PELAN SIMPANAN DENGAN PENDIDIKAN TAKAFUL

Wednesday, December 21, 2011

Kursus Jati Diri & Kesukarelawan Remaja (JDK) Untuk Pelajar Lepasan SPM 2011

Assalamualaikum wbt . . 
Berita baik buat adik-adik yang baru sahaja mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Adik-adik yang belum ada perancangan untuk melakukan apa-apa aktiviti sepanjang cuti ini, disini ada satu Kursus yg menarik buat adik-adik. 

Kursus Jati Diri & Kesukarelawanan ini telah dijalankan sebanyak 2 kali pada tahun 2009/2010 dan 2010/2011. Kursus ini telah mendapat sambutan hebat daripada lepasan SPM tahun-tahun sebelum ini dan diharapkan dapat diteruskan pada tahun yang akan datang.

Terdapat sekitar 450 ribu orang pelajar yang menduduki Peperiksaan SPM pada tahun 2011. Di kalangan pelajar tersebut ada yang akan mengikuti latihan PLKN dan ada di antara mereka yang bekerja. Sebahagian besar mereka tidak berpeluang untuk mengisi masa cuti secara berfaedah dan memungkinkan mereka terjebak dengan aktiviti gejala sosial yang negatif.



Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk membangun modal insan yang seimbang dan mempunyai jati diri, maka satu bentuk pengisian dari sudut aqli, jasmani, ruhani dan emosi perlu dirancangkan. Oleh itu Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kolej Teknologi Darul Naim (KTD), Pengkalan Chepa, Kelantan akan melaksanakan Kursus Jati Diri & Kesukarelawanan Remaja. Kursus ini adalah sangat relevan dan mampu menyumbang untuk membantu kerajaan dalam mencapai matlamat tersebut.

Pada kali ini, kursus ini dijalankan dari selama 21 hari di 4 tempat.
1) Batu Ampar Resort, Kampung Paya Lintah, Perak
2) Kem Bumi Jati, Shah Alam, Selangor
3) Tiram Indah Village, Johor
4) ILIM, Besut, Terengganu

Berminat ?? Jadi tunggu apa lagi.. daftarlah nama adik-adik sebelum penuh. Tempat adalah terhad ...


Website :JDK.Haluan




No comments:

Post a Comment