![]() |
Location: I-City |
Showing posts with label My Diary. Show all posts
Showing posts with label My Diary. Show all posts
Wednesday, February 15, 2012
Wednesday, November 9, 2011
Raya Aidiladha 2011
06112011
"Salam Aidiladha"
Assalamualaikum . . .
Alhamduillah . di kesempatan ini dapat lagi aku hidup di bumi Allah s.w.t. dan mengecapi 2 nikmat yang
terbesar iaitu nikmat Iman & Islam. Sudah lama rasanya aku tak menulis blog. Selalu sempat post-post article yg menarik
dan gambar sahaja. Kali ni aku cuba jugak mencuri masa untuk menulis.
Tanggal 6 Nov 2011. Seluruh Umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidiladha 1432. ada yang
menyambut di dalam dan di luar Malaysia. dan bagi yang mampu akan menunaikan Haji di Makkah.
InsyaAllah cita-cita ku untuk pergi menunaikan Haji dan Umrah suatu hari nanti aku harap tecapai.
Pada 6 Nov 2011,hari Ahad. Aku dan sekeluarga menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Annajah
Kg.Berapit . Khutbah yang disampaikan pada pagi itu sangat bermakna. Khatib menceritakan kelebihan-
kelebihan yang ada pada 1-10Zulhijjah. Selepas selesai solat kami ziarah kubur Allahyarham Mahmud
(Tokwan)& Allahyarhamah Non (Nenek). aku menghadiahkan surah al-fatihah dan doa agar Rohnya
tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman.
Selesai ziarah kubur. Abg sulungku Rijalludin datang kerumah. Dia bawak Kak Nurul bersama Husna &
Amar Danish.Dah besar-besar diorang. Diorang ni waktu kecik-kecik dulu memang xmau dengan
orang(pemalu). susah untuk aku pegang.maklumlah "Paktam" jarang balik kg.duk Study kat kolumpur (KL).
Tp sekarang bila dah besar skit, depa dah mau dengan orang. sempat lah aku ambik gambar dengan depa.
Yang bestnya, depa kalau bab bergambaq memang pandai posing. pantang berdepan dengan kamera,pandai
ja senyum..^_^
![]() |
Bersama Anak Menakan- Amar Danish |
![]() |
Bersama Husna Humaira |
![]() |
Husna Humaira dan Arisa Nadhirah |
![]() |
Ayah dan Amar Danish |
Selepas zohor tu, kami sekeluarga ziarah rumah Cik Nah(Mak Mertua Abg Rijal).
![]() |
Umi dan Cik Nah-Abg Rijaludin & Family-Kak Nazihah & Family |
jumpa MakSu nie. Waktu mai rumah tu, sepupu-sepupu aku tak dak. depa keluaq p bandar.Yang tinggai pon
muzamir sorang ja .Tak berkesempatan lah nak jumpa dengan depa.
![]() |
Maksu & Arisa |
![]() |
Arisa |
![]() |
Arisa 2 |
![]() |
Sepupu- Muzamir |
Wednesday, November 2, 2011
[Exam Week]
Assalamualaikum . . .
Sudah lama rasanya tak update blog ini. Sejak kebelakangan nie, 2 bulan lepas. Hari-hariku terlalu padat,
walaupun status diriku masih digelar seorang 'pelajar', tetapi jadual harianku seperti 'orang bekerja'. Aku
telah memegang prinsip "rancanglah untuk melakukan aktiviti pada hari esok, jika kamu
melaksanakan perancanganmu itu, bermakna kamu telah berjaya. jika kamu tak, beerti kamu telah
gagal" kata-kata aku terima daripada ayah daripada seorang kawanku di Kolej.kata-kata beliau sangat
bermakna bagiku.dan kini aku telah setkan dalam mindaku bahawa aku tidak sia-siakan kehidupan sehariaku
dengan aktiviti. Jika pada hari itu, jadualku kosong, aku akan cuba memenuhinya dengan melakukan aktiviti
yang berfaedah..
Disini aku cuma ingin memberitahu bahawa pada 28oktober-15November, aku akan menghadapi
peperiksaan akhir semester. aku harus tumpu dengan pembelajaran ku. Jadi, aku tak dapat men'update blog
buat kali ini lagi...maaf kalian..
Ya Allah.berilah aku kekuatan untuk menghadapi peperiksaan akhir semester ini.. kali ni aku kurang
persediaan..berilah kekuatan kepada hambamu ini...aminn..
Wednesday, August 17, 2011
Kawan dalam Ramadhan
Assalamualaikum . . .
Mesti korang tertanya-tanya kan kenapa Tiltle post aku kali ni bertajuk "Kawan dalam Ramdhan". Disini aku nak share apa yang aku alami.. firstly, kepada yang tak berminat nk baca post aku kali ni aku minta maaf.sebab aku sekrang tengah kekeringan idea.tp aku cuba yang terbaik dalam penulisan..
Dalam bulan ramadhan yang mulia ni, Alhamduillah..aku dikurniakan oleh Allah beberapa orang kawan yang dapat memberi semangat kepada diriku.. dalam kelompok mereka tu aku tertarik seorang daripada mereka. dari segi penampilannya memang mengikut ciri-ciri seorang isteri yang baik. jika aku menceritakan kepada keluargaku, mereka jugak akan bersetuju dengan pilihanku ini.
Ttp, yang menimbulkan keraguan buat diriku ni ialah, dari segi aspek pergaulan si "dia" dengan lelaki yang bukan ajnabi kurang batas dari pandanganku. dia bergaul dengan semua orang dalam melaksanakan tugas kerana dia seorang yang "peramah" dan "rajin". Ciri-ciri tersebut memang aku bangga akan dirinya..
Dalam proses ingin mengenali si "dia" dengan lebih mendalam lagi, aku ketepikan kelemahanya. aku cuba mendekati "dia" dalam melakukan kerja-kerja kelab. ttp aku cuba menjaga batas-batas agama.
semakin lama aku mendekati mereka semakin kuat perasaan "sayang" itu timbul dalam hatiku ini..sampai satu tahap apabila kawan aku tu "mereka" berbual berlebihan aku mulai cemburu. ttp aku cepat-cepat istigfar..cepat cuba hilangkan perasaan tu..aku tak nak perasaan cemburu tu menghantui diriku.. aku tahu, dalam bulan ramadhan ni, syaitan di ikat..kita tidak akan diganggu oleh hasutan syaitan.. tp kita mesti ingat, hati-hati kita yang kotor dahulu aku menguasai diri kita dibulan ramadhan nie. Jika kita dapat mengawalnya, maka hayutlah kita dengan melakukan perkara yang bukan-bukan dan melalaikan..
Ttp, yang menimbulkan keraguan buat diriku ni ialah, dari segi aspek pergaulan si "dia" dengan lelaki yang bukan ajnabi kurang batas dari pandanganku. dia bergaul dengan semua orang dalam melaksanakan tugas kerana dia seorang yang "peramah" dan "rajin". Ciri-ciri tersebut memang aku bangga akan dirinya..
Dalam proses ingin mengenali si "dia" dengan lebih mendalam lagi, aku ketepikan kelemahanya. aku cuba mendekati "dia" dalam melakukan kerja-kerja kelab. ttp aku cuba menjaga batas-batas agama.
semakin lama aku mendekati mereka semakin kuat perasaan "sayang" itu timbul dalam hatiku ini..sampai satu tahap apabila kawan aku tu "mereka" berbual berlebihan aku mulai cemburu. ttp aku cepat-cepat istigfar..cepat cuba hilangkan perasaan tu..aku tak nak perasaan cemburu tu menghantui diriku.. aku tahu, dalam bulan ramadhan ni, syaitan di ikat..kita tidak akan diganggu oleh hasutan syaitan.. tp kita mesti ingat, hati-hati kita yang kotor dahulu aku menguasai diri kita dibulan ramadhan nie. Jika kita dapat mengawalnya, maka hayutlah kita dengan melakukan perkara yang bukan-bukan dan melalaikan..
Secara jujurnya, apabila aku bersama si "dia", hatiku akan berasa tenang.. aku teringat kembali dengan kata-kata seorang ustaz di zaman sekolah dulu. katanya "Jika kita beriman kepada Allah dengan sepenuh hati kita dan penuh rasa rendah diri, dan keimanan kita terhadap Allah sudah kuat, hati-hati kita akan rasa tenang,sampai satu tahap apabila orang-orang yang berada bersama kita akan berasa ketenangan jugak. Itu janji Allah kepada hamba-hambanya." Disini, aku alami sendiri.. aku rasa tenang apabila bersama si "dia". maksudku disini bukan berdua-duaan dengannya..Ttp bersama-sama dalam melakukan tugas kelab dan persatuan kolejku.
Disitu mula timbul perasaan sayang dan cintaku pada si "dia". tp aku buat semua ni kerana Allah ta'ala. aku sering berdoa kepada Allah selepas solat fardhu,di dalam doaku aku panjatkan ke hadratNYA "jika benar di jodohku. kau berikanlah yang terbaik buatku..kau berilah dia hidayahmu ya Allah..kerana aku amat menyayangi dia..aku tak sanggup melihat dia melakukan perkara-perkara yang engkau murkai.."
"Ya Allah..kau ampunilah dosa hamba-hambamu ini.jika aku telah leka dengan buaian arus dunia, kau sedarkanlah aku dengan didikanmu Ya ALLAH.aku memohon padamu Ya Allah.kau ubahlah cara hidup si "dia".sesungguhnya dia kurang memahami cara hidup Islam yang sebenarnya.. kau berilah dia HidayahMu.. sesungguhnya engkau Maha Pemurah dan Maha Pengasihani.."
Sunday, August 14, 2011
13th Ramadhan . Berbuka Puasa bersama Sahabat Baru
Assalamualaikum . . .
Allhamduillah. . . dengan izin Allah dapat lagi kita kecapi 2 nikmat yang terbesar ni iaitu nikmat Iman dan Islam.Dapat jugak saya mengupdate blog ini. walaupun sudah lama tidak menulis post yang terbaru. Dengan kesempatan ini saya dapat berkongsi sedikit cerita pada hari ini. Tepat jam 12 tgh hari. Saya mendapat MSG daripada K.Laili iaitu senior pelajar IIC. Dia minta bantuan untuk menghantarnya ke Stesen KTM kerana ingin berbuka puasa dirumah saudara ummi Asma' Huda. (member IIC).
Memandangkan hari ni sy free , sy tak menolak permintaan nya. Sebab sy nk balas balik pertolongan beliau tempoh hri yg meminta tolong sy hantar dia ke UIA Pj atas sebab-sebab tertentu. Waktu tu memang sy ada hal, berbuka puasa bersama kakak di Hotel One World. Memang sy rasa terkilan sebab tak dapat tolong. Jadi, dengan kesempatan ni sy nk tebus balik lak.
Seperti yang dijanjikan, sy telah menunggu mereka di Masjid Saidina Hamzah. Mereka datang bertiga (Laila, Asma' , dan Maryam). Mereka bertiga memang kawan rapat. tak tahulah rapat dari kecil ke tak.. mungkin kenal di IIC kowt. tp takpe lah.
Sampai je mereka, "sy cakap nak hantar terus ke rumah kawan umi Asma tu, sebab hari ni sy betul2 free". kataku. mereka dengan tak keberatan memberi isyarat ya.
Tempat yang dituju tak jauh sangat, cuma memasakan masa selama setengah jam ja. tempat tuh nama "Matan Pagar, Sungai Buloh" . sy area-area sungai buloh boleh lah tau skit-skit, tapi bila bagi je alamat tuh, dah garu kepala. sebab tak penah mai.. tapi sy cuba buat-buat tahu lah dihadapan mereka.. :)
Akhirya sampai jua ke tempat destinasi kami, selepas tanya kat sorang apex bengkel kereta tadi. sy pun cuba lah ikot arah yang ditunjuk oleh beliau. Sampai jugak..walaupun tadi ada sedikit syak wasangka kat apex tuh, manalah tau kowt-kowt apex tuh nk pekena sy ka..tp sy cepat-cepat buang perasaan buruk sangka tu..kalau tak kurang pahala puasaku hari ni...
Alhamduillah.... ketibaan kami disambut oleh Tuan rumah..kawan umi Asma tuh nama dia Aisyah..seorang yang baik budi pekerti, sopan santun, dan peramah orangnya.. dia mengajak kami naik kerumahnya..
Suaminya sedang tidur ketika kami sampai tuh, maklumlah baru pukul 4ptg.. mereka (Asma, Laila, Maryam) ke Dapur. tolong mck Aisyah tuh masak apa-apa yang patut. sy dduk lah sorang2 kt ruang tamu.. Tp laila memberi senaskah novel yang bertajuk "TraveLog Seorang Da'i" Penulis Abdul Rahman Mohamed. untuk tidak sy merasa bosan menunggu, sy pun bacalah novel tuh
Ceritanya menarik jugak. mengisahkan liku-liku perjalanan hidup seorang pendakwah guna mencari kekuatan sebagai bekal dalam perjuangan. sy begitu menghayati jalan ceritanya. walaupun tak sempat menghabiskan ceritanya dalam tempoh yg singkat, tp sy dapat memahami isi ceritanya..
Salah satu kata-kata yang ingin sy berkongsi "Kesusahan hidup bukan hukuman, sebaliknya ia adalah ujian untuk mendapatkan yang terbaik" Firman ALLAH "Sesungguhnya berserta kesusahan itu ada kesenangan"
Setelah sy selesai menunaikan solat Asar. Suami kpd Mck Aisyah pun kelihatan dari kamarnya.., mukamnya kelihatan kusut-kusut kerana baru bangun dari tidur...dia mengajak sy solat Asar bersama, tp sy kata dah solat. Dia tersenyum. kami menyapa dan memberitahu nama masing-masing. Rupa-rupanya suami mck.Aisyah tu ialah seorang Ustaz Masran. Seorang Pendakwah/Penceramah bebas disekitar Masjid-masjid di Kuala Lumpur dan Selangor.
Sy dan Ustaz rancak bersembang mengenai hal masing-masing. sy menjadi ramah dengan Ustaz kerana Ustaz berasal dari Kuala Ketil,Kedah. oooo..orang sekampung dengan sy rupanya. So, dah menjadi kebiasaan bagi orang-orang di Utara ni untuk berkongsi cerita masing-masing.. Kami orang Utara memang cepat mesra di antara satu yang lain..
Tepat jam 6.30, Ustaz meminta diri kerana dia ada temujanji di Masjid. kerana ada tugas untuk menyampaikan dakwah..dalam hatiku berbisik, bilalah aku akan jadi seperti beliau, kerana cita-citaku dahulu ialah ingin menjadi seorang Ustaz...tp apakan daya...rezeki ku belum ada..tp InsyaAllah...
Azan maghrib berkumandang, menandakan masuk waktu untuk berbuka puasa. sy buka puasa bersama adik ipar Ustaz Masran. namanya "abizar". dia seorang graduan dari UIA dlm bidang Science Computer. sekarang dia sedang bekerja sebagai Software Enginering di salah sebuah syarikat di Alam Sentral. katanya, dia pergi kerja menaiki KTM hari-hari.. bagiku, sungguh memenatkan.. tp demi mencari rezeki demi sesuap nasi. mesti mempunyai sedikit pengorbanan =)
Alhamduillah....hari ni sy berbuka dengan lauk yang sedap sekali. Nasi + Udang Masak Merah + Daging Goreng + Sayur Campur + Cucur Goreng + Coktails (pencuci mulut) . sy makan bertamabah kowt..dah makanan sedap kan..tak kan nak melepas..huhu ^_^
Selesai makan. sy solat maghrib berjemaah bersama Abg.Abizar. selesai solat. dia mempelawaku untuk makan lagi. tp apa kan daya. makanan tadi pun belum hadam sepenuhnya..walaupun keinginan makan tu masih ada..
Sementara menunggu asma', laila, maryam selesai solat. sy dan abg.Abizar sambung sembang..kali ni kami kongsi mengenai hal latar belakang pendidikan. Rupa-rupanya, abg Abizar ialah kawan kepada abg senior sekolah lamaku dulu iaitu MATRI. abg seniorku namanya Ali Husni. Syu'bah, dan Meor Abdul Muhaymin. sy tanya, adakah abg satu kursus dengan mereka? abg.abizar menjawab "tak". abistuh macam mana boleh kenal mereka? rupa-rupanya dia satu asrama dengan mereka sewaktu di Matrik UIA PJ lagi. Tambahnya lagi, abg abizar juga pernah mengikut kuliah-kuliah agama yang diketuai oleh "Bro,Azman" (Ketua Misi bantuan ke GAZA). sy mengucapkan alhamduillah didalam hati...abg,abizar pernah mendapat didikan daripada bro.azman..
Azan ISyak berkumandang..memandangkan telah masuk waktu solat fardu isyak..sy meminta izin dari Abg Abizar untuk pulang.. kami pun diterima baik daripada tuan rumah..
Dalam perjalanan pulang (dalam kereta). sy memberi cadangan kpd Asma, Laila, Maryam untuk berhenti menunaikan solat terawikh. kerana sy memang liat untuk solat tarawikh sorang-sorang di rumah.. sy bagi cadangan untuk solat di Masjid Wilayah Jalan Duta. Mereka setuju sahaja..
Setibanya kami disana, orang ramai telah memandu kereta keluar dari masjid. maklumlah. jam sudah menunjujkkan pukul 9.30 malam. Yang solat 8 rakaat sudah tentu dah habis..tp tak apa, masjid tuh buat 20 rakaat. Kami punyai peluang lagi untuk solat terawikh jemaah..
Malam tuh, sy solat tarawikh berimamkan seorang Imam Tahfiz. suaranya sungguh merdu kedengaran... setiap makmum yang solat bejemaah pasti akan khusyuk dalam solatnya..begitu jugak denganku.. walaupun Imam tu tidak membaca surah yang panjang, ttp bagiku sudah cukup..kerana alunan suaranya begitu lunak sekali... ak meminta doa kepada Allah agar aku menjadi seperti beliau suatu hari nanti.. InsyaAllah...
Jam 10.30mlm. kami pulang dari masjid.. Kami sempat singgah sebentar untuk minum malam di Restoran K.B Pokya 2020. disitu sy dan Asma' bincang sedikit tentang Iftar yang akan diadakan pada 18hb August ni. Majlis Berbuka Puasa ni anjuran daripada kelab Taekwondo dan Seni Silat Pusaka Gayong IIC. memandangkan Asma sebagai penolong Program Coordiator, dia harus tahu Flow Program tersebut. Dia perlu memastikan Program tersebut berjalan dengan lancar seperti mana yang telah kami rancangkan.
Jam 11.30mlm. sy menghantar mereka pulang ke Flat Sri Batu. dan sy pun pulang..
Berkesempatan ini, sy ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Asma', K.laila, dan Maryam. kerana telah sudi mengajakku untuk berbuka puasa bersama-sama.. Moga apa yang kita lakukan dan lalui semalam mendapat keberkatan dan keredhaan oleh Allah S.W.T . Aminnn
Berkesempatan ini, sy ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Asma', K.laila, dan Maryam. kerana telah sudi mengajakku untuk berbuka puasa bersama-sama.. Moga apa yang kita lakukan dan lalui semalam mendapat keberkatan dan keredhaan oleh Allah S.W.T . Aminnn
*maaf sebab takde gambar untuk post kali ni. tak sempat nak ambil =)
Wednesday, April 27, 2011
Overnight with my brother
Assalamualaikum . . .
malam nie, abg aku a.k.a aniep ajak aku stay kt umh dia di Selayang. Dia nk ajak aku tgk bola. Champion League Man.United vs Shalker. ikutkan hati ni xmau p sebab game baru takat pusingan separuh akhir dan esok(rabu) ade kelas pagi lak.memang giler.. tp nk menjaga hati si"abg".aku follow.so, aku overnight kt rumah sewa dia.huhu ^_^
hope Man.United will win this game.
malam nie, abg aku a.k.a aniep ajak aku stay kt umh dia di Selayang. Dia nk ajak aku tgk bola. Champion League Man.United vs Shalker. ikutkan hati ni xmau p sebab game baru takat pusingan separuh akhir dan esok(rabu) ade kelas pagi lak.memang giler.. tp nk menjaga hati si"abg".aku follow.so, aku overnight kt rumah sewa dia.huhu ^_^
hope Man.United will win this game.
Schalke vs Man.United
Stadium Veltins-Arena
0245 *waktu m'sia
Live on ESPN & STARSPOT
Tuesday, April 26, 2011
Tuesday, March 22, 2011
My sister Nazihah melahirkan anak perempuan sulungnya.
Date : 21032011
Time : 1300
Place : Hospital Ampang,Kuala Lumpur
Info : Salam. . Pagi tadi, dalam pukul 11pagi, rasyid dapat message daripada no umi.katanya "Nazihah dlm wad, doktor cakap kena bedah sebab bayi dah berak dalam perut.". Rasyi terkejut dapat message nie.terus ja message dengan abg dollah.Abg dollah reply message,"Nazihah dah selamat bersalin diHospital Ampang.mai la". Waktu rasyid dapat message tuh tengah dalam kelas lagi.nanti lepas abeh kelas pukul 1230 ingat nak Run terus dari Gombak ke Ampang p melawat kak ah.Kebetulan plak kelas ade quiz,so buat cepat-cepat.Siap ja pkul 12 terus kuar kelas.Sempat singgah umah jap amik $$$ . and drive terus ke hospital ampang naik NAZA melalui lebuhraya DUKE.Alhamduillah..jalan tak jem.. Sampai ja kt hospital ampang,ALLAH permudahkan cepat jumpa parking and trus masuk hospital.naik lif tingkat 4,wad 4c(seperti yang abg dollah message).Sblum tuh sempat gak beli buah tangan untuk Kak ah.dapat la beli buah potong RM2.beli 3 jenis. sampai ja kat wad kak ah, kak ah dah tersenyum..:) bagi la salam kat kak ah. lepas ja bagi buah tangan kat dia, dia kata lapaq air..aku trus bergegas turun balik "G" p beli air botol..huhuh..sayang kakak lah katakan :P....lepas dh beli tuh bagi la kak ah minum puas2...dapat lah beli dua botol...yang bestnya,.buah potong aku beli 3. aku tanya kak ah,nak buah mana?? sebab aku beli buah pelam,jambu batu,dan jambu air..kak ah cakap nk jambu air..aku apa lagi,bedal lahh yang 2 lagi..hihihihiih... malu seh,,, beli untuk orang tapi aku makan..patient2 yang lain dh senyum tgk gelagat aku..huhuuh..lepas tuh,aku bual2 lah dengan kak ah..sampai lah pkul 2..waktu melawat pun dh tamat..aku minta diri kat kak ah,nk gerak dulu..aku cium tangan kak ah..kak ah ucap "terima kasih banyak2 lah sebab datang melawat aku"..aku kata "sama-sama" dan terus beredar keluar wad...di situ terukir senyuman di bibirku kerana telah melaksanakan satu tanggungjawab sebagai seorang adik...mudah-mudahan amalanku hari ini diterima oleh Allah...ameen...
Gambar-gambar :
![]() |
Hall At Ampang Hospital |
![]() |
Anak menakan ku yang ke-3 |
![]() |
Level 4 , Wad 4c |
![]() |
Registration Card |
![]() |
Sleep |
![]() |
Sleep 2 |
![]() |
Sleep 3 |
![]() |
Cak !!! dah bangun dah .. |
![]() |
Comel sangat . macam muka mama dia (kak ah) |
![]() |
AKu sempat gak dukung =D |
Saturday, February 26, 2011
Friday . 25.02.2011
Salam . ermm..hari ni . banyak perkara yang berlaku dan perlu aku lakukan..Hari ni tanggal 25022011 ialah hari lahir abang kesayangku Muhammad Hanief Bin Jaafar. Sahabatku Azmi dapat duit zakat Rm3xx . Aku hantar dia pulang ke batu pahat.Tp just hantar kat Station bukit jalil jew.
tepat jam 12 tengahhari , aku pergi menghantar
sahabtku pulang ke kampung halamanya..aku hantar dia sampai ke station
bas bukit jalil coz dia support duit minyak.Alhamduillah..hari ni dia
dapat duit bantuan zakat daripada bank rakyat.Ramai
jugak termasuk Azmi dapat duit bantuan zakat nie.bukan susah pun nak
apply, aku macammana lah tak apply.kalau tak ade lah duit lebih skit
untuk dibuat belanja.. :) Hope kepada yang dapat duit bantuan zakat
daripada Bank Rakyat mahupun Bank Islam- gunalah wang itu
sebaik-baiknya.. :-) .
Lepas aku hantar dia, aku lihat jam sudah menunjukkan pukul 1230pm.bermakna waktu zohor semakin hampir.hari ni pulak solat jumaat.ketika tu aku masih kat ampang.Gombak iaitu destinasiku masih jauh..Dan aku mengambil keputusan untuk singgah di Masjid Al-Azim pandan indah untuk menunaikan solat jumaat. Suasana di masjid masih renggan.Kenderaan di tempat latak kereta masih banyak ruang.aku mencari tempat yang teduh untuk meletakkan kenderaanku..(habit ku ini seperti ayahku)
Aku sempat singgah di gerai2 kecil di kawasan masjid,ada menjual makanan dan minuman..aku mencari2 benda yang perlu ku beli,tp tak kelihatan..aku mencari orang menjual kopiah..kerana hari tu aku tak sempat nak pakai kopiah..Aku terus menuju ke bilik air dan mengambil wuduk..selesai shj aku masuk ke ruang solat masjid.Ruang masjid Al-Azim sangat luas dan besar..aku mengambil keputusan untuk duduk iktikaf di saf hadapan..ttp memandangkan aku tidak berpakaian lengkap(pakai hanya seluar dan baju melayu) aku dduk di saf ke 2. selesai solat sunat tahiyatul masjid.aku tertido seketika sehingga azan berkumandang..............................................................................................................
aku terus menuju ke Futsal Ampang Sport Planet.Aku diberi tugasan oleh Zuhdi supaya menampal poster "Open Futsal and Takraw Tournament" yang akan berlangsung pada 18th and 19th March 2011. aku sungguh tak puas hati dengan sikap beliau yang hanya mengambil mudah dalam hal ini,.aku sendiri pun tak paham dengan sikapnya,.. aku tak tahu tempat Ampang futsal planet tuh..aku cuba menelifon kakak ku,yang tinggal di Ampang Campuran..Aku diberi tahu di tempat yang berhampiran dengan "de palma" . Aduhhh...aku mengeluh sendirian..aku lagi lah tak tahu tempat tuh..masakan aku nak jumpa tempat futsal tuh..Erm..Aku meletak ganggagn hp dan perasaan hampa menyelebungi diriku..aku mencuba dengan firasatku..aku cuba melalui jalan2 yang kurasakan mungkin betul jalan tu akan membawaku ke Futsal Ampang Sport Planet..Akhirnya..aku mengalah..aku tak dapat menemui pun..aku pun memandu kereta pulang ke Gombak..Dalam perjalanan. Asma Huda iaitu Exco club Taekwando merangkul setiausaha program futsal open tournament nie menghantar meseg kepadaku..dia memberi tahu mahu berjumpa denganku kerana ingin memberi dokumen mengenai Open Futsal and Takraw Tournament". aku menjawab meseg tersebut dengan mengatakan 30 minit lagi aku akan sampai di gombak...permanduanku tidak tumpu di atas jalan..fikiranku berkhanyal entah kemana..ketika itu macam2 aku berfikir..aku berfikir pasal orang,,,tentang dirku pun ada..sukar untuk ku luahkan disini...aku kesunyian,,,Tibanya ku di kolej.aku terus berjumpa dengan Asma untuk mendapatkan dokumen2 penting. aku dapatkan dan terus aku meminta izin untuk pulang...Asma memahami kerana aku mengatakan aku tidak cukup tidur semalam..aku pandu kereta pulang kerumah di Kg,Sri batu.. tiba dihalam rumah.aku bergegas menaiki tangga kerana rumahku berada ditinggkat dua.aku masuki rumah dan terus menuju ke bilikku di hujung dapur.aku menolak daun pintu dan terus aku menghempaskan bajuku dan terus merebahkan badan ku di katilku yang ermpuk..aku terus dibuai mimpi.....
Jam menunjukkan pukul 730pm..aku terjaga dari tidur..astargfirullahhalazim...lafazku...aku terlebih tidur rupanya..aku sudah terlepas solat asar..aku lekas bangun dari katil dan terus masuk ke bilik air..walaupun badan ini malas tetapi aku memaksa jugak.selesai mandi,aku pakai kain pelekat dan baju.terus aku qada' solat asar..aku berdoa kepada Allah moga solat ku diterimaNYA..selesai shja solat.aku menunggu azan maghrib berkumandang..azan sahaja aku terus solat..Selesai solat maghrib aku mengemas barang2 untuk niaga..malam ni aku niaga burger seorang diri...kawan se bussiness dengan ku pulang..aku berasa amat berat sekali untuk membuka gerai..aku terduduk didapur seketika..aku termenung...memikirkan bahawa penting sahabatku ketika waktu ini..dialah yang memberi semangat kepadaku supaya membuka gerai jika aku liat..walaupun aku memberi banyak alasan..padahal aku saja ingin melihat reaksinya..sungguh, dia tidak bosan untuk memberi semangat kepadaku.. aku sedar daripada lamunan..aku terus tekad...aku kemas barang2..aku membawa turun ke bawah..dan terus membuka gerai..tepat sahaja jam 9mlm..gerai ku siap untuk pelanggan datang,..aku duduk sahaja dibelakang gerai.dengan berbekalakan buku "bussiness statistics"(B,S) aku terus menghadap,aku membuat sedikit latihan yang diberi oleh pensyarah kesayangku iaiti Puan Aziawaty..Dia seorang pensyarah yang begitu baik..dalam soal pembelajaran,dia begitu tegas sekali..walaupun dia tegas,tetapi ada sedikit waktu dia membuat jenaka..hal ini membuatkan aku minat untuk belajar..aku sasarkan final exam nanti aku mendapat keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran ini..Ini impianku...Lama jugak aku menunggu pelanggan datang..lebih kurang sejam..tiada seorang pun pelanggan yang datang..ketika aku menyiapkan latihan B.S aku berdoa kepada ALLAH supaya murahkan lah rezki ku pada malam ini...Doa ku termakbul dan seorang pelanggan datang meminta burger ayam..Aku lantas buat,,ketika ku sedang memasak..aku dibuai lamunan lagi,..aku teringatkan sahabat ku..jika pada waktu ini,,ketika ku sedang masak,dia akan memandang ku masak,..dan menghidangkan sayur-mayur..dan malam itu,semuanya itu hanya ilusi ku sahaja,,,aku terpaksa buat kesorangan.."YA ALLAH ...kuatkanlah semangat hambamu ini"...doaku didalam hati...Alhamduillah...pada malam itu..jualan ku memberangsankan..walaupun sedikit penat..ttp aku puas kerana aku berjaya mendapat wang saku daripada hasil titik peluh ku sendiri...baru ku tahu keperitan untuk mencari rezeki demi sesuap nasi...InsyaAllah...aku akan membuat perubahan diriku demi masa depanku...ameennn..
Subscribe to:
Posts (Atom)