PELAN SIMPANAN DENGAN PENDIDIKAN TAKAFUL

Sunday, August 14, 2011

13th Ramadhan . Berbuka Puasa bersama Sahabat Baru

Assalamualaikum . . .

Allhamduillah. . . dengan izin Allah dapat lagi kita kecapi 2 nikmat yang terbesar ni iaitu nikmat Iman dan Islam.Dapat jugak saya mengupdate blog ini. walaupun sudah lama tidak menulis post yang terbaru. Dengan kesempatan ini saya dapat berkongsi sedikit cerita pada hari ini. Tepat jam 12 tgh hari. Saya mendapat MSG daripada K.Laili iaitu senior pelajar IIC. Dia minta bantuan untuk menghantarnya ke Stesen KTM kerana ingin berbuka puasa dirumah saudara ummi Asma' Huda. (member IIC). 

Memandangkan hari ni sy free , sy tak menolak permintaan nya. Sebab sy nk balas balik pertolongan beliau tempoh hri yg meminta tolong sy hantar dia ke UIA Pj atas sebab-sebab tertentu. Waktu tu memang sy ada hal, berbuka puasa bersama kakak di Hotel One World. Memang sy rasa terkilan sebab tak dapat tolong. Jadi, dengan kesempatan ni sy nk tebus balik lak.
Seperti yang dijanjikan, sy telah menunggu mereka di Masjid Saidina Hamzah. Mereka datang bertiga (Laila, Asma' , dan Maryam). Mereka bertiga memang kawan rapat. tak tahulah rapat dari kecil ke tak.. mungkin kenal di IIC kowt. tp takpe lah.

Sampai je mereka, "sy cakap nak hantar terus ke rumah kawan umi Asma tu, sebab hari ni sy betul2 free". kataku. mereka dengan tak keberatan memberi isyarat ya. 

Tempat yang dituju tak jauh sangat, cuma memasakan masa selama setengah jam ja. tempat tuh nama "Matan Pagar, Sungai Buloh" . sy  area-area sungai buloh boleh lah tau skit-skit, tapi bila bagi je alamat tuh, dah garu kepala. sebab tak penah mai.. tapi sy cuba buat-buat tahu lah dihadapan mereka.. :)

Akhirya sampai jua ke tempat destinasi kami, selepas tanya kat sorang apex bengkel kereta tadi. sy pun cuba lah ikot arah yang ditunjuk oleh beliau. Sampai jugak..walaupun tadi ada sedikit syak wasangka kat apex tuh, manalah tau kowt-kowt apex tuh nk pekena sy ka..tp sy cepat-cepat buang perasaan buruk sangka tu..kalau tak kurang pahala puasaku hari ni...

Alhamduillah.... ketibaan kami disambut oleh Tuan rumah..kawan umi Asma tuh nama dia Aisyah..seorang yang baik budi pekerti, sopan santun, dan peramah orangnya.. dia mengajak kami naik kerumahnya..
Suaminya sedang tidur ketika kami sampai tuh, maklumlah baru pukul 4ptg.. mereka (Asma, Laila, Maryam) ke Dapur. tolong mck Aisyah tuh masak apa-apa yang patut. sy dduk lah sorang2 kt ruang tamu.. Tp laila memberi senaskah novel yang bertajuk "TraveLog Seorang Da'i" Penulis Abdul Rahman Mohamed. untuk tidak sy merasa bosan menunggu, sy pun bacalah novel tuh

Ceritanya menarik jugak. mengisahkan liku-liku perjalanan hidup seorang pendakwah guna mencari kekuatan sebagai bekal dalam perjuangan. sy begitu menghayati jalan ceritanya. walaupun tak sempat menghabiskan ceritanya dalam tempoh yg singkat, tp sy dapat memahami isi ceritanya..

Salah satu kata-kata yang ingin sy berkongsi "Kesusahan hidup bukan hukuman, sebaliknya ia adalah ujian untuk mendapatkan  yang terbaik" Firman ALLAH "Sesungguhnya berserta kesusahan itu ada kesenangan"

Setelah sy selesai menunaikan solat Asar. Suami kpd Mck Aisyah pun kelihatan dari kamarnya.., mukamnya kelihatan kusut-kusut kerana baru bangun dari tidur...dia mengajak sy solat Asar bersama, tp sy kata dah solat. Dia tersenyum. kami menyapa dan memberitahu nama masing-masing. Rupa-rupanya suami mck.Aisyah tu ialah seorang Ustaz Masran. Seorang Pendakwah/Penceramah bebas disekitar Masjid-masjid di Kuala Lumpur dan Selangor.
Sy dan Ustaz rancak bersembang mengenai hal masing-masing. sy menjadi ramah dengan Ustaz kerana Ustaz berasal dari Kuala Ketil,Kedah. oooo..orang sekampung dengan sy rupanya. So, dah menjadi kebiasaan bagi orang-orang di Utara ni untuk berkongsi cerita masing-masing.. Kami orang Utara memang cepat mesra di antara satu yang lain..

Tepat jam 6.30, Ustaz meminta diri kerana dia ada temujanji di Masjid. kerana ada tugas untuk menyampaikan dakwah..dalam hatiku berbisik, bilalah aku akan jadi seperti beliau, kerana cita-citaku dahulu ialah ingin menjadi seorang Ustaz...tp apakan daya...rezeki ku belum ada..tp InsyaAllah...

Azan maghrib berkumandang, menandakan masuk waktu untuk berbuka puasa. sy buka puasa bersama adik ipar Ustaz Masran. namanya "abizar". dia seorang graduan dari UIA dlm bidang Science Computer. sekarang dia sedang bekerja sebagai Software Enginering di salah sebuah syarikat di Alam Sentral. katanya, dia pergi kerja menaiki KTM hari-hari.. bagiku, sungguh memenatkan.. tp demi mencari rezeki demi sesuap nasi. mesti mempunyai sedikit pengorbanan =)
Alhamduillah....hari ni sy berbuka dengan lauk yang sedap sekali. Nasi + Udang Masak Merah + Daging Goreng + Sayur Campur + Cucur Goreng +  Coktails (pencuci mulut) . sy makan bertamabah kowt..dah makanan sedap kan..tak kan nak melepas..huhu ^_^

Selesai makan. sy solat maghrib berjemaah bersama Abg.Abizar. selesai solat. dia mempelawaku untuk makan lagi. tp apa kan daya. makanan tadi pun belum hadam sepenuhnya..walaupun keinginan makan tu masih ada..

Sementara menunggu asma', laila, maryam selesai solat. sy dan abg.Abizar sambung sembang..kali ni kami kongsi mengenai hal latar belakang pendidikan. Rupa-rupanya, abg Abizar ialah kawan kepada abg senior sekolah lamaku dulu iaitu MATRI. abg seniorku namanya Ali Husni. Syu'bah, dan Meor Abdul Muhaymin. sy tanya, adakah abg satu kursus dengan mereka? abg.abizar menjawab "tak". abistuh macam mana boleh kenal mereka? rupa-rupanya dia satu asrama dengan mereka sewaktu di Matrik UIA PJ lagi. Tambahnya lagi, abg abizar juga pernah mengikut kuliah-kuliah agama yang diketuai oleh "Bro,Azman" (Ketua Misi bantuan ke GAZA). sy mengucapkan alhamduillah didalam hati...abg,abizar pernah mendapat didikan daripada bro.azman..
Azan ISyak berkumandang..memandangkan telah masuk waktu solat fardu isyak..sy meminta izin dari Abg Abizar untuk pulang.. kami pun diterima baik daripada tuan rumah..

Dalam perjalanan pulang (dalam kereta). sy memberi cadangan kpd Asma, Laila, Maryam untuk berhenti menunaikan solat terawikh. kerana sy memang liat untuk solat tarawikh sorang-sorang di rumah.. sy bagi cadangan untuk solat di Masjid Wilayah Jalan Duta. Mereka setuju sahaja..

Setibanya kami disana, orang ramai telah memandu kereta keluar dari masjid. maklumlah. jam sudah menunjujkkan pukul 9.30 malam. Yang solat 8 rakaat sudah tentu dah habis..tp tak apa, masjid tuh buat 20 rakaat. Kami punyai peluang lagi untuk solat terawikh jemaah..

Malam tuh, sy solat tarawikh berimamkan seorang Imam Tahfiz. suaranya sungguh merdu kedengaran... setiap makmum yang solat bejemaah pasti akan khusyuk dalam solatnya..begitu jugak denganku.. walaupun Imam tu tidak membaca surah yang panjang, ttp bagiku sudah cukup..kerana alunan suaranya begitu lunak sekali... ak meminta doa kepada Allah agar aku menjadi seperti beliau suatu hari nanti.. InsyaAllah...

Jam 10.30mlm. kami pulang dari masjid.. Kami sempat singgah sebentar untuk minum malam di Restoran K.B Pokya 2020. disitu sy dan Asma' bincang sedikit tentang Iftar yang akan diadakan pada 18hb August ni. Majlis Berbuka Puasa ni anjuran daripada kelab Taekwondo dan Seni Silat Pusaka Gayong IIC. memandangkan Asma sebagai penolong Program Coordiator, dia harus tahu Flow Program tersebut. Dia perlu memastikan Program tersebut berjalan dengan lancar seperti mana yang telah kami rancangkan.

Jam 11.30mlm. sy menghantar mereka pulang ke Flat Sri Batu. dan sy pun pulang..
Berkesempatan ini, sy ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Asma', K.laila, dan Maryam. kerana telah sudi mengajakku untuk berbuka puasa bersama-sama.. Moga apa yang kita lakukan dan lalui semalam mendapat keberkatan dan keredhaan oleh Allah S.W.T . Aminnn

*maaf sebab takde gambar untuk post kali ni. tak sempat nak ambil =)

No comments:

Post a Comment