paling indah, paling lembut dan dipenuhi kesabaran dan perhatian. Dengan ketulusan dia akan mengajarmu berbicara."
Bayi itu bertanya lagi, " Dan bagaimana caranya perlu aku lakukan jika ingin berbicara dengan Mu kelak?" Lalu Tuhannya menjawab, " Malaikatku itu akan mengajarmu bagaimana caranya nanti! "
Bayi itu masih terus bertanya, " Aku dengar didunia itu ramai manusia jahat. Jadi siapa yang akan melindungiku nanti? "

Lalu Tuhannya menjawab, " Malaikatmu itu itu akan melindungimu dengan
segenap jiwa raganya sekalipun perlu mengorbankan dirinya! "
Dengan sedih, bayi itu berkata: " Aku akan berasa sedih kerana tidak dapat bersama dengan-Mu lagi!"
Lalu Tuhannya menjawab: " Usah gusar, Malaikatmu itu akan menceritakan tentang-Ku padamu. Malaikat itu mengajar engkau bagaimana engkau akan kembali kepada-Ku bila sampai waktunya nanti. Sesungguhnya, Aku sentiasa berada disisimu! "
Dan sebelum diturunkan ke dunia, bayi itu bertanyakan soalan terakhir: " Jika sudah terpaksa aku pergi ke dunia itu, Bolehkan aku tahu siapakah nama malaikat yang Engkau maksudkan itu?"

Lalu Tuhannya menjawab: " Ibu ! Ya, ibu yang melahirkan engkau!"
![]() |
"Happy Mother's Day ! " |
![]() | |
"Thanks My mom for Our Effort and your attention to me" |
Credit:
Jiwang.blogspot
Saturday, May 7, 2011
Picnic
Assalamualaikum . . . maaf ketika ini tk dapat nk update blog. 6-8 may , sy berada di Port Dickson, picnic bersama keluarga abg ipar sy a.k.a abd dolah..Semoga mendapat kberkatan drpda Allah..
Thursday, April 28, 2011
KISAH BENAR - kelebihan membaca Ayat Qursi
Assalamualaikum . . .
Kisah ini berlaku kepada seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US. Gadis ini sangat cantik rupa paras dan bentuk badannya juga sempurna. Tetapi dia sentiasa taat kepada Allah swt, berpakaian sopan, menutup aurat dengan 'sempurna' dan memiliki akhlak yang baik.
Pada suatu malam, gadis ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia telah tersilap dengan melalui jalan yang singkat untuk pulang di atas sebab-sebab tertentu. Laluan yang pilih itu pula agak tersorok dan kebetulan, tidak ramai orang yang lalu lalang pada masa itu.
Kerana malam yang lewat dan keadaan yang sunyi, laluan itu agak gelap dan keadaannya agak menyeramkan. Ini membuatkan gadis itu agak gelisah dan berasa takut kerana berjalan sendirian.
Tiba-tiba gadis itu ternampak ada seorang lelaki kulit putih berbangsa Amerika sedang bersandar di dinding di tepi lorong itu. Gadis itu menjadi semakin takut dan berasa tidak sedap hati. Tetapi, apa yang boleh dilakukan hanyalah berdoa kepada Allah, memohon keselamatan atas dirinya. Gadis itu pun berdoa dan membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah swt membantunya di saat itu.
Semasa melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan sempat mengecam wajah lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan gadis itu selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, gadis itu terbaca dalam akhbar tempatan Amerika berkenaan seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di kawasan yang dilaluinya semalam. Masa kejadian pula hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Seteleh menatap wajah perogol yang dipaparkan, gadis itu yakin bahawa perogol tersebut adalah lelaki kulit putih yang dijumpainya semalam.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan membuat aduan. Gadis itu dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, pihak polis juga mendapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol bersiri yang amat dikehendaki.
Namun, gadis itu berasa amat hairan kerana perogol itu tidak menjadikannya mangsa. Padahal dia keseorangan pada masa itu dan sebaliknya perogol itu memilih perempuan yang lalu selepas dia. Gadis itu ingin sangat mengetahui akan sebabnya. Oleh itu, dia meminta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain.
Dia pun bertanya kepada perogol itu :
Mengapa kamu tidak melakukan apa-apa terhadap saya pada malam tersebut sedangkan kamu tahu saya sedang berjalan bersendirian ?
Perogol tu menjawab :
Tidak, kamu tidak bersendirian. Malam itu saya nampak dua lelaki muda berjalan bersama kamu. Seorang di sebelah kanan dan seorang lagi di sebelah kiri kamu. Jika bersendirian sudah tentu kamu yang akan menjadi mangsa saya kerana kamu yang saya jumpai lebih dahulu
Wanita itu berasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Setelah berfikir sejenak, dia pun faham akan apa yang telah terjadi. Dia pun bersyukur ke hadrat Allah, mungkin Allah memeliharanya pada malam itu kerana dia telah berdoa memohon perlindungan daripada Allah swt dan juga kerana berkat bacaan ayat Kursi.
Kesimpulannya..
Jika kita sebagai hamba, menurut segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah swt, Dia pastinya akan sentiasa 'dekat dengan kita' dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dengan sempurna, menjauhi maksiat dan menjaga batas-batas pergaulan yang ditetapkan oleh Allah.
Wanita itu juga telah memohon perlindungan daripada Allah Yang Maha Berkuasa daripada segala sesuatu. Oleh itu, jika Allah swt ingin melindunginya, tiada sesiapa yang akan dapat melakukan sesuatu ke atasnya.
Di samping itu, apabila kita membaca Ayat Qursi, Allah akan utuskan dua malaikat untuk menjaga kita. Dua lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya dan memohon perlindunganNya.
Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab dengan izin Allah. Tetapi jika kita tergolong dalam golongan manusia yang tidak diterima doanya, maka sebanyak mana dibaca pun tidak akan diperkenankan oleh Allah. Jika kita selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, menunaikan ibadat secara sambil lewa dll. Dapatkah kita mendapat pertolongan sebegini dari Allah ?
Malah kita mungkin akan dikenakan bala di atas perbuatan mungkar kita kepada Allah swt. Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di dalam kubur dan di akhirat kelak kita juga pasti akan disiksa di atas dosa-dosa kita, kerana itu adalah janji Allah swt dan Allah itu Maha Menepati Janji.
1 hadis yang bermaksud :
Jika kamu mencari keredhaan Allah dengan kemurkaan makhluk,
Maka Allah swt akan memelihara kamu daripada segalanya
Sebaliknya, jika kamu mencari keredhaan manusia dengan kemurkaan Allah,
Nescaya Allah swt akan menyerahkan nasibmu kepada makhluk
Antara kelebihan amalan membaca Ayat Qursi :
1.Sesiapa membaca Ayat Qursi dan memohon perlindungan kepada Allah swt,Allah akan menghantar dua malaikat untuk menjaganya
2. Sesiapa membaca Ayat Qursi semasa meninggalkan rumah, keluarga dan hartanya,
Allah akan menugaskan dua malaikat untuk menjaga rumahnya,keluarganya dan hartanya
3.Sesiapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,
Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh
4.Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan
Nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya
5.Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi selepas membaca blog ini, insyaAllah Allah akan menjaganya daripada melayari laman-laman yang tidak berfaedah dan berunsur-unsur lucah.
Selamat Membaca dan Beramal !!
Sumber: klik sini

Monday, April 11, 2011
Manusia tidak lekang dari masalah . .
“Dalam kehidupan insan ini, memang akan sentiasa ada
masalah. Jadi, kita kena pandai berurusan dengan masalah kita. Kita
tidak boleh lalai. Lalai daripada ALLAH, akan membuatkan kehidupan kita
sempit. Kesempitan itu akan menyukarkan kita”
“Dan barangsiapa yang berpaling daripada
peringatan AKU, sesungguhnya mereka akan berada dalam kehidupan yang
sempit. Dan KAMI akan membangkitkan mereka ketika hari kiamat nanti
dalam keadaan buta. Dan berkatalah(mereka yang berpaling) Wahai RABB,
kenapa KAU bangkitkan aku dalam keadaan buta sedangkan aku dahulu(di
dunia) merupakan seorang yang celik? Begitulah telah datangnya ayat KAMI
kepada kamu tetapi kamu melupakannya, maka seperti itu jugalah pada
hari kau dilupakan pula(oleh ALLAH)” (Surah Toha.ayat 124-126)
Thursday, April 7, 2011
Exam was done and Invitation ~~
Assalamualaikum
Tanggal 6 March , peperiksaan akhir semester untuk semester 5 ku telah berakhir, Alhamduillah.. syukur kehadrat Ilahi kerana dapat menjawab dengan jayanya.walaupun belum tahu keputusannya, tetapi aku mampu tersenyum apabila keluar dari dewan pepriksaan tempoh hari.sebab apa yang aku ulangkaji untuk lastminute keluar. Sedikit perkongsian, sebelum exam bermula aku telah mengatur waktu belajarku dengan baik, tetapi perancangan Allah lebih sempurna, banyak kerja, dugaan dan cabaran yang harus ku tempuhi.sehingga waktu study ku terganggu,aku cuba untuk elak,tp kuputusan di tanganku,aku tetap dengan pendirianku untuk membantu sahabat2ku yang berada dalam kesuasahan kerana aku nie jenis tak sampai hati nak tengok depa ada masalah. Hanya Allah sahaja yg tahu hati ku ini memberontak keseorangan.. dengan berkat doa umiku yang tersayang, aku dapat meletakkan semua masalah2 itu keluar sebentar dari benak fikiranku kerana ingin fokus pada exam .. Aku mampu berdoa kepada Allah moga aku mendapat keputusan yang cemerlang dan mampu memuaskan hati ibu-bapa ku.
Seperti biasa, setiap selepas peperiksaan hujung semester berakhir,Pihak Universiti dan kolej akan memberi cuti selepas peperiksaan.ini memberi peluang kepada pelajar2 pulang ke Kampung halaman masing2 untuk meluangkan masa bersama keluarga mereka.petang semalam(rabu), aku telah mendapat message daripada abgku yang mengatakan ayahku tidak memberiku pulang,aku bingung sendirian,dengan itu aku terpaksa membatalkan hasrat untuk pulang bersama kawan-kawanku menaiki kereta tak tercapai. aku mohon maaf ya kepada mereka- Naim dan Hazmi (a.k.a MeRo).Aku yakin perancangan Allah lebih baik :) ada hikmahnya.. :D
Aku membuat keputusan untuk menghabiskan cuti ku untuk tinggal di Ibu Kota sahaja iaitu tempat aku tinggal sewaktu belajar nie.
Aku bercadang untuk mencari kerja part-time.tetapi aku buntu, kerja apakah yang aku mampu buat dan siapa nk terima aku sebagai pekerja mereka untuk tempoh yang agak singkat ?
aduhh..bila dah dapat peluang buat kerja part-time th, Masa pulak tak mengizinkan. sebab Kakakku Nazihah buat kenduri kesyukuran dan potong jambul.semperna kelahiran anak sulungnya. memang tak dak rezeki aku la kot.Redha je lah. tapi dengan kesempatan nie dapat aku bantu kakakku apa-apa yang patut :)
Untuk jemputanbuat semua ...
Dengan
penuh rasa kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t, saya dan suami ingin
menjemput kawan-kawan semua ke Majlis Aqiqah & Cukur Jambul puteri
kesayangan kami, ARISSA NADHIRAH BINTI ABDULLAH, sepertimana butiran
berikut:
Tarikh: 9 April 2011 (Sabtu)
...Masa: 11 pagi - 3 petang
Tempat: No. 17, Jalan Cempaka 20, Taman Cempaka, 68000 Ampang, Selangor.
boleh klik sini http://www.facebook.com/pinkshoes84
Tuesday, March 29, 2011
Monday, March 28, 2011
Rinduku pada sahabat2 terubat . . .
Date: 26032011
Day: Saturday
Time: 0900-1700
Place: Dewan Utama, Kolej Teknologi Darulnaim (KTD)
Info: Salam.. hari sabtu yang lepas. saya telah menghadiri program wacana matri dimana pelajar2 lepasan matri dari tahun 1997-2010 berkumpul. saya pergi menaiki bas naik kat greenwood.turun di Kota Bhahru.Alhamduillah...program tersebut berjalan dengan lancar.walaupun sahabat2 sebaya dengan saya tak ramai yang turun tetapi puas dapat berjumpa sahabat-sahabat yang lain dan pengisian yang penuh bermakna.
Semoga Allah memberkati kalian yang telah jayanya mengadakan program ini..ameenn
Gambar:
![]() |
Saudara Naiem Abdullah |
![]() |
Dr.Hj.Abdullah Sudin Ab.Rahman |
![]() |
Ustaz Yazid terima cenderhati :P |
![]() |
Sahabat seperjuangan - Suhaib Shapiee |
![]() |
Ustaz Abdul Karim Hashim |
![]() |
-Sahabat - |
![]() |
Sahabat2 |
![]() |
Sahibah2 yang hadir |
Subscribe to:
Posts (Atom)