PELAN SIMPANAN DENGAN PENDIDIKAN TAKAFUL

Sunday, February 20, 2011

PKBM tutup pintu

(PKBM mula tawar hati dengan Anuar dan membayangkan untuk menutup pintu buat pelumba berkenaan mewakili negara pada masa akan datang.)
KORAT, Thailand - Raja Pecut Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010, Anuar Manan mungkin sudah boleh melupakan impiannya untuk mewakili skuad kebangsaan Malaysia pada masa akan datang.
Ia ekoran tindakannya menarik diri bagi menghadapi Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2011 yang secara rasmi melabuhkan tirainya semalam.
Anuar membuat keputusan untuk menarik diri daripada menyertai acara lepas beramai-ramai lelaki senior elit yang dijadualkan berlangsung di Universiti Teknologi Suranaree semalam selepas dilapor mengalami masalah kesihatan.

Bagaimanapun, timbul berita kurang enak sejak beberapa hari lalu yang mengatakan Anuar yang juga pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) sengaja mencari alasan tidak mahu bersaing pada ACC 2011, sebaliknya memberi fokus bagi menghadapi perlumbaan Jelajah Malaysia (JM) 2011 bulan depan.
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) ternyata kecewa dengan tindakan Anuar menarik diri daripada menyertai ACC 2011 sekalipun dia telah menyerahkan sijil sakit (MC) yang dikeluarkan Majlis Sukan Negara (MSN).

"Bukan saja peminat-peminat di tanah air tertanya-tanya mengapa Anuar menarik diri sedangkan dia masih ada masa untuk pulih daripada demam, malah ketiadaannya pada kejohanan kali ini menjadi bahan bualan di kalangan pegawai luar negara yang berada di Korat.
"Sebelum ini, ramai yang sudah mendengar berita Anuar akan beraksi pada ACC 2011. Mereka cukup teruja dengan kehadiran Anuar yang dianggap antara pemecut terbaik di rantau Asia ketika ini.

"Lebih-lebih lagi mereka tahu Anuar berentap dengan Andrea Guardini (pelumba pasukan Farnese Vini–Neri Sottoli) yang berjaya merampas takhta Anuar sebagai Raja Pecut LTdL 2011," kata satu sumber.
Menurut sumber itu lagi, ketiadaan Anuar pada ACC 2011 menimbulkan pelbagai persepsi buruk terhadap jagoan negara itu yang menjadi sandaran terbaik skuad kebangsaan Malaysia bagi memburu pingat dalam acara lepas beramai-ramai lelaki elit di Korat.



"Baru-baru ini, saya ada berjumpa dengan seorang rakan dari Filipina. Dia cukup terperanjat apabila mendengar berita Anuar menarik diri kerana demam. Dia menegaskan masih ada masa untuk Anuar pulih daripada demam sebelum menyertai acara lepas beramai-ramai.
"Katanya... seorang pelumba yang sejati harus memiliki semangat cintakan negara lebih daripada segala-galanya. Dia juga menganggap Anuar tidak mempunyai semangat patriotik sehingga menjadikan alasan demam untuk tidak bertanding di Korat.

"Bagaimanapun, itu semua pandangan daripada orang luar dan mereka boleh cakap apa sahaja tentang pelumba kita tetapi saya dengar persatuan (PKBM) agak kecewa dengan ketiadaan Anuar.
"Berdasarkan laluan yang tidak begitu mencabar pada kejohanan kali ini, PKBM meletakkan harapan kepada Anuar untuk meraih pingat, sekali gus kembali memulihkan imej skuad lebuh raya Malaysia yang kian tercalar sejak beberapa tahun lalu,” katanya.



Ketiadaan Anuar menyaksikan tempatnya diambil alih oleh pelumba berpengalaman negara, Suhardi Hassan yang sebelum ini namanya hanya diletakkan dalam senarai simpanan.
Kelmarin, skuad lebuh raya sekali lagi dilanda malang apabila pelumba Drapac Professional Cycling Team, Mohd. Adiq Hussainie Othman disahkan terpaksa menarik diri ekoran masalah kesihatan.
Ketiadaan Adiq yang menyumbang pingat gangsa dalam acara trek perlumbaan mata minggu lalu menyaksikan jurulatih skuad lebuh raya negara, Graham Seers membariskan pelumba pasukan benua negara, Le Tua Cycling Team (L2A), Ng Yong Li.

"Bagi mengelak masalah yang sama berulang pada masa akan datang, dipercayai wujud usaha untuk tidak lagi menyenaraikan Anuar pada mana-mana kejohanan besar selepas ini khususnya Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel atau ACC.”


Sumber : http://kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment