PELAN SIMPANAN DENGAN PENDIDIKAN TAKAFUL

Thursday, August 16, 2012

Lokasi Speed Trap Raya 2012

Assalamualaikum . . . 

Hari ini saya ingin berkongsi lokasi-lokasi di mana pihak PDRM meletakkan kamera yang berkuasa tinggi untuk memerangkap kepada pengguna jalanraya yang memandu melebihi had laju.

Pihak berkuasa tidaklah ingin mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan semata-mata daripada bayaran saman,tetapi mereka ingin mengambil langkah supaya dapat mengelakkan daripada berlakunya kemalangan jalanraya. 

Statistik menunjukkan bahawa kemalangan jalanraya meningkat apabila tibanya musim perayaan Aidilfitri.
Justeru, pihak PDRM mengambil langkah yang drastik untuk membendung kes ini daripada terus meningkat dari tahun ke setahun dengan menambahkan kamera tertutup sebagai langkah kanan.

Kita sebagai pengguna jalanraya haruslah mematuhi had kelajuan jalanraya yang telah di tetapkan, supaya tidak berlakunya perkara yang tidak diingini.

"Patuhilah Had Laju, Pandu Cermat Jiwa Selamat, Ingatlah Orang Yang Tersayang". 







Semoga Bermanfaat !!

No comments:

Post a Comment