PELAN SIMPANAN DENGAN PENDIDIKAN TAKAFUL

Tuesday, March 1, 2011

Lampu hijau 45,000 pekerja asing

Kemakmuran ekonomi Malaysia menjadi daya tarikan kemasukan pekerja asing
KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju meluluskan kemasukan 45,000 pekerja asing, kebanyakannya dari India bagi memenuhi permintaan 13 sektor perniagaan kecil di negara ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, kelulusan itu dibuat selepas kerajaan melihat masalah yang dihadapi oleh sektor berkenaan seperti restoran, kedai runcit dan industri tekstil yang kesukaran mendapatkan pekerja tempatan.

"Mereka telah membuat permohonan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan pihak saya melalui Gabungan Dewan Perusahaan dan Perindustrian India Malaysia di mana mereka minta kerajaan meluluskan 90,000 pekerja asing.

"Tapi selepas berbincang, buat sementara waktu ini kerajaan bersetuju untuk meluluskan kemasukan 45,000 pekerja," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Wisma Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) oleh bekas presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu di sini semalam.
Subramaniam berkata, pekerja berkenaan akan diagihkan mengikut 13 sektor perniagaan terlibat yang dijangka dibuat dalam tempoh sebulan.

Sumber : http://kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment