PELAN SIMPANAN DENGAN PENDIDIKAN TAKAFUL

Monday, March 7, 2011

2 Mat Rempit maut

BATU PAHAT: Bukan saja terseret lebih 50 meter malah tempurung kepala seorang daripada dua lelaki dipercayai Mat Rempit turut pecah selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 76.1, Lebuhraya Utara-Selatan, berhampiran Machap menghala ke Ayer Hitam, dekat sini, awal pagi semalam.
Sebelum kejadian, mangsa yang dikenali Muhammad Saddam Hussein Syed Awad, 20, dan rakannya, Mohd Faiz Ahmad, 19, dipercayai menunggang motosikal secara beriringan dalam satu kumpula dan cuba memotong sebuah kenderaan di hadapan mereka.

Bagaimanapun, cubaan mereka gagal apabila seorang daripadanya bergesel dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) sebelum melanggar pula motosikal rakan sendiri menyebabkan kedua-dua motosikal tercampak dan terseret lebih 50 meter.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, mereka dipercayai maut serta merta di lokasi kejadian berikutan parah di kepala dan beberapa anggota badan lain.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Adnan Azizon, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila sekumpulan 20 Mat Rempit menunggang menghampiri satu selekoh di lebuh raya berkenaan dalam keadaan laju.

Sumber : http://www.hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment