PELAN SIMPANAN DENGAN PENDIDIKAN TAKAFUL

Wednesday, November 9, 2011

Raya Aidiladha 2011


06112011
"Salam Aidiladha"


Assalamualaikum . . .

Alhamduillah . di kesempatan ini dapat lagi aku hidup di bumi Allah s.w.t. dan mengecapi 2 nikmat yang 

terbesar iaitu nikmat Iman & Islam. Sudah lama rasanya aku tak menulis blog. Selalu sempat post-post article yg menarik

 dan gambar sahaja. Kali ni aku cuba jugak mencuri masa untuk menulis.

Tanggal 6 Nov 2011. Seluruh Umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidiladha 1432. ada yang 

menyambut di dalam dan di luar Malaysia. dan bagi yang mampu akan menunaikan Haji di Makkah. 

InsyaAllah cita-cita ku untuk pergi menunaikan Haji dan Umrah suatu hari nanti aku harap tecapai. 

Pada 6 Nov 2011,hari Ahad. Aku dan sekeluarga menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Annajah 

Kg.Berapit . Khutbah yang disampaikan pada pagi itu sangat bermakna. Khatib menceritakan kelebihan-

kelebihan yang ada pada 1-10Zulhijjah. Selepas selesai solat kami ziarah kubur Allahyarham Mahmud 

(Tokwan)& Allahyarhamah Non (Nenek). aku menghadiahkan surah al-fatihah dan doa agar Rohnya 

tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman.

Selesai ziarah kubur. Abg sulungku Rijalludin datang kerumah. Dia bawak Kak Nurul bersama Husna & 

Amar Danish.Dah besar-besar diorang. Diorang ni waktu kecik-kecik dulu memang xmau dengan 

orang(pemalu). susah untuk aku pegang.maklumlah "Paktam" jarang balik kg.duk Study kat kolumpur (KL). 

Tp sekarang bila dah besar skit, depa dah mau dengan orang. sempat lah aku ambik gambar dengan depa. 

Yang bestnya, depa kalau bab bergambaq memang pandai posing. pantang berdepan dengan kamera,pandai 

ja senyum..^_^

Bersama Anak Menakan- Amar Danish
Bersama Husna Humaira

Husna Humaira dan Arisa Nadhirah

Ayah dan Amar Danish
 Selepas zohor tu, kami sekeluarga ziarah rumah Cik Nah(Mak Mertua Abg Rijal). 
Umi dan Cik Nah-Abg Rijaludin & Family-Kak Nazihah & Family
 Selepas tu, kami berangkat ke Pulau Pinang. Pergi Ziarah rumah MakSu di Simpang Ampat. Dah lama tak

jumpa MakSu nie. Waktu mai rumah tu, sepupu-sepupu aku tak dak. depa keluaq p bandar.Yang tinggai pon

muzamir sorang ja .Tak berkesempatan lah nak jumpa dengan depa.

Maksu & Arisa

Arisa

Arisa 2

Sepupu- Muzamir

Wednesday, November 2, 2011

[Exam Week]

Assalamualaikum . . .

Sudah lama rasanya tak update blog ini. Sejak kebelakangan nie, 2 bulan lepas. Hari-hariku terlalu padat,

walaupun status diriku masih digelar seorang 'pelajar', tetapi jadual harianku seperti 'orang bekerja'. Aku 

telah  memegang prinsip "rancanglah  untuk melakukan aktiviti pada hari esok, jika kamu 

melaksanakan perancanganmu itu, bermakna kamu telah berjaya. jika kamu tak, beerti kamu telah 

gagal" kata-kata aku terima daripada ayah daripada seorang kawanku di Kolej.kata-kata beliau sangat 

bermakna bagiku.dan kini aku telah setkan dalam mindaku bahawa aku tidak sia-siakan kehidupan sehariaku 

dengan aktiviti. Jika pada hari itu, jadualku kosong, aku akan cuba memenuhinya dengan melakukan aktiviti 

yang berfaedah..

Disini aku cuma ingin memberitahu bahawa pada 28oktober-15November, aku akan menghadapi 

peperiksaan akhir semester. aku harus tumpu dengan pembelajaran ku. Jadi, aku tak dapat men'update blog 

buat kali ini lagi...maaf kalian..

Ya Allah.berilah aku kekuatan untuk menghadapi peperiksaan akhir semester ini.. kali ni aku kurang 

persediaan..berilah kekuatan kepada hambamu ini...aminn..