PELAN SIMPANAN DENGAN PENDIDIKAN TAKAFUL

Tuesday, October 2, 2012

10 Wasiat Imam Hasan Al-Banna


Assalamualaikum waramatullahi wabarakatu . . .

Hari ini saya ingin berkongsi mengenai 10 wasiat Imam Hasan Al-Banna 



1. "Segeralah menunaikan Solat bila saudara mendengar azan, walaubagaimanapun keadaan saudara."

Wasiat pertama ini menerangkan perihal pentingnya seorang muslim itu untuk solat pada awal waktu kerana solat merupakan sumber kejayaan dan pertolongan daripada Allah. Solat di sisi Islam terletak di tempat yang pertama, mengatasi segala yang lain.





2.  "Baca, telaah (fahami), dan dengarkanlah Al-Quran atau berzikirlah kepada Allah dan jangan engkau menghabiskan waktumu dengan perkara yang tiada manfaatnya."

Wasiat kedua ini menerangkan perihal mempertingkatkan daya faham umat Islam melalui bacaan Al-Quran, buku-buku, mendengar ceramah agama dan mengamalkan zikrullah supaya umat Islam itu tidak membazirkan waktunya walau sedikit pun dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.


photo by : Etn Majed



3. "Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam."

Wasiat ketiga ini menerangkan betapa pentingnya seorang Muslim menguasai bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab itu merupakan bahasa syurga, bahasa pertuturan Rasulullah SAW, bahasa Al-Quran dan juga bahasa yang digunakan dalam solat.

"Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan Bahasa Arab, supaya kamu menggunakan akal untuk memahaminya."
(Surah Yusuf : 2)




4. Wasiat ke-4 Imam As-Syahid Hasan Al-Banna menyebut;

"Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan."

Khilaf adalah satu perkara yang pasti tidak dapat dielakkan. Selagi mana perkara tersebut berada dalam lingkungan perkara yang ranting serta dibolehkan untuk berbeza pendapat, maka hendaklah kita berlapang dada.

Sebaliknya, umat Islam perlulah sentiasa bersatu dan sepakat dalam perkara-perkara asas. Amat penting dalam keadaan umat sekarang, perlunya untuk kita jelas agenda perjuangan kita yang sebenar dan berusaha ke arah tersebut serta mencari titik persepakatan.

Diriwayatkan dari Abu Umamah r.a ia berkata;
Rasulullah saw bersabda, "Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapat petunjuk kecuali kerana mereka gemar berdebat."
[Hadith Riwayat Hasan, HR Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad, dan Hakim]

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih baik mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(An-Nahl; 125)

InsyaAllah, Islam pasti kan bangkit satu hari nanti



5. "Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram."

Wasiat kelima ini menerangkan tentang bahaya ketawa kerana dengan banyaknya ketawa akan menyebabkan matinya hati. Seperti mana sabda Baginda s.a.w

"كثير ضحاك تميت القلوب "

Maksudnya : "Janganlah kamu banyak ketawa kerana sesungguhnya dengan banyak ketawa ianya akan mematikan hati kamu".

[Hadis Riwayat Ibnu Majah]


Kita sebagai ummat Islam yang megimpikan kemenangan Islam, haruslah kurang bergurau senda yang berlebihan dan tingkatkan lagi perbincangan tentang perkara-perkara yang membawa faedah kepada ummah.


keenam dan seterusnya akan bersambung . . .

No comments:

Post a Comment