PELAN SIMPANAN DENGAN PENDIDIKAN TAKAFUL

Thursday, July 26, 2012

Bonus Raya Kepada Kakitangan Kerajaan 2012

Assalamualaikum . . .

Semalam Bonus Raya Kakitangan Kerajaan 2012 telah diumumkan. Saya mendengar berita ini di TV 3 sewaktu kenyang berbuka. 
Alhamdulillah, saya terima tempias kerana ayah saya seorang penjawat kerajaan. Bagus jugak ada permintaan dari CUEPACS sehingga kerajaan membuat keputusan untuk memberikan bonus raya untuk kakitangan kerajaan. Tahun ni boleh minta duit raya lebih kat ayah !

Bonus adalaa 1/2 bulan gaji dan minimum rm500.
[ Artikle asal ] 

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua pesara kerajaan.
Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, 

katanya lagi dalam kenyataan.

Pemberian bonus dan bayaran khas berkenaan akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Katanya, bayaran itu akan membabitkan anggaran perbelanjaan RM2.2 bilion.

Perdana Menteri berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu adalah penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.
Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan, katanya lagi.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri.

Najib berkata, pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.

Sumber : B.H

No comments:

Post a Comment