PELAN SIMPANAN DENGAN PENDIDIKAN TAKAFUL

Friday, June 17, 2011

8 Tips - Untuk Kaum Hawa menegur kaum Adam yang suka ponteng Solat Jumaat

Assalamualaikum . . .

"Hari ni hari apa nya ? OMG ! hari Jumaat..terlepas lagi solat Jumaat.tp tak pa lah.minggu depan ada lagi". Kata-kata ni sering kita dengar dari mulut lelaki-lelaki yang malas nak solat jumaat. Depa tak tau betapa nikmatnya kalau dapat solat Jumaat. Masalah ni sering berlaku di persekitaran kita, dan juga telah berlaku di Rumah sewa saya sendiri.

Kadang-kadang Housemate saya memang liat nk solat Jumaat.macam-macam alasan depa lontarkan pabila sy ajak depa.Kalau tertido tak pa lah kan. boleh la dimaafkan. ni tak, balik dari kelas pukul 1230, masuk bilik bukak laptop pastu layan movie.sampailah ke petang. depa tak rasa langsung yang depa ada kewajipan yang perlu ditunaikan.

Saya dn kawan baik saya Azmi (bukan nama sebenar) memang anti gila kat depa yang suka ponteng solat jumaat ni. dah macam-macam cara kami buat nak bagi depa solat. Salah satunya kami balik rumah awai dan kunci pintu rumah.Biaq depa tak boleh masuk rumah.(depa takdak kunci rumah).Depa kena tunggu kami balik dri solat jumaat baru boleh masuk rumah.sebab dalam rumah tu tak ramai yang ada kunci rumah.(malas gila nak buat kunci pendua). So, pada duk tunggu kami lama-lama,depa pun kuatkan diri p masjid untuk Solat Jumaat. SYABAS !! 

Tp,cara ni memang berkesan sat ja, sebab baru-baru ni tombol pintu rumah kami rosak, so tak boleh kunci. Depa boleh kuaq masuk tanpa had lah. Sekarang nie, dah takdak Idea dh macam mana nk bagi Housemate ku rajin p Solat Jumaat.

Kat bawah nie saya ada Tips untuk menegur lelaki yang malas untuk Solat Jumaat. Tapi cara ni sesuai untuk perempuan ja. =D

1) Cakap dengan agak kuat, “Aku teringinlah nak merasa nikmatnya sembahyang Jumaat. Kalaulah aku jadi lelaki, akan aku manfaatkannya.

2) Buka surat khabar, berpura-pura baca dengan kuat dan nada terkejut, “Seorang lelaki mati tercekik ketika makan di kedai mamak sewaktu orang sedang Sembahyang Jumaat?”.

3) Jika bersama adik lelaki yang masih kecil, bila lalu sebelah kumpulan lelaki yang tak sembayang Jumaat, pura-pura memujuk adik anda dengan mengatakan “Adik, jangan merajuk tau, nanti dah besar mesti ayah bawak adik ikut ayah pergi sembahyang jumaat tu”.

4) Pergi kat lelaki tersebut dan berpura-pura tanya, "Sebenarnya hari ni hari apa? Nampak macam bukan Hari Jumaat je. Saya silap tengok kalendar ke?”.

5) Pura-pura cakap kat kawan sebelah, “Eh, aku kan, suka sangat tengok lelaki pergi sembahyang Jumaat, nampak cool. Memang calon suami idaman la".

6) Berkata dengan nada tinggi kepada rakan di hadapan, “Eh!, tu JAIS ke tu, dia nak tangkap sapa?”.

7) Kalau anda jenis berani, pura-pura mengumpat dengan kawan anda, “Eh kau tau, si Polan tu liat betul nak sembahyang Jumaat, dah besar panjang dah, orang cakap hukumnya berdosa besar”.

8 ) Kalau korang jenis yang berani mati, tegur direct je, “Abang dah masuk waktu ni. Abang tak pergi sembahyang Jumaat ke?”.

Selamat Mencuba !!
Amacam kaum perempuan? Ada bran? Haha.. Idea asal dari facebook. Jangan amek serius sangat. Sekadar suka-suka. Tapi kalau nak praktikkan, apa salahnya. Heheh..

1 comment: