PELAN SIMPANAN DENGAN PENDIDIKAN TAKAFUL

Monday, April 11, 2011

5 Pulau menarik di Terengganu

Assalamualaikum . . .
 Menurut website Tourism Terengganu, terdapat 7 buah pulau yang menjadi tarikan pelancong di Terengganu. Antaranya ialah Pulau Redang, Perhentian, Kapas, Gemia, Tenggol, Lang Tengah dan Rhu Hentian.

Pulau Redang
Pulau Redang adalah pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Kawasan Pulau Redang telah digazetkan sebagai taman laut dan antara yang terbaik di Malaysia. Pulau ini boleh diakses melalui jeti Merang di daerah Setiu.


Pulau Perhentian
Pulau Perhentian pula terdiri daripada dua buah pulau iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Pulau ini sering menjadi tumpuan penyu hijau dan Hawksbill untuk bertelur. Boleh diakses melalui jeti Kuala Besut.

Pulau Kapas
Pulau Kapas merupakan tempat menarik untuk berenang, bermain kayak, snokerling, diving dan wind surfing. Untuk ke pulau ini hanya mengambil masa selama 10-30 minit dari jeti Marang.

Pulau Gemia
 Pulau Gemia, sebuah pulau kecil yang bersebelahan dengan Pulau Kapas. Pulau ini baru mendapat tempat dalam industri pelancongan di Malaysia. Setiap tahun, pulau ini akan menjadi tempat persinggahan penyu untuk bertelur.

Pulau Tenggol
Pulau Tenggol menjadi syurga buat penggemar aktiviti menyelam kerana keindahannya. Terletak kira-kira 45 minit dari jeti Kuala Dungun.

Terdapat banyak lagi Pulau-pulau yang menarik yang terdapat di Malaysia belum kita ketauhi lagi.Kebanyakan pulau di Malaysia sudah di ikitiraf oleh Jabatan Perlancongan Malaysia, untuk di naik taraf supaya menjadi tempat destinasi pelancong. Apa-apapun di antara pulau-pulau yang telah dinaik taraf sepenuhnya oleh kerajaan ialah Pulau Pinang :-P

Sumber: www.ohmalaysia.com

No comments:

Post a Comment