"Sesunggubnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sababat-sababat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?. Rasulullah menerangkan: membaca Al Quran dan mengingati maut (mati).' (HR Al Baibaqi)
Showing posts with label My Perkongsian. Show all posts
Showing posts with label My Perkongsian. Show all posts
Monday, January 30, 2012
Friday, June 3, 2011
Resipi Nasi Lemak
Assalamualaikum . . .
Hari ni aku ingin kongsi ILmu skit kt korang. Ilmu membuat nasi lemak.aku yakin pembaca-pembaca semua suka makan nasi lemak kan. yang tak suka tu, belajar2lah suka makan nasi lemak yew..kerana nasi lemak ialah salah satu makanan tradisional kita :)
Banyak khasiat yang terkandung dalam nasi lemak.
Bahan-bahan (Sambal)
2 ulas bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
8-10 sudu cili kisar
2 cawan air
1 keping gula Melaka
Sedikit belacan
Sedikit asam jawa
Sedikit ikan bilis (dikisar)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak
3 ulas bawang putih (dikisar)
8-10 sudu cili kisar
2 cawan air
1 keping gula Melaka
Sedikit belacan
Sedikit asam jawa
Sedikit ikan bilis (dikisar)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak
Bahan-bahan (Nasi)
3 cawan beras
2 cawan santan pekat
3 cawan air
2-3 helai daun pandan
Sedikit garam
2 cawan santan pekat
3 cawan air
2-3 helai daun pandan
Sedikit garam
Cara-cara
- Untuk sambal, masukkan 2-4 sudu minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga sedikit garing.
- Masukkan cili kisar dan kacau sekata. Biarkan seketika.
- Masukkan air, gula Melaka, belacan, asam jawa dan ikan bilis. Masak sehingga pekat. 30-60 minit.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Untuk nasi, cuci beras beberapa kali. Masukkan santan, air dan daun pandan yang disimpul. Masak dalam periuk yang bertutup di atas api kecil sehingga masak. Boleh juga kalau nak guna rice cooker.
~~ Sharing is Caring ~~
Sumber: Malaysia Kini
Wednesday, May 11, 2011
Khas untuk Insan yang bernama Lelaki :)
Assalamualaikum . . .
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.
Sumber:
facebook
Tuesday, April 19, 2011
Reaksi Syaitan apabila orang Muslim membaca Al-Qur'an
Assalamualaikum . . .
1)Ketika anda membawa Al-Quran, respon syaitan ialah biasa-biasa sahaja.tengok je.
2)Ketika anda membukanya, syaitan mulai curiga.
3)Ketika anda mulai membacanya, dia resah dan gelisah.
4)Ketika anda sudah memahami isi kandungannya, dia mula terkejang-kejang
5)Ketika anda menghafal dan mengamalkan Al-Quran dlm kehidupan setiap hari. Dia stroke. …………
Jadi,Teruskan membaca Al-Quran & mengamalkannya agar syaitan terus stroke dan tidak mampu mendekati kita lagi.InsyaAllah.."Dengan membaca Al-Qur'an juga hati-hati kita akan tenang".
Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata “jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !”
Saturday, April 2, 2011
I lost my phone, even if the price is cheap but it is so important to me
Date: 02042011
Day: Friday-Saturday
Time: 12am-1am
Place: Bremmal,Kepong
Info: Assalamualaikum....
Post saya kali ini ialah saya ingin bercerita tentang kehilangan Handphoneku.Korang pernah tak rasa kehilangan suatu barangan yang paling berharga dan paling korang sayang ??benda nie terjadi kepada diriku..mari kita ikuti kisahnya..:) Dalam pukul 11 malam tadi, kawanku syafiee menelefonku dan mengajakku pergi karaoke, katanya ingin melepaskan tension. maklumlah siang tadi ade exam 2 paper.nak lepaskan serabut kepala le tuh.aku pun terima lah pelawaannya th tanpa memikir panjang.dia suruh aku ajak sorang kawan.aku pun ajak syafiq, secara kebetulan malam nie syafiq overnite kat cc KP,(die seorang gaming M.A.T).dia pun okey jew sebab syafiq lah kawanku yang selalu aku ajak gi karaoke.nak dijadikan cerita kami pun pergilah..tiba jew kat pusat karaoke th(bremmal,kepong), bilik penuh.kami terpaksa nyanyi kat glass room jew.harganya pun boleh tahan gak lah.. kalau harga biasa iaitu monday-thursday : glass-RM16 , bilik-RM22 . harga minggu iaitu friday-sunday : glass RM16.80(berkira gila 80sen) , bilik-RM27 . kami buat keputusan untuk karaoke glass room jew.. itu pun ramai orang gak,kena beratur tempah..hampeh,..tunggu lah dalam setengah jam.dalam th sempat lagi kami main kerusi urut..syafiq payung..thanks bro..sedap gak arr..hilang abeh rasa penat2 siang tadi...time th sempat lagi aku set jam nye dengan hp aku,(HP yg bakal hilang nie). cukup2 je 3 minit, machine kerusi urut pun stop..dan amoi china th pun panggil kami..kami masuk lah glass room dan kraoke,.maklumlah karaoke nie syafiee belanja...thanks lagi bro...selepas jew sejam nyanyi..time nk kuar th,aku cek2 poket...gelabah aku dibuatnya..bila aku cek hp satu lagi xde..huhu..tp aku cuba rilexkan diri...puas aku mencari di sofa2 dan sekitar kawasan karaoke th..tapi tetap tak jumpa..aku berserah jew..aku cuba call,tapi pompuan voice-mail yang jawab...maknanya hp aku th dah "off" . . erm...aku pulang lah rumah dengan selamba jew..balik2 rumah jew baru aku terasa kehilangan hpku...baru aku rasa kepentingannya..banyak nombor2 penting aku save dalam th..(tadi kat karaoke xmau sedih..hampeh..)...begitulah kisahnya..pengajaran disini yang aku mampu ringkaskan ialah . walaupun aku pergi karaoke aku tak keluarkan wang satu sen pun..tetapi aku telah keluarkan wang sebanyak RM100 lebih..untuk sebiji hp tuh..disini bukan aku nak cakap berkira pasal duit ke apa..cuma,aku telah muhasabah diri ini bahawa,Allah telah tidak redha dengan perbuatanku tadi..kerana aku telah pergi ke pusat karaoke,dimana tempat itu penuh dengan maksiat,dan secara tidak langsung aku telah melakukan dosa-dosa kecil...so,untuk aku tekankan disini, sebelum kita melakukan sesuatu perkara itu mestilah berfikir panjang terlebih dahulu..fikirlah apa kebaikan dan keburukan jika kita melakukan sesuatu perkara itu..apakah kepentingan jika kita melakukan perkara itu..adakah membawa kebaikan kepada kita? dan jugak Islam?? fikir2kan lah..
![]() |
Handphone ku lebih kurang macam nie lah. murah jew..tapi isinya begitu bermakna..(sim-card) |
p/s: to anyone who found this phone like this and believed was lost in the karaoke bremmal,kepong, please return it to the owner of the mine. if you want to take the phone no problem,just give me sim-card only.your intention are most welcome.
Monday, March 28, 2011
Elakkan anak kita daripada berbohong
Salam.
Kepada ibu-bapa yang sudah mempunyai anak, kadang-kala kita tak boleh nak elak daripada anak-anak kita berbohong apabila bercakap dengan kita. Kita selaku ibu-bapa mereka ingin melihat anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah.tapi kita lupa, mereka selalu bercakap bohong terhadap kita,ia menjadi hijab(penghalang) untuk mereka menjadi anak soleh/solahah. berikut ada beberapa "TIPS UNTUK ELAK ANAK BERBOHONG".
- Anak berbohong kerana takut. Jadi ajarkan mereka nilai kejujuran dalam diri mereka supaya berkelakuan baik.
- Jangan menghukum anak yang memberitahu kebenaran.
- Jangan mengkritik anak. Sebaliknya berikan keyakinan apa yang mereka lakukan.
- Hargai apa sahaja yang dilakukan oleh anak.
Friday, March 11, 2011
Find new experience ~~~~ May Allah bless us . .
p/s : I have to attend "Leadership Camp" at Good Widow,Pahang for 3 days 2 night starting today. I will write new post on Sunday , InsyaAllah. . Pray for me , May Allah give award for us. .
Monday, February 14, 2011
Hukum rai Valentime Day & Jual Bunga >>
Oleh : Zaharuddin Abd Rahman
Assalamualaikum ustaz,
Benarkah hukum menyambut hari Valentine adalah haram, bagaimana pula hukum menjual hadiah dan bunga kepada pasangan-pasangan bukan Islam dan sebahagian umat Islam yang meraikannya?
JAWAPAN
Saya telah menyertakan jawapan di ruangan artikel bahasa Inggeris, bagi membantu rakan-rakan yang kurang selesa memahami bahasa Inggeris, disertakan jawapan ringkas saya berkenaan sambutan hari valentine.
Asal-usul Valentine
Tindakan mengaitkan pertengahan bulan Februari dengan cinta dan kesuburan sudah ada sejak dahulukala. Menurut tarikh kalender Athena kuno, periode antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa Zeus dan Hera.
Di Roma kuno, 15 Februari adalah hari raya Lupercalia, sebuah perayaan Lupercus, dewa kesuburan, yang dilambangkan setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing. Sebagai bagian dari ritual penyucian, para pendeta Lupercus meyembahkan korban kambing kepada sang dewa dan kemudian setelah minum anggur, mereka akan lari-lari di jejalanan kota Roma sembari membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpai. Terutama wanita-wanita muda akan maju secara sukarela karena percaya bahwa dengan itu mereka akan dikarunia kesuburan dan bisa melahirkan dengan mudah. (http://id.wikipedia.org/wiki/Hari_Valentine)
Selain itu, sejarahnya juga berkait dengan fakta di bawah :-
Saint Valentine is a name which is given to two of the ancient “martyrs” of the Christian Church. It was said that there were two of them, or that there was only one, who died in Rome as the result of the persecution of the Gothic leader Claudius, c. 296 CE. In 350 CE, a church was built in Rome on the site of the place where he died, to perpetuate his memory.
When the Romans embraced Christianity, they continued to celebrate the Feast of Love mentioned above, but they changed it from the pagan concept of “spiritual love” to another concept known as the “martyrs of love”, represented by Saint Valentine who had advocated love and peace, for which cause he was martyred, according to their claims. It was also called the Feast of Lovers, and Saint Valentine was considered to be the patron saint of lovers.
One of their false beliefs connected with this festival was that the names of girls who had reached marriageable age would be written on small rolls of paper and placed in a dish on a table. Then the young men who wanted to get married would be called, and each of them would pick a piece of paper. He would put himself at the service of the girl whose name he had drawn for one year, so that they could find out about one another. Then they would get married, or they would repeat the same process again on the day of the festival in the following year.
The Christian clergy reacted against this tradition, which they considered to have a corrupting influence on the morals of young men and women. It was abolished in Italy, where it had been well-known, then it was revived in the eighteenth and nineteenth centuries, when in some western countries there appeared shops which sold small books called “Valentine’s books”, which contained love poems, from which the one who wanted to send a greeting to his sweetheart could choose. They also contained suggestions for writing love letters.
(The above quotation is excerpted, with slight modifications, from www.Islam-qa.com)
Justeru, secara ringkasan saya boleh simpulkan seperti berikut :-
1) Kita hanya boleh merayakan perayaan yang diiktiraf oleh Islam iaitu Idil Fitroi dan Idil Adha. Nabi SAW bersabda :
(إن لكل قوم عيدا وإن هذا عيدنا)
Ertinya : Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (IdilFitri dan Idiladha) adalah perayaan kita” ( Riwayat AL-Bukhari, 952 ; Muslim, 1892)
Justeru, sebarang perayaan yang disambut oleh umat Islam mestilah terhad kepada dua perayaan ini sahaja.
Bagaimanapun, jika sesuatu majlis, keraian dan sambutan itu dianjurkan bukan atas asas atau nama agama serta tiada kaitan dengannya bahkan dibuat atas dasar adat semata-mata. Ianya boleh dan harus diraikan dengan syarat sambutannya tidak diserapi apa jua unsur maksiat dan syirik. Sebagai contoh sambutan kemerdekaan Negara, sambutan ulangtahun penubuhan sesebuah syarikat dan sebagainya. Cuma ia bukanlah disambut sebagai hari raya ketiga atau keempat, tetapi hanya sebagai majlis keraian setaraf dengan majlis perkahwinan dan sepertinya sahaja.
Ini bermakna, setiap tujuan dan asal usul perayaan itu perlulah disemak. Maka jika disemak perayaan Valentine ini. Ternyata ia berasal dari cerita dongeng, karut dan syirik berakitan dewa dan sebagainya. Selain dari asalusul, cara dan kaedah implementasnya juga mesti dilihat, jika secara adatnya ia disambut dengan dosa dan maksiat. Ia sekali lagi dilarang di atas dasar tersebut pula.
2) Tidak harus pula meniru orang Kafir dan ahli maksiat dalam meraikan majlis yang dianjurkan. Imam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim telah menyebut bahawa telah Ijma’ (sepakat keseluruhan Ulama) melarang penyerupaan dalam meraikan perayaan agama ( atas asas agama) selain Islam. ( Iqtidha, 1/454 ; Ahkam Ahli Zimmah, 2/722)
3) Islam tidak mengiktiraf hari kasih sayang. Kasih sayang dalam Islam bersifat universal, tidak dibatasi waktu dan tempat dan tidak dibatasi oleh objek dan motif. Hal ini sesuai dengan hadis :
“Cintailah saudara seislam seperti kamu mencintai dirimu sendiri.” (Riwayat Bukhari).
Islam sangat melarang keras untuk saling membenci dan bermusuhan, namun sangat menjunjung tinggi akan arti kasih sayang terhadap umat manusia.
Rasulullah saw. bersabda : “Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap saudaranya lebih dari tiga hari” (Muslim)
Kasih sayang dalam Islam diwujudkan dalam bentuk yang nyata seperti silaturahmi, menjenguk yang sakit, meringankan beban tetangga yang sedang ditimpa musibah, mendamaikan orang yang berselisih, mengajak kepada kebenaran (amar ma’ruf) dan mencegah dari perbuatan mungkar
4) Sambutan hari Valentine hari ini menjadi semakin terkeji apabila ia menjurus kepada perlakuan maksiat, mengadaikan ‘dara’ kepada kekasih yang bernafsu ‘syaitan’ dan dengan perlakaun seks bebas yang kononnya bagi membuktikan ‘ketulenan’ cinta seseorang kepada kekasihnya..
5) Islam juga melarang umatnya dari terlibat, duduk serta bersekongkol dalam majlis yang mempersendakan Islam dan bercanggah dengannya. Ini dari firman Allah yang bererti :
وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ
اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا
“Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur’an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam” ( An-Nisa : 140 )
Diriwayatkan dari Umar r.a. bahwa dia pernah mendengar Rasulullah s,a.w. bersabda:
“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah duduk pada suatu hidangan yang padanya diedarkan arak.” (Riwayat Ahmad)
Maka majlis arak yang haram itu adalah sama hukumnya dengan majlis Valentine yang mana sumber, asal usul dan cara pelaksanaannya yang terdedah kepada pelbagai jenis maksiat. Tidak harus sama sekali untuk menghadiri majlis sempena Valentine di mana-mana jua.
“Jadi adakah pergi shopping sempena ‘sale’ hari Valentine juga salah?
Jawabnya, sekadar membeli belah ia tidak salah, namun TIDAK DIBENARKAN menyertai seseuatu PERHIMPUNAN, SAMBUTAN KHAS kerana Valentine seperti majlis Konsert, Nyanyian dan sepertinya.
6) Hukum memberikan hadiah sempena hari Valentine juga adalah menjadi haram berdasarkan kaedah dari firman Allah : “Janganlah kamu bantu membantu dalam perkara dosa dan permusuhan”
Bagaimanapun hukum menjual bunga sahaja, ia tidak kurang dari kategori jualan yang syubhah, makruh atau haram khas di hari Valentine.
Diriwayatkan, ada seorang laki-laki yang memberi hadiah satu bekas arak kepada Nabi s.a.w., kemudian Nabi memberitahu bahwa arak telah diharamkan Allah. Orang laki-laki itu bertanya:
Lelaki: Bolehkah saya jual?
Nabi: Zat yang mengharamkan meminumnya, mengharamkannya juga menjualnya.
Lelaki: Bagaimana kalau saya hadiahkan raja kepada orang Yahudi?
Nabi: Sesungguhnya Allah yang telah mengharamkan arak, mengharamkan juga untuk dihadiahkan kepada orang Yahudi.
Lelaki: Habis, apa yang harus saya perbuat?
Nabi: Tuang saja di dalam parit air. (Al-Humaidi dalam musnadnya)
Justeru, kita dapat melihat bahawa benda yang haram, maka haram juga dijualnya mahupun dihadiahkan. Dalam hal menjual bunga, ia juga boleh menjadi syubhah di hari Valentine seperti ini, kerana diketahui ianya dibeli khas untuk mearikan Valentine yang haram. Seperti juga hukum menjual anggur kepada tukang buat arak yang telah diketahui. Ia tidak dibenarkan dalam Islam menurut pendapat yang terkuat.
7) Para ulama juga menyatakan LARANGAN untuk saling mengirim ucapan Valentine, cinta dan kasih bersempena hari itu. Perlu dianggapkan hari Vlentine itu tidak wujud dan ia adalah sebuah hari biasa sahaja.
Sekian
Ust Zaharuddin
Sumber: http://www.omaq.org/v3/
Labels:
My Perkongsian
Subscribe to:
Posts (Atom)