PELAN SIMPANAN DENGAN PENDIDIKAN TAKAFUL

Thursday, October 11, 2012

Isteri : Ganjaran Jihad Taat Suami

Assalamualaikum . . . 
To all my readers :)

Hari ini saya ingin berkongsi satu kisah berkenaan seorang sahabat wanita yang memiliki nilai kesabaran tinggi iaitu Ummu Sulaim.

Menurut hadis diriwayatkan oleh Anas Bin Malik, hasil perkahwinan Ummu Sulaim dengan Abu Talhah, beliau di kurniakan seorang cahaya mata bernama Abu Umair.

Suatu hari, ketika suaminya keluar bermusafir; anaknya telah ditimpa sakit yang akhirnya membawa kepada ajalnya. Ummu Sulaim telah memandikan dan mengkafankanya. Selepas itu berliau berkata kepada ahli keluarganya, "Biarlah aku yang mengkhabarkan berita kematian anakku ini kepada suamiku."



Sekembalinya Abu Talhah dari bermusafir, beliau bertanyakan khabar anaknya itu. Ummu Sulaim dengan tenang menjawab: Anak kita berada dalam keadaan aman. Apabila menjelang malam, berkata Ummu Sulaim: "Wahai suamiku, andai kata seseorang itu diberi pinjam sesuatu barang, kemudian tuan empunya barang itu minta dikembalikan barangnya, patutkah dia tidak mengembalikannya? Jawab suaminya: "Tidak." kemudian Ummu Sulaim berkata: "Sesungguhnya Allah telah mengambil semula apa yang dikurniakan kepada kepada kita, ana kita telah pun diambilnya kembali."

Pilu hati Abu Talhah  mendengar kata-kata isterinya itu, namun dia redha dengan ketentuan takdir Allah. Subuh keesokannya, Abu Talhah pergi menemui Rasulullah SAW dan meneritakan peristiwa yang berlaku itu.

Kemudian Rasulullah SAW  berdoa semoga Allah menggantikannya dengan yang lebih baik. Tidak lama selepas itu, Ummu Sulaim telah dikurniakan 10 orang anak yang mana kesemuanya di kalangan ulama' yang terpilih.

Lihatlah betapa tabahnya hati seorang ibu/isteri menghadapi detik kematian anaknya yang dicintai dan betapa bijaknya Ummu Sulaim menyampaikan berita duka itu kepada suami tercintanya. Hebatnya nilai kesabaran seorang isteri berdepan dengan situasi yang sedih dan gentir ini.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mencontohi watak Abu Talhah dan meneladani watak Ummu Sulaim dalam melayari kehidupan rumah tanga pada zaman yang penuh pancaroba ini.

Firman Allah SWT: "...perempuan yang solehah mestilah taat dan memlihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah.."

[Surah an-Nisa' : 34]

Photo by Umar Mita

No comments:

Post a Comment