PELAN SIMPANAN DENGAN PENDIDIKAN TAKAFUL

Friday, July 20, 2012

..:: Mereka Sudah Berhijrah ::..

Assalamualaikum . . .

Post kali ini saya ingin berkongsi satu article yang bertajuk "Artis Nan Berhijrah" yang di tulis oleh Saudara Hilal Asyraf  . Semoga Bermanfaat .

(Gambar Hiasan: Sudahkah anda mendaftar sebagai Ahli Pas?)
[Artis-artis Nan Berhijrah.]
Kebelakangan ini kita disajikan dengan cerita artis-artis yang berhijrah. Ramainya kemudian beralih ke pentas politik. Rata-rata yang berubah pergi berdiri di atas pentas PAS.

Jujurnya, saya tidak kisah jika seseorag itu hendak berdiri di pentas apa sekalipun. Selagi mana ianya masih syara', yakni tidak melanggar larangan Allah SWT. Kalau di pentas UMNO itu syara', perhimpunannya tidak melanggar syariat Allah SWT, pun tiada masalah. Masalah di sini bukan UMNO atau PAS. Masalah di sini, dalam syara' atau tidak.


Saya gembira dengan perubahan-perubahan ini. Dan saya juga amat arif dengan caci dan maki yang menghujani mereka yang berubah ini. Saya amat yakin, ramai yang tidak berpuas hati adalah dari kalangan pihak Parti lawan kepada parti yang disebelahi oleh artis-artis yang telah berhijrah. Bahkan, saya pernah melihat satu propaganda untuk memburukkan nama Abby Abadi dengan mendedahkan gambar-gambarnya yang dahulu.


Apa yang saya boleh sebutkan di sini, terbahagi kepada dua kelompok.


1 - Artis Yang Berubah.


Pertamanya, berubahlah dengan istiqomah, dan kuatkanlah diri. Memang perubahan itu payah, dan ianya pasti akan menerima uji. Jangan rasa lemah dan penat, kerana ianya memang sebuah resmi.


Keduanya, kita yang baru berubah, jangan terlalu menyibukkan diri dengan penyampaian semata. Sibukkan diri dengan 'penerimaan' juga. Belajar mendalami agama itu diperhebatkan lebih dari 'menyampaikan'. Agar penyampaian kita di masa nanti akan menjadi mantap, dan lebih berkesan. Bukan tidak boleh memberikan penyampaian, cuma nasihat saya menjadi 'penerima' itu lebih digencarkan.

(Gambar Hiasan : Abby Abadi)
Ketiganya, parti kita hanyalah wasilah, jalan. Bukan matlamat. Saya tidak sempat hedak mendengar semua artis yang berubah ini berbicara. Namun saya amat berharap, agar tiada kalangan artis-artis yang berubah ini yang menghina sesiapa. Saya yakin tidak ada, tetapi kalaulah ada, maka beringat-ingatlah. Agar perubahan kita tidak menjadi fitnah kepada sebuah perubahan.

Saya yakin, dengan memahami tiga perkara ini, perubahan diri itu akan menjadi lebih kuat. Dan ianya akan membuatkan ramai orang lain tertarik untuk berubah.


2 - Mereka Yang Mencela.


Saya mahu cakap mudah sahaja dengan golongan ini.

Anda di mana sekarang?

(Gambar Hiasan: Bob Lokman)
Saat mereka telah bertudung, yang lelakinya berpakaian sopan, dan kembali mendalami agama, anda berada di mana?

Orang menuduh mereka ini digunakan parti PAS, maka bagaimana pula anda yang mencela-cela dan menghina mereka? Mendedahkan keaiban dan merosakkan nama mereka? Tidakkah anda yang sebenarnya dipergunakan parti sokongan anda?


Jikalah benar parti yang anda sokong itulah sebuah parti kebenaran, bangkitkan sahaja selebriti-selebriti yang menyokong perjuangan anda, dan tunjukkan 'keIslaman' mereka. Betapa mereka 'mematuhi' syara', dan 'komited' menjadi hamba Allah SWT yang baik.

(Gambar Hiasan: Sharifah Aini)
Saya rasa, artis yang berubah ini hanya beberapa sahaja.
Keluarkan selebriti-selebriti anda.

Jangan pandai mencela sahaja.

--------------------------------------------------
Berubahlah ke arah kebaikan,
tidakkah kita membaca firman Allah SWT:

"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! " Surah Al-Fajr ayat 27-30.

Mari, dapatkan jiwa yang tenang itu.
Allah memanggil!
Jom Jadi Hamba Allah !
Sumber : Hilal Asyraf FB
 
 

1 comment:

  1. Top video games from your life in 2020
    Top video games from your life in 2020 · 1. youtube downloader Sonic the Hedgehog 2 · 2. Super Street Fighter II · 3. Sonic 2: Return of the Ninja Master · 4.

    ReplyDelete