PELAN SIMPANAN DENGAN PENDIDIKAN TAKAFUL

Thursday, April 7, 2011

Exam was done and Invitation ~~

Assalamualaikum
Tanggal 6 March , peperiksaan akhir semester untuk semester 5 ku telah berakhir, Alhamduillah.. syukur kehadrat Ilahi kerana dapat menjawab dengan jayanya.walaupun belum tahu keputusannya, tetapi aku mampu tersenyum apabila keluar dari dewan pepriksaan tempoh hari.sebab apa yang aku ulangkaji untuk lastminute keluar. Sedikit perkongsian, sebelum exam bermula aku telah mengatur waktu belajarku dengan baik, tetapi perancangan Allah lebih sempurna, banyak kerja, dugaan dan cabaran yang harus ku tempuhi.sehingga waktu study ku terganggu,aku cuba untuk elak,tp kuputusan di tanganku,aku tetap dengan pendirianku untuk membantu sahabat2ku yang berada dalam kesuasahan kerana aku nie jenis tak sampai hati nak tengok depa ada masalah. Hanya Allah sahaja yg tahu hati ku ini memberontak keseorangan.. dengan berkat doa umiku yang tersayang, aku dapat meletakkan semua masalah2 itu keluar sebentar dari benak fikiranku kerana ingin fokus pada exam ..   Aku mampu berdoa kepada Allah moga aku mendapat keputusan yang cemerlang dan mampu memuaskan hati ibu-bapa ku.
Seperti biasa, setiap selepas peperiksaan hujung semester berakhir,Pihak Universiti dan kolej akan memberi  cuti selepas peperiksaan.ini memberi peluang kepada pelajar2 pulang ke Kampung halaman masing2 untuk meluangkan masa bersama keluarga mereka.petang semalam(rabu), aku telah mendapat message daripada abgku yang mengatakan ayahku tidak memberiku pulang,aku bingung sendirian,dengan itu aku terpaksa membatalkan hasrat untuk pulang bersama kawan-kawanku menaiki kereta tak tercapai. aku mohon maaf ya kepada mereka- Naim dan Hazmi (a.k.a MeRo).Aku yakin perancangan Allah lebih baik :) ada  hikmahnya.. :D

Aku membuat keputusan untuk menghabiskan cuti ku untuk tinggal di Ibu Kota sahaja iaitu tempat aku tinggal sewaktu belajar nie.
Aku bercadang untuk mencari kerja part-time.tetapi aku buntu, kerja apakah yang aku mampu buat dan siapa nk terima aku sebagai pekerja mereka untuk tempoh yang agak singkat ?

kalau dapat kerja part-time nie, aku boleh lah tampung skit duit poket yang semakin kering nie. dan dapat jugak lah aku mengurangkan beban Ayahku.
aduhh..bila dah dapat peluang buat kerja part-time th, Masa pulak tak mengizinkan. sebab Kakakku Nazihah buat kenduri kesyukuran dan potong jambul.semperna kelahiran anak sulungnya. memang tak dak rezeki aku la kot.Redha je lah. tapi dengan kesempatan nie dapat aku bantu kakakku apa-apa yang patut :)
Untuk jemputanbuat semua ...
Dengan penuh rasa kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t, saya dan suami ingin menjemput kawan-kawan semua ke Majlis Aqiqah & Cukur Jambul puteri kesayangan kami, ARISSA NADHIRAH BINTI ABDULLAH, sepertimana butiran berikut:

Tarikh: 9 April 2011 (Sabtu)
...Masa: 11 pagi - 3 petang
Tempat: No. 17, Jalan Cempaka 20, Taman Cempaka, 68000 Ampang, Selangor.
 boleh klik sini  http://www.facebook.com/pinkshoes84

No comments:

Post a Comment